Idea Tajuk PSM?
Mencari Idea/ Tajuk Untuk Projek Sarjana Muda (PSM)
For my dearest sisters and brothers, :)
Oleh kerana ada beberapa orang yang mesej saya dan bertanyakan tentang idea untuk projek sarjana muda/ tahun akhir / fyp/ psm ni, meh la nak kongsi sikit cara mudah untuk dapatkan idea untuk awal-awal ni. Terutamanya untuk junior-junior Fizik la sebab saya bekas pelajar Fizik. Kalau untuk kos lain mungkin ada sedikit perbezaan dari sudut masa Latihan Industri/ Latihan Penyelidikan, waktu untuk buat psm dan sebagainya kan. Tapi tips ni pun tips biasa sahaja. Saja nak berkongsi secebis rasa.
Faham je. Bila dah nak masuk tahun 4 ni, rasa melonjak-lonjak nak buat projek. Lebih-lebih lagi untuk yang pelajar PSAN terutamanya (hihi..iye ke korang excited? Wallahua'lam..)
Cara mudahnya :
1. Ada yang dapat tajuk siap pakej dengan penyarah penyelia/supervisor waktu Latihan Industri / Latihan Penyelidikan. Jadi, naik sem je terus dah boleh sambung buat projek dengan bahagianya..lalala~~
2. Pergi ke perpustakaan fakulti atau perpustakaan uni, cuba baca bahagian 'Recommendations' / Cadangan di bahagian hujung Tesis senior-senior. Cara ini adalah antara yang mudah juga. Adik-adik cuma perlu mengenal pasti apa kekurangan atau kekangan yang dihadapi oleh pengkaji sebelum ni. Maka, dari situ adik-adik boleh cuba atasi atau tambah baik sahaja projek yang sedia ada.
3. Bertanya secara langsung kepada pensyarah atau senior-senior yang ada. Tanya pendapat mereka dan apa yang kita boleh sumbang dalam projek-projek yang dicadangkan. (Tak semua senior rajin untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh junior..eheh!)
4. Google je la. Zaman IT kan. Agak-agak macam best dan mampu dibuat, korang propose la kat pensyarah.
Mungkin banyak lagi cara lain untuk dapatkan idea. Boleh la tambah di bahagian komen. Hehe. Kot la dengan cara tadabbur alam ke, ada jugak yang boleh dapat idea dengan cara tu tau. Physics especially is everywhere. Korang pandang apa-apa pun boleh kaitkan dengan Fizik.
Nama pun idea. Jadi, kalau idea tu ditolak atau dikecam, jangan la sedih tau. Jangan terlalu fikirkan nak projek yang gah pada nama sahaja. Sebaliknya, fahamkan apa yang cuba kita kaji. Bak kata penyelia projek saya dahulu,
"You need to find your passion.."
Dan satu lagi pesannya,
"Awak kena faham apa yang awak buat.."
Kalau kita faham dan kita ada 'passion' tu, inshaAllah perjalanan PSM kita akan jadi sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. Niatkan tesis korang ni sebagai amal jariah. Contoh mudah, kes saya sendiri. Salah satu tesis rujukan projek saya adalah tesis yang berumur 24 tahun. Tahun 1992, saya belum lahir lagi, tesis tu dah lahir. Dan siapa sangka, dalam keserabutan saya nak cari rujukan untuk projek nuklear ni, akhirnya tesis tersebut yang banyak membantu saya. Dah la tesisnya dalam Bahasa Melayu. Bersyukur sangat-sangat lah sebab English saya tak lah baik mana. Haha. (Korang English mantap-mantap!)
Satu hal lagi, kalau niat baik, inshaAllah berkat tu lebih sikit. Cuba bayangkan, esok lusa, korang dah tak ada, tapi tesis korang yang menjadi sumber pahala. Ha kan best macam tu! (~Blink eyes~)
Ujian memang ada la. Haha. Baru propose idea pun dah kena condemn, itu biasa. Esok lusa waktu dah kerja, campur dengan masyarakat, lagi banyak idea korang kena condemn. Dan itu biasa. Peace!
Buat la sehabis baik untuk PSM sejak daripada mula lagi iaitu memilih tajuknya. Memang la ini sekadar latihan untuk kita. Orang kata apa, alah sepicisan saja. Latihan sebagai penyelidik. Tapi setahun yang digunakan untuk PSM tu, gunakanlah sehabis baik. Jangan terlalu sibuk sampai tinggal solat sebab nak siapkan projek. Kang hilang pulak berkatnya. Ha ayyokk.. tak tau!
Pesanan akhir, jangan jadi macam kak Hajar tau. Saya budak nakal. Tak cukup baik. Suka buat penyelia saya pening kepala. Ni nak mention nama penyelia pun segan. Budak nakal lah katakan. Hihi. (Maafkan saya PM Dr. Suhairul Hashim)
Untuk semua adik-adik, selamat maju jaya.
Doa banyak-banyak semoga dipermudahkan segala urusan.
Korang semua genius-genius belaka.
:D
Doa banyak-banyak semoga dipermudahkan segala urusan.
Korang semua genius-genius belaka.
:D
PSAN - Nobel Endeavour Program (bebudak bijak nihhh)
P/s Jasad mungkin akan mati, namun tulisan akan terus hidup! Cewah! Dalam gambar ni adalah tajuk dan abstrak PSM saya. :)
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^