Andai Esok Aku Telah Tiada
Bismillahirrahmannirrahim...
Allah satu-satunya Tuhan yang ada dan layak untuk kita sembah. Maha Suci Allah yang terpelihara daripada segala sifat kekurangan.
~Yang ada kekurangan itu adalah makhluknya. Seperti aku. Mungkin satu ketika kau mampu mendabik dada kau lah yang terhebat. Namun di saat Allah tarik segala-galanya, barulah kau mengerti apa itu erti Tuhan dalam hidup~
Sejak pertama kali aku dikenalkan dengan pena, ayah kata aku seorang yang istimewa. Aku istimewa daripada orang lain. Sejak kecil, ramai orang menyayangi aku kerana katanya aku bijak. Dan sejak kecil lagi, sudah terlihat kematangan lebih dari usiaku. Ini bukan aku yang kata. Tak main la masuk lif tekan sendiri. Tapi bapaku tercinta.
Yang aku ingat sehingga kini, ayah dan ibu sungguh-sungguh mengajar aku supaya menjadi anak yang berjaya. Ayah sambung bercerita. Katanya, sejak aku di dalam kandungan ibu lagi, ayah banyak membaca al-Quran. Yang lucunya, ayah kata, antara 4 orang anaknya, akulah yang dia paling banyak bacakan al-Quran.
Dan kemudiannya, ayah mendidik aku menjadi seorang yang berpengetahuan luas. Aku diajar supaya suka membaca. i can't remember what was my first book. Tapi saya takkan boleh lupa hadiah ayah, satu buku tentang haiwan. Kecik je. Half an A4 size. Hard cover warna hijau. English book. Aku ingat lagi. Tiap-tiap hari ayah akan tanya ni apa, tu apa.
Antara haiwan yang ada yang aku ingat 'Armadilo' dan 'Aligator'. Tapi sayang. Bila adik lahir, habis lenyap dah buku tu. Sempat pertahankan buku tu sampai adik kedua je. Haha. Sedih tapi nak buat macam mana. Tak berjodoh la kita.
Dan dengan izin Allah, ia menjadi. Sehingga kini, aku tak boleh berenggang dengan buku. Cuma aku punya sedikit konflik semasa buku-buku online mula diperkenalkan. Aku tak senang dengan cara tu. Bagiku, seolah-olah tiada ruh bila membaca sesuatu yang hanya perlu slide,slide dan slide.
Tapi sedikit demi sedikit aku mula senang. Tapi tak lama pun. Dua tahun je la aku mampu hidup dengan kaedah tu. Masuk tahun ketiga pengajianku di universiti, aku mula mencari-cari sesuatu yang aku rasa hilang. Iya. Ia hilang. Ruh. Maka aku mulakan semula habit ku yang satu. Wherever i go, whatever i do, I will bring any of my books. Walaupun semasa saya sedang sakit, tetap ada sebuah buku dalam beg aku Haha. Itu lah kekasih aku.
Dari segi penulisan pula. Sejak kecil, yang aku masih ingat, aku mula minat menulis sejak umur 9 tahun. Mungkin faktor guru bahasa yang mengajar ketika itu juga. Cikgu Hasifah. Masa tu, anak cikgu baru lahir. Rupa-rupanya sekarang, anaknya kawan baik adik aku.
Satu benda yang lucu jugak masa tu. Aku la satu-satunya student yang ada masalah dan memang terkenal dengan masalah yang satu ni. Yang aku ingat sangat, setiap kali Cikgu Hasifah pulangkan buku latihan, ayat yang sama akan aku dengar. Katanya :
"Hajar. Karangan awak dah baik. Tapi tolong pastikan tulisan awak ditulis dengan betul. Saya tak nak tengok lagi kesilapan yang sama lepas ni. "
Tapi memang tak la nak berubah. Aku hanya mampu bertahan sekejap je la. Tak lama lepas tu, dapat lagi warning yang sama. Nak tau tak apa masalah aku?
Ok. Ingat tak dulu tulis karangan dalam buku karangan, ada garisan kan? Masalah aku adalah huruf-huruf berekor seperti 'y' dan 'g' confirm ekor dia aku tulis tak lepas dari garisan. Tu je pun masalah aku. Haha. Aku ni jenisnya kalau dah syok menulis, memang tak la nak jaga tulisan.
Rindu kat Cikgu Hasifah. Cikgu yang best, terkenal dengan cubitannya yang umphh. Tiap kali cikgu bercekak pinggang, memarahi budak-budak yang tak siap kerja, aku akan rilek je sebab aku confirm siapkan kerjanya. Cuma ada la sekali dua kena cubit jugak sebab buku tertinggal kat rumah. Oh that was so sad. Haha.
Sewaktu darjah 5, cikgu yang mengajar ketika itu namanya Cikgu Roslan. Aku yang nakal ni menggelarnya cikgu balan. Haha. Hajar ni nakal overdose dulu. Hajar. Ada ke patut menggelar cikgu yang sayang giler kat dia? Ish ish ish. Tak patut.
