Saudaraku...aku merinduimu...

"Eh..cantik nye kak ajai..kita nak jugak..!! Tolong amik kan gambar kita pulak.."

Hehe...adik sedara saya yg sorg ni lah..ada2 je keletah dia..

"Meh sini akak ambikkan.."

Hmm...Itulah dia Ina...a.k.a Syafinaz Syafie..
Sepupu yg sangat rapat dengan saya..
Orangnya cantik,sopan santun serta taat kepada agama..
Ya Rabb..saya rindu kepadanya..

Ya Allah..masih teringat perbualan terakhir saya dengan ina..
Dan saya benar2 tak menduga bahawa ini yg Allah nak tunjuk kepada saya setelah banyak tanda2 yg saya rasa..
Di hujung2 ni,saya kerap berasa tak sedap hati..
tapi malas nak fikir lebih2,,
mungkin sebab aritu tengah final exam,so emosi memang tgh tak stabil la kan..
Beberapa kali juga saya terasa mcm nak baca artikel2 dan video2 tentang kematian..
Saya pun tak tahu kenapa..

Allah..saya baru je pulang ke rumah,utk cuti sem..
Memang rasa nak balik esok..
Tapi tergerak nak balik arini jugak..
Lantas,barang2 dikemaskan dgn penuh semangat..

Pukul 10 malam...

Saya terkejut bila dapat call dr Pak cik..
Something happen to my cousin..
Ya Rahman..ujian apa kali ni untuk diri ini?

Kami sekeluarga bergegas ke klinik yg dimaklumkan..
Mulanya,saya kena tinggal rumah,tp saya berkeras nak ikut jugak sebab ina bukan orang lain..
 Dah macam adik sendiri..kami memang rapat..
Dia dan adik saya, umurnya sebaya..
So,banyak benda yg kami bertiga kongsi bersama..

Bila dapat berita ina pengsan di hostel dan stil pengsan sampai pkul 10 mlm,saya dah terduduk..
Err..betul ke berita ni?
Diorg ni tak bergurau kan??
Saya duduk seketika nak tenangkan fikiran..
sudahlah seharian saya sibuk di universiti,sekarang ni dapat pulak berita yg sangat mengejutkan..

Tapi,panggilan telefon kedua dr pak cik saya betul2 membuat saya terkedu..
Allah...
Kuatkanlah semangat ayahnya...kuatkanlah semangat ibunya dan adiknya..
Serta kuatkanlah saya dan ahli keluarga saya juga ya Rabb..

Ketika disahkan bahawa ina telah tiada,saya hanya terdiam...
Mujur Yassin dah tersedia di poket..
Mula2 masih dpt dikawal perasaan ni..
Tapi saya tak mampu tahan..
Akhirnya air mata terzahir jua..
Dah tak dapat nak sorokkan lagi..
Mengalirlah kau duhai air mata..
Biar kelak menjadi saksi di hadapan Allah akan tulus kasih sayang terhadap saudaraku..

Apa yg penting di saat itu adalah adik kedua saya..
Mereka sehostel dan sebilik..
Uda menjadi saksi utama kejadian dari mula sampailah akhir..
Macam mana lah perasaan uda?
Apa lah yg uda rasa bila semua org berulang2 kali minta diceritakan perkara yg sama??
Sedangkan saya yg hanya tahu berita ini lambat pun stil terasa lg ni..
Uda memang kuat orangnya..
In sha Allah uda..along sentiasa ada di sisi saat uda perlu..
Dan kalaupun along tiada,Allah tu sentiasa ada untuk hamba2-Nya..

Allahu..
Sesungguhnya mati itu pasti..
Memang pada mulanya saya rasa sakit sangat..
Sedih sangat..
Tapi tiada apa yg perlu disedihkan..
Pemergiaannya sangat baik..
Alhamdulillah..
Allah ambil ina selepas dia selesai solat..
Perginya pula dengan cara yg sangat mudah..
Tenang sungguh riak wajahmu wahai saudara yg dirindui...

Apabila direnung semula,saya mula berfikir..
Apakah pulak kesudahan untuk saya kelak??
Yakinkah di dalam husnul khatimah?Ataupun su'ul khatimah??
huhu..air mata mengalir lagi buat yg kesekian kalinya bila mengenang dosa2 diri sendiri...

Allah...
Sering diulang2 ayat-Mu..
"Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati"
Dan janji Allah itu pasti..
Tidak lambat dan tidak cepat walau sesaat...
Alhamdulillah..ramai yg membantu menguruskan jenazah tadi..
Saya bagi pihak saudara terdekat Allahyarhamah Ina dan keluarga ingin memohon keampunan dari semua..
Maafkanlah Allahyarhamah..
Jika ada aibnya,mohon ditutupkanlah ia..
Moga kelak Allah akan menutup aib kita hendak-Nya..
Kirimkanlah doa buatnya...

Terima kasih kepada semua saudara2,jiran2,guru2 serta rakan2 Allahyarhamah yg sudi membantu memudahkan segala urusan..
Moga Allah merahmati kalian..amin..

Ya Allah,
Ampunilah segala dosa2 Allahyarhamah..
Sesungguhnya dia seorang yg sangat baik..
Al-Fatihah...

~saya rasa cukup sampai ni dahulu..saya sudah tidak dapat nak menahan sebak...marilah kita kembali bermuhasabah diri..in sha Allah..semoga kita semua dapat menerima ujian ini dengan hati yg tenang..wallahualam..
Assalamualaikum..


Comments

Popular Posts