Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Part 1
I can't sleep. The whole body can't withstand with the pain for this night. Pain killer was more to 'shut the pain up'. Haha. Yeah. Took it already. Thanks Allah.
Jadi izinkan saya menulis satu warkah buat seorang bidadari.
Part 1,
Wanita di dalam gambar ini, banyak benar pengorbanannya. Menjadi pilihan seorang lelaki untuk dijadikan isteri lalu dia mengandungkan saya, melahirkan saya dengan penuh kesakitan. Saya adalah anak sulung. Saya tahu bahawa melahirkan anak pertama sakitnya agak luar biasa. Tapi saya tak pernah rasa. Mungkin juga kerana tak pernah rasa lah maka saya sering menjadi anak yang keras kepala. Kuat melawan. Ego kalah gunung everest. (Ini fakta)
Namun, sebaik sahaja saya mula mendapat tarbiyah, saya mula diajar mengenal Allah, baru saya sedar akan kehadiran insan ini di dalam hidup saya.
Sikit demi sikit saya belajar untuk jatuh cinta dengan ibu sendiri. Saya cuba buat apa yang ibu suka. Saya cuba ikut apa yang ibu kata.
Dulu, saya hidup dalam leka. Kini, saya benar-benar mahu keluar dari lumpur itu. Bukan untuk diri saya saja, tapi untuk semua orang-orang yang saya sayang terutamanya ibu.
Kawan-kawan saya betapa ramai yang tiada ibu. Saya tersentuh. Saya punya ibu. Namun saya tidak hargai. Syukur Allah memberi rasa itu sebelum saya dulu yang pergi.
Sikit demi sikit, saya mula dapat rasakan sesuatu yang dinamakan keberkatan.
Jika dulu, susah benar mahu berdamai dengan ibu, kini dapat mendengar suara ibu pulang dari kerja hati berbunga-bunga.
Waktu kerja kita berbeza. Ibu kerja dari lepas subuh, balik lepas asar. Saya pula keluar kerja lepas asar, balik kerja pada waktu semua orang sudah lena diulit mimpi. (Waktu ni masih kerja dikedai makan)
Namun, satu hal yang membuat saya lebih menghargai ibu, ibu akan bangun, dan bertanya,
"Along masih belum tidur?"
-bersambung-
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^