Hipokrit ke kita???



"Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada saudari pengerusi majlis,para hakim yg adil lagi bijaksana,penjaga masa yg setia dengan jam randiknya serta rakan2 seperjuangan yg saya sayangi.."

Eheh..apa daa..ni skrip org nak pidato...hee..

Ok...sje nak cari mood ni..
Stop mengarut!!

Kita mulakan dengan bacaan Al-Fatihah..

Alhamdulillah..kita masih hidup lg hari ni..
Masih dapat bercakap mcm biasa..dapat mendengar..dapat melihat segala tanda2 kekuasaan Allah..

Mungkin pada 1 ketika kita terlupa utk melafazkan kata syukur kepada Maha Pencipta kan?
Tapi ketika teringat,cepat2 lah kata "Alhamdulillah.."

Betapa beruntungnya kita sebab tak semua org mampu utk melaksanakan kehidupan dlm keadaan yg blh dikatakan selesa ni..
Bila kita hidup 'selesa' yg tak berapa nak selesa ni,tu yg bahaya..
Kadang2 Allah saje nak test kita!

Manusia akan diuji dengan 2 perkara..
Sama ada dlm bentuk kesenangan ataupun kesusahan..
Tapi secara rasionalnya,diuji dlm bentuk kesusahan tu lebih mudah kita nak ingat kat Allah kan..

Ok now i'll going back to the main topic!

Istilah 'open-minded' memang femes la kan dlm kalangan kita..
Katanya,

"Zaman dah berubah,dunia dah maju.."

"Kena lah moden sikit..tak yah nak hipokrit lah.."

"Janganlah kuno sangat pemikiran tu..open-minded la sikit.."

Well said..open-minded tu mmg perlu tapi bukanlah sebagai tiket utk kita langgar syariat Allah..
Faham tak ye?

Ok..sebagai contoh..

Situasi: Pemilihan tudung

Wanita A : Fuh..bergayanya tudung ni..macam2 warna pun ada.
Wanita B : Erm..tp tudung ni pendek dan jarang sedikit lah A.
Wanita A : Eh ape lah kau ni B.kita ni wanita bekerjaya.Kenalah bergaya sikit.Kata moden..
Wanita B : ....(korang sambung sendiri )..

Agak2 apa kalian nak jawab ye kalau dlm situasi ni?
Mungkin kata2 nasihat akan diberi?
Atau nak bagi tazkirah ringkas kat kedai tudung tu?
Atau speechless terus???

Wallahualam..
Banyak lagi sebenarnya situasi lain yg tak tertulis d sini..
Sebenarnya berasa takut dengan situasi mcm ni sebab memang sejujurnya saya sendiri pernah berada dlm situasi ni sama ada watak saya adalah sebagai A dan juga sebagai B.
Berasa takut bila tengok ayat Allah dlm surah al Baqarah ayat 16..
Boleh tengok kat link ni..

Kenapa tajuk kita pasal hipokrit?
Sebab ramai sgt org takut nak jadi baik kerana alergik dengan word yg satu ni..

Bila kita buat sesuatu kebaikan ni mulalah dengar 'kicauan2' dari sekeliling..

"Alah..kau tak yah nak hipokrit sangat lah..aku bukan tak kenal kau ni jenis yg macam mana.."

"Kau ke ni??Aku tak percaya lah..pura2 je semua ni.."

Ok..Stop!

Kenapa ea org kata kita hipokrit?
Persoalannya siapa yg sebenar2 nya hipokrit sekarang ni??

Kita diciptakan sebagai manusia yg tiada secalit noda pun.
In fact,since dalam perut ibu lagi kita dah tunduk dan mengakui Allah sebagai tuhan kita Yang Satu..

Nak bukti?
in sha Allah..

Cuba tengok Surat al-A’raf ayat 172:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi anak-anak Adam keturunan mereka dan mengambil kesaksian dari mereka atas diri mereka sendiri, ‘Bukankah Aku ini Tuhan kalian? Seraya mereka menjawab, ‘Benar (Engkau Tuhan kami), Kami menjadi saksi.’ (Hal ini Kami lakukan), agar dihari kiamat kalian tidak mengatakan, ‘Sesungguhnya kami lengah atas ini (wujud Allah).

Dalam ayat tersebut dikatakan, bahawa setiap manusia sebelum lahir ke muka bumi ini pernah diminta kesaksiannya atas kewujudan Allah Ta’ala dan mereka menyaksikan atau mengenal-Nya dengan baik. Kemudian, hal itu mereka bawa terus hingga lahir ke dunia.

Oleh kerana itu, manusia betapapun besarnya dia, kuat dan kaya, namun dia tetap tidak dapat mengingkari bahwa dirinya tidak memiliki wujud dirinya sendiri dan tidak dapat berdiri sendiri dalam mengurus segala urusannya. Sekiranya dia memiliki dirinya sendiri, niscaya dia dapat mengatasi berbagai kesulitan dan kematian. Dan sekiranya dia pun berdiri sendiri dalam mengurus segala urusannya, maka dia tidak akan memerlukan kemudahan-kemudahan alam.

Ketidakberdayaan manusia dan ketergantungannya kepada yang lain, merupakan sebahagian dari fitrah (ciptaan) manusia. Jadi, selamanya manusia memerlukankan dan bergantung kepada yang lain. Dan dia tidak akan mendapatkan tempat bergantung yang sempurna, kecuali Allah Ta’ala semata. Selanjutnya ayat tersebut menyatakan, bahwa dengan dibekalinya manusia (dengan) fitrah, maka ia tidak mempunyai alasan untuk mengingkari dan lengah atas wujud Allah Ta’ala.
Bila kita tengok balik ayat ni,kita sepatutnya dapat kata bahawa bila kita mebuat sesuatu kebaikan,kita bukanlah hipokrit kerana itulah kita yg sebenarnya..kita semua memang baik (in sha Allah ) dan suka akan kebaikan..

Jadi,janganlah berasa takut bila nak cuba buat sesuatu benda baik.Allah tu Maha Mengetahui kan..

Banyak lagi nama2 Allah yg menjadi jaminan buat kita..

Rasanya cukup lah setakat ni dahulu..

Saya akhiri dengan kata maaf anda terkhilaf..saya mohon teguran dari semua..
Pada masa yg sama,marilah kita doakan bersama2 agar kita semua terus tetap teguh di jalan Allah..
Dan kita doakan jugak utk semua saudara kita di seluruh pelusuk dunia supaya terus kuat utk berjuang d jalan Allah..sememangnya orang2 beriman itu akan diuji..wallahualam..








Comments

Popular Posts