Eh..kita hidup lagi hari ini?






Maha Suci Allah yang telah menghidupkan kita pada hari ini...
Kenapa kita masih hidup lagi hari ini????

Mari kita sama-sama merenung sejenak bait bicara Iman Al-Ghazali:-

Berkata Imam Al-Ghazali 
"Kenapa Allah hidupkan aku pagi ini?" 
jawab Imam Al-Ghazali...
"aku hidup pagi ini kerana banyaknya dosa-dosa yang aku lakukan,lalu Allah beri kesempatan untuk aku bertaubat kepadaNya..."

iya...
dah terlalu banyak dosa2 kita sepanjang berpuluh tahun kita duduk di atas muka bumi ini..
susah nak cakap sape yang baik dan sape yg jahat..
kadang2,kita nampak dia mcm org jahat,tp sebenarnya dia lah yg dimuliakan Allah atas amalannya..
husnuzon (prasangka yg baik ) tu penting...

Saya mahu berkongsi satu cerita yg sangat menarik dan menyetuh hati nurani....


Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"

Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."

Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."

Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka."

Sollu'alan nabi..

 Nabi junjungan mulia merindui kita umatnya.....
tapi kita pulak?

Kita ini nama saja umat Muhammad SAW,
tetapi perilaku kita sekarang seolah2 menggambarkan kita berada di zaman jahiliyah...
padahal dah berkali2 Allah ingatkan di dalam al Quran  tentang azab di neraka,
dan nikmatnya di dalam syurga Allah...
Namun manusia masih juga memilih untuk berada di dalam syurga dunia yang sementara sifatnya...

Indahnya hidup bersyariat....
Aku ini bukanlah orang yang alim..
Masih banyak kekurangan aku..
Ilmu di dada pun masih sedikit cuma..
Tapi aku sedar tanggungjawab dakwah tu adalah kewajipan untuk semua umat Islam....
Untuk mentarbiyah orang lain,aku akan terasa malu..
Aku rasa aku yang patut ditarbiyah...

Moga2 Allah memberi kekuatan
 kepada kita semua untuk terus berubah menjadi
 yang lebih baik dari sehari ke sehari... 


Lembutkanlah hati kami Ya Rahim untuk terus setia
 pada agamaMu yg benar ini 
dengan sebenar-benarnya.....
Amin....
^_^

Comments

Popular Posts