Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Part 2
Part 2,
"Along masih belum tidur?" Maka, ketika itulah waktu untuk kami bertemu. Meluahkan segala cerita seharian, saling memberi pandangan dan saling menasihati.
Namun ayat ibu seketika tadi benar-benar buat saya tersentuh. "Along, semalam ibu bagitau ibu kerja kat kilang roti depan kawan-kawan along. Along tak malu ke? Mak kawan-kawan along ada pensyarah, doktor..ibu kerja kilang roti je.." Allah..runtun hati along yang mendengar. Ibu, hari ini along umumkan kepada dunia, iya. Ibu kerja di kilang roti. Namun, ibu adalah ibu along. Along bersyukur ada ibu.
Ibu yang cakapnya kurang. Sikit sekali. Namun pesanan yang sikit itulah dalam benar maksudnya.
"Along, nanti tolong ajar ibu mengaji ya? Tapi along tak ada masa. Masa kita tak sama." Hati runtun lagi. Kuasa Allah. Allah jua yang mengubah hati ibu. Bukan saya. Sekali lagi bukan saya.
Teringat pesan beberapa murabbiah yang saya pegang sehingga saat ini. "Di saat kita berjuang berbuat dakwah di dalam keadaan susah payah, penat lelahnya bermujahadah, risau meninggalkan mak ayah di rumah, percayalah. Allah yang menjaga mereka. Mana tahu, dengan asbab kita berdakwah kepada orang lain, Allah yang akan membuka hati mak ayah kita serta memberi mereka kefahaman terhadap Islam itu sendiri. Yang penting berbuat sahajalah dengan niat yang benar kerana Allah. Tugas menyeru kepada Allah itu tugas yang murni. Masakan Allah akan menzalimi hambaNya? Berbuat sajalah. Tinggalkan segala kerisauan. Berdoa dan berserah kepada Allah." Sungguh. Allah yang memegang hati.
Sikit demi sikit, kita semua semakin berusaha untuk kenal dengan Pencipta. Detik-detik hitam yang lepas, biarkanlah ia berlalu. Kita sama-sama buka lembaran baru.
Ibu, along tak tau berapa lama je along akan hidup. Tapi tu tak menjadi masalah untuk along. At least, along pernah juga merasa betapa berkatnya kasih sayang seorang ibu. Maafkan along andai along tidak menjadi anak yang baik. Maaf andai pernah mengecewakan ibu. Maaf kerana along tidak sesolehah mana. Terima kasih kerana ibu memahami anakmu ini.
Semoga syurga Firdaus untuk ibu. Ibu tak ada insta dan facebook. Twitter jauh sekali. Nanti ibu baca lah ya. Along tak pandai nak ungkap dengan kata-kata.
Along sayang ibu!

Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^