C.I.N.T.A.

Bismillahirrahmanirrahim....





Cinta yang sejati
Hanya cintakan illahi

Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya

Cintakan saudara

Hanya sementara

Serta sesama insan

Suburkan dengan ketakwaan..

Terngiang-ngiang bait senikata lagu nasyid ni...






"Akak..cinta tu apa??"
Seorang kanak-kanak yg penuh naif bertanya..
*sejenis kuih dik*
Eh jangan ea cakap macam tu!!!


Cinta yg sejati hanya cinta Illahi..
Kerana Dia lah pemilik cinta yg sebenar..
Dan hanya kepadaNya lah kita meminta cinta itu..

Tapi apa yg berlaku sekarang ni??
Lebih ramai yg memujuk rayu pada yg sebaliknya..
Mencari , memberi dan menerima cinta pada yg bukan tempatnya..

Allah berkata kepada kita,


"Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya.."
(Al-Ahzab : 4)

Dalam ayat ni jelas dikatakan bahawa hanya ada 1 sahaja yg patut ada di dalam hati kita..
Yakni cinta kepada Allah..
Jom kita sama2 check, apa yg ada dalam hati kita sekarang ni??

Kalau benda lain yg sdg kita dambakan, yg sedang kita idamkan selain cinta-Nya, lantas masih pantaskah untuk kita katakan yg cinta kita hanya untuk Allah yg satu??

...tertunduk seketika...


"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yg diinginkan berupa perempuan2, anak2, harta benda yg bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah lah tempat kembali yg baik.."
(Ali Imran : 14)

Allah yg cipta kita..maka Allah lebih tahu apa yg manusia kejarkan kat atas muka bumi ni..
Mostly yg dinyatakan dalam ayat ni adalah apa yg semua orang suka kan??
Wanita , Harta , Takhta...
Apa lagi?
OBVIOUSLY...sape yg tak nak hidup senang kan??
Tapi istilah hidup senang tu bagaimana pulak?

Mungkin senang bagi orang kebanyakan (untuk aku jugak kot dulu..) dapat result excellent..dapat kerja bagus..dapat isteri or suami kaya..eh?..lepas tu apa lagi??
Dah cukup ke semua ni utk menjamin kebahagiaan??
Sedangkan kebahagiaan dlm sesebuah keluarga tu pun perlunya mawaddah, sakinah dan rahmah..
Tak pulak dinyatakan kita perlukan duit yg MELIMPAH, emas perak yg BANYAK kan??

Ni baru cerita dunia..kebahagiaan akhirat pulak macam mana ea??

Ayat tadi ada sambungannya..


"Katakanlah, "Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yg lebih baik dari yg demikian itu?"
Bagi orang2 yg bertakwa tersedia di sisi Tuhan mereka syurga2 yg mengalir di bawahnya sungai2 , mereka kekal di dalamnya, dan pasangan2 yg suci, serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya.."
(Ali Imran : 15)

Di sini ada tawaran hebat dari Allah buat kita semua..
Allah nak bagi SYURGA tu..
Kalian tak nak ke syurga..??

Andaikanlah tiba2 ada sorg jutawan dtg kt rumah kan..tiba2 dia nak kasi 10 juta kat kita..
Eh..10 juta kot..siapa yg tak nak??
Hah tu baru 10 juta kita dah kelabu mata..sebab apa kita suka?
Sebab kita taw nilai 10 juta tu besar utk kegunaan dalam kehidupan kita..

Macam tu jugaklah syurga Allah..
Malahan nikmatnya adalah tidak terkata..
Kekal selama-lamanya..
Tapi apa reaksi kita bila tengok tawaran Allah dalam ayat2 Nya?
Ok..
Mungkin kita akan baca sekali lalu je kan?
Sebab apa?
Sebab kita tak tahu betapa bernilainya syurga tu..
Sebab sekarang ni kita tak nampak syurga tu face-to-face..

Jadilah orang2 bertakwa..
Banyak ciri2 org bertakwa yg disebutkan secara direct dalam love letter Nya..

Kadang2 kita selalu terlupa..
Allah tu sentiasa ingat kita..
Tapi kita selalu tak ingat Allah??

...terkedu seketika...

Jom kita renung ayat ini dalam2..


"Maka ingatlah kepadaKu, nescaya Aku pun akan ingat kepadamu.."
(Al Baqarah : 152)

Pernah tak kalian beria-ia ingat kat someone ni kan, tapi rupa-rupanya dia langsung tak ingat kat kita??
Sedih tak??
Takkan la tak sedih kan..
Tapi sekarang ni Allah yg janji dengan kita..Dia pujuk kita..
Allah kata,
 ingatlah Aku..(bukan igt kat si Maimunah tu)
ingatlah Aku..(bukannya igt kat Kedai Emas Habib Jewel tu)
ingatlah Aku..(bukan igt kat kereta Honda limited edition tu)
DAN...
Allah akan ingat kepada kita..
Ada terselit tak sedikit rasa terharu kat dalam dada bila ada yg sudi nak ingat kat kita??

...menangis teresak-esak...

Allah..
Tuhan Yang Maha Pencipta..




"Kenapalah susah2 diciptakan rasa cinta kalau nak suruh difokusnya cinta kepada Allah je?"

"Bukan ke cinta tu fitrah manusia?"

Memang fitrah..tapi kena lah pandai2 kawal..
Allah dah kasi nikmat Iman dan kurniaan akal yg sihat..
Maka berfikirlah..
Rasa cinta yg kita kata fitrah tu pun salah satu bentuk ujian untuk kita..
Ingat tu..
Sengaja Allah cipta banyak rasa cinta kita kepada benda lain untuk menguji adakah benar kita cintakan Dia..
Sedangkan cinta sesama manusia juga mahukan bukti bukan??
Inikan pula jika kita 'bercinta' dengan Pemilik Cinta itu sendiri??
Hah..tak ke lagi high class??

^_^

AND LAST BUT NOT LEAST,,,,

Kita hayati sama2 kata2 Allah untuk kita ni.....


"Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu."Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.."
(Ali Imran : 31)

Kalau kita claim yg kita ni cinta kat Allah, mana buktinya???????

Adalah dengan mengikuti segala perintah dan jauhi apa yg dilarang...

Reflection buat diri sendiri jugak...selama ni beria je kata cinta Allah..cinta Rasulullah..tapi......

Hakikatnya dalam hati masih ada benda lain...
Tak ke gitu???

:'(

Nak share satu lagu la kan..
Hayati la bait2 nya..bukan sekadar dengar semata ya..hehe..peace!!

http://www.youtube.com/watch?v=nqBOblWMUxU

Ya Allah..moga2 Kau lembutkanlah hati2 kami sebagaimana Kau lekukkan batu yg keras itu dengan mata air-Mu..
Agar kami hanya mencintaiMu dan Rasul-Mu ya Allah..
Serta mencintai makhluk-Mu juga adalah kerana-Mu..

Wallahualam...

JOM KITA REBUT CHENTA Nya..!!!

^_^

Comments

Post a Comment

May Allah bless ^_^

Popular Posts