Bila ada kita lupa..bila hilang kita kenang..
Assalamualaikum..selamat pagi..how r u today??
Hope all of u r well..alhamdulillah...
Jom sama2 baca
Hope all of u r well..alhamdulillah...
Jom sama2 baca
"Alhamdulillahillazi ahyana ba'dama amatana wailaihinnusyur"
syukur sangat2 sebab semalam kita telah berada di satu alam di mana kita sebut ia sebagai 'kematian kecil' yakni tidur..
Allah tu Maha Berkuasa..sangat lah Maha Penyayang dan Pengampun nye Allah,dibangunkan kita semula dari tidur yg nyenyak untuk bersolat Subuh..
Menyahut dan memberi ikrar yg satu di pagi hari..
"Innasolati,wanusuki,wamahyaya,wamamati,lillahirabbil 'alamin...."
Ok..dan ini translation nye dlm Malay version
"Ssungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam..."
Ok..ni for sure dah lari jauh sgt dari topik yg aku nak bincg arini..hehe..
xpe2..tazkirah pagi ea?
^_^
Nampak x gambar piano ni?
Sebenarnya skrg ni tgh melayan Golden Collection by Yiruma..mesti korg x taw ea pebenda la si hajar ni gi dengar pagi2 buta ni?
hm...in stead of ayat2 quran,aku jgk suka play and hear piano..
Ntah la...susah aku nak hilang kan minat aku yg 1 ni..
Mungkin ada yg pernah dengar ustazah korg cakap x boleh main piano kan sebab dia bertali?
Tp dalam hal ni aku ambil yg 1 ustazah ni pernah cakap..
Nak main x salah,,tapi jgn la sampai melalaikan korg..
Ok...nampak x tu?dah out of topic again..haha..
So,kita start semula dengan Al-Fatihah...
Bismillahirrahmannirrahim....
Hmm...
Alhamdulillah..
Dah lama aku tak menulis..
Ujian bertali arus datang kepada aku..
Daripada sakitnya,then plus dgn ujian2 lain memang sangat mencabar keimanan aku...
Kalau x betul2 sandarkan keyakinan kepada Yang Maha Esa,pasti aku dah lama tenggelam dalam keluhan dan sesalan...
Tapi syukur alhamdulillah..berkat doa orang ramai,sahabat2,akhawat2 serta yg paling utama doa ayah dan ibu,aku masih lagi berpeluang untuk mencoretkan sedikit sebanyak di blog ni sebagai renungan kita bersama...
Berkaitan dengan tajuk ini pula,aku nak ajak kalian berfikir....
Apa sebenar nye yg penting sangat pasal "Bila ada kita lupa,bila hilang kita kenang" ni?????
Tajuk macam bese2 je...
Eh,jgn sebarang fikir taw u all..
Just imagine kebetulan yg baca ni seorg yg baru je putus cinta..
Mesti apa yg dapat dia bayangkan bila pndg tajuk ni adalah bayangan2 gf or bf dia time diorg berchenta dulu...errrr~~~tet~~~ok dah cukup..yg part ni x nak bncg lebih2...
Then,cuba bayangkan pulak situasi lain orang yg baca ni seorang yg baru sahaja kehilangan insan2 tersayang...sebagai contoh ayah or ibu mereka..
Bagaimana perasaan mereka bila terpandang tajuk ni??
Automatically,diorg akan mula membayangkan wajah ayah atau ibu mereka...
Dan mungkin juga ada air mata yg akan mengalir kerana merekalah antara insan2 yg Allah wajibkan untuk kita ikuti perintahnya selagi tak bertentangan dgn syariat agama..
Merekalah antara insan yg Allah tak tolak doanya bila mereka mendoakan untuk anak2 mereka...
See now...
Please see from a wider view dear from this topic...
Aku bukan apa..
Aku cuma nak mengajak korg untuk belajar lebih menghargai sesuatu..
Jangan pulak bila sesuatu tu betul2 dah pergi dari hidup korg,time tu la korg semua nak rasa menyesal...
Dalam dunia ni,banyak benda yg kita dapat..
Kadang2 kita x pernah request pun kat Allah,tapi Allah kasi jugak kpd kita..
Dan kadang2 tu,ada sesetengah orang pulak macam senang je nak dapat apa yg dia mintak dari Allah kan..
Dear..come on..
Jadilah manusia yang bersyukur..
Allah kasi sesuatu tu bukan sesaje taw..
Kita akan ditanya kembali diakhirat kelak..
Apa yg telah kita buat dgn nikmat2 tersebut..
Macam sekarang ni pun..
Ada ke kita pernah mintak dari Allah nak jadi remaja?
Ada ke kita mintak Allah uji kita dengan ujian berupa kesusahan belajar,belum campur bab bercintan cintun lagi ni..
Tu semua Allah yg bagi..
Setiap dari kita akan diuji..
Cuma mungkin bentuk ujian tu lain2 depends on people...
Sebab tu lah aku nak sangat highlight kan tajuk ni..
Memandangkan kita semua majoriti nye adalah masih di alam remaja on the way ke alam dewasa,
so jom kita sama2 bersyukur kerana Allah bagi kita ujian yakni berada di alam remaja..
Atau orang2 kita panggil time ni la nak belajar kenal dunia..
Zaman kita nak cuba semua benda...