Ketika itu, aku masih ingat. Hasil penulisanku dipuji di dalam kelas, di hadapan semua rakan sekelas. Aku mampu buat muka senyum kambing sahaja. Dalam hati mula berbunga-bunga. Tak sangka. Pandai jugak menulis aku ni. Dan satu benda yang aku ingat kata-kata Cikgu Roslan ketika itu :
"Hajar. Saya percaya, awak boleh jadi seorang penulis suatu masa nanti. "
Masa tu, bila dengar aku hanyalah seorang anak kecil. Apa yang aku faham? Yang aku buat, aku mampu gelak je la. Sengih-sengih macam kerang busuk! (Now, i really want to find you cikgu. But clueless. Hope you are fine cikgu. Thanks for your doa).
Sewaktu aku di sekolah menengah, perkara yang sama berlaku. Ada tiga nama yang aku ingat. Cikgu Aziean, Cikgu Yazid dan Cikgu Sabariah.
Pergh. Time sekolah menengah paling best. Sebab aku boleh menulis karangan dengan limit yang lebih panjang. Masa sekolah rendah limit sikit sangat. Haha.
Sekarang, lagi best. Ada blog untuk tulis unlimited punya. No limitation for words, no limited paragraph, nothing to be worried about tatabahasa, dan no exact theme yang aku kena tulis. Just write whatever I want. Cuma kena behave la sikit kan. Public.
Sedikit demi sikit. Aku mula terima nasihat daripada orang-orang yang aku temui. Rata-rata menasihatkan agar aku menulis sesuatu yang baik, boleh bagi manfaat kepada diri sendiri dan pembaca, dan akhirnya sahabat-sahabat usrah juga memberi cadangan supaya aku memanfaatkan blog ini untuk Islam.
Mula-mula rasa kekok jugak. Blog yang pada mulanya hanyalah bertujuan untuk memenuhi kepuasan diri, tetapi perlu ditukar kepada status publik. Ingat aku tak ada rasa segan ke?
Kalau masa kat sekolah dulu, cikgu je yang akan baca kan? Paling-paling pun kalau time exam besar macam PMR, SPM tu cikgu luar yang baca dan aku tak tau pun siapa cikgu tu. Tenang la jugak hati aku. Tapi blog?
Cuba punya cuba.
Finally, i got the formula.
Just write.
Allah yang bagi kemampuan.
Segala ilham itu dari Allah.
Dan menulislah dengan niat untuk dikembalikan kepada Allah juga kelak.
Jika ada yang tersinggung dengan penulisanku, wallahua'lam. Itu mungkin khilafku. Jika ada yang berhijrah, alhamdulillah. Allah jualah yang berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia mahu.
~smile~
Ni baru sedikit throwback kehidupanku.
Aku pun tak tahu kenapa Allah gerakkan untuk coretkan semua ini.
Sungguh nya aku tak bisa
menghalang suratan yang sudah
di arah hanya bermampu bersabar
dan sujud pada nya sebelum
di hitung sebelum dihukum
hanya mampu lafazkan bisik bisik kapan
moga dibukitkan segalanya
seringkali terlupa melalui jalan yang salah
leka dan hanyut dalam dosa sehingga kabur mata jiwa
seketika di sini persinggahan mencari erti
sebelum waktu terhenti
Sekarang.
Sekali lagi aku diuji.
Hanya mampu bersabar.
Aku cuba pegang kata-kata Allah.
"Minta pertolongan dengan sabar dan solat"
(Al-Baqarah : 153)
Tak mengapalah.
Kalau pun esok aku mati, moga ada saham untukku yang aku tinggalkan.
Tulislah hajar.
Mungkin satu masa nanti akan ada sesiapa yang memerlukan apa yang aku tulis ini.
Cuma satu yang aku ingatkan untuk diri aku dan juga semua sahabat.
Hidup di dunia tidak lama.
Cuba lah untuk menjadi orang yang lebih banyak memberi kepada umat.
Cuba elakkan menerima sebanyak-banyaknya.
Kerana tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
:)
Akhir kata dari insan marhaen,
Siti Hajar Suliman.
Andai esok aku sudah tiada,
Biar tulisan yang terus berbicara.
Aku suka dengar lagu ni.
Aku akhiri dengan bait-bait lagu ni.
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku...
Kau berikan ku segala galanya
dan Kau menguji ku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau janjikanku dengan ayat-ayat Mu
Di sana menanti di syurga Kau penuhi
dengan cinta dan kasihMu
Ya Rabbi
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2014/02/lirik-lagu-dalam-sujud-cintaku-halim.html#ixzz3UU2IDOfK
Sahabat,
Ingatlah akan satu hal.
Hidup kita ni bukanlah sekadar nak berlawan,
Ujian siapa yang lebih hebat.
Namun yang Allah nak lihat,
Kesabaran dan keimanan siapa yang lebih hebat.
Dan siapa yang lebih bergantung kepada-nya di waktu senang dan payah.
Wallahua'lam. Akhir kalam, aseef jiddan.
15/3/15
Wallahua'lam. Akhir kalam, aseef jiddan.
15/3/15
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^