Zaman yg kita rasa kita ni mcm dah besar sangat..
Rasa mcm dah pandai nak buat keputusan sendiri..
~dan kdg2 tanpa sedar,kita dah korbankan banyak jiwa gara2 sikap kita di alam ini~~
Cuma jangan sampai esok lusa,bila kita sudah beranak cucu,barulah kita nak menyesal...
Ayat biasa yg kita dengar
"kalau la aku boleh jadi muda balik,mesti aku takkan jadi macam ni...macam tu lah..and so on..."
Time tu dah x guna nak menyesal..
Sebab tu la kita mintak dijauhkan drpd menjadi orang2 yg mengenang bila sudah hilang...
Kita sekarang sedang berada di alam yg sangat penting sahabat..
Akan ditanya kelak apa yg dah kita lakukan pada zaman muda kita..
Jika sekarang kita masih lagi lalai,
Andai sekarang kita masih nak hidup dalam dunia khayalan ciptaan kita,
Sekiranya sekarang kita masih fikir untuk enjoy semata,
Apa kita nak jawab depan Allah kelak?????
Entah lah..
Aku juga seperti kalian sahabat...
Masih berusaha memperbaiki diri..
Dan x kurang juga ujian yg menimpa..
Namun,bila kita rasa Allah tu dekat dengan kita,kita akan rasa bahawa itulah sebenarnya tanda Allah masih sayang kepada kita...
Janganlah mudah berasa down..
Al Quran dan hadis telah pun diturunkan kepada kita..
Itulah manual yg paling sempurna untuk temani kita dlm melangkah di dunia ni..
Sahabat,berbuatlah kebaikan walaupun sedikit..
Ingin saya kongsikan sebuah cerita yg aku kira in sha Allah dapat menjadi sumber motivasi kepada semua untuk berbuat kebaikan...
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling(bergembira) di dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia". (Riwayat Muslim)
Itulah manual yg paling sempurna untuk temani kita dlm melangkah di dunia ni..
Sahabat,berbuatlah kebaikan walaupun sedikit..
Ingin saya kongsikan sebuah cerita yg aku kira in sha Allah dapat menjadi sumber motivasi kepada semua untuk berbuat kebaikan...
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling(bergembira) di dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia". (Riwayat Muslim)
Ia mengenai kisah seorang lelaki yang sedang melalui jalan yang biasa digunakan oleh kaum Muslimin. Ketika melewatinya, dia melihat sebatang dahan yang berduri dan bergayut seakan-akan hampir jatuh. Bimbang apabila memikirkan dahan itu akan menimpa orang ramai, lelaki itu berusaha memotong dahan tersebut dan menjauhkan dari jalan. Oleh kerana tindakannya itu, Allah s.w.t. mengampuninya dan memasukkannya ke dalam syurga. Dia menikmati kemewahan dan kesenangan yang tiada bandingannya.
How sweet Allah kepada hamba-Nya kan??
^_^
Kalau selama ni kita rasa pakwe kita,makwe kita,husband or wife kita dah sweet sgt dengan kita,
Tuhan yg menciptakan tu lagi2 lah sweet nye...^_^
Nak tengok lagi betapa sweet nye Allah kepada kita???
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.(Al-zalzalah 99:7)
Buatlah sesuatu...tak perlu pun semua orang tahu sebab penilaian manusia tu xde apa2 pun..
Yang memberi pahala tu Allah..
eh..haaa...ni 1 lagi peringatan dan teguran..
Buat sesuatu tu janganlah sebab nak dapat pahala..tu dah lari taw dari main point kita..
Tajuk utama kita adalah untuk mengejar redha Illahi..
Bila yg 1 tu sudah kita peroleh,maka kita dah x perlu risau tentang yg selainnya..
Sebab apa?
Bila kita dah settle kan urusan kita dengan Allah,maka urusan yg lain tu Allah yg akan 'settle' kan nanti..
In sha Allah...
Tapi ingat..di sini ada peringatan juga...
Janganlah berbuat kejahatan...
Sebab ayat tadi ada sambungannya...apa dia??
Hah..ni dia...
"Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:8)
Setiap ayat2 Quran yg dinyatakan disini bukan khas untuk remaja saje ye..
Tapi juga dedicate khas buat kakak2,abang2,mak cik yg tengah memasak di dapur tu,pak cik2 yg tengah makan kat kedai kopi tu...
Sebab semua yg Allah turunkan adalah sangat special utk seluruh hamba-Nya yg hendak berfikir..^_^
So,jom kita saling ingat mengingati...
This time,i am a little bit serious..
Sebab nye kita x punya byk waktu sahabat..
Esok,lusa and even doktor paling hebat dalam dunia ni pun takkan mampu untuk sahkan bila kita akan mati..
Jadi,sebelum terlambat jom kita ubah...hehe..
Ubah diri kita..
Supaya kita tak menjadi insan2 yg lupa bila kita ada..
Dan bukan pula golongan yg mengenang bila dah hilang..In sha Allah..
kalau ada yg silap dimana2 tu,atas silap saya juga..
Allah jualah yang Maha Sempurna sifat-Nya...
Rabbi yassir,wala tua'sir...
Moga2 Allah permudahkan urusan kita...amiin..Wallahualam..
p/s eh,banyak nya membebel arini..huhu..maaf...assalamualaikum..^_^
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^