My Golden Journey

Subhanallah..
Walhamdulillah..
Wala ila haillallah..
Wallahuakhbar..

Sungguhlah Allah jua sebaik2 perancang..
Ayah cuti hari ini..
Saya pula begitu rindu ingin melihat laut..
Ntah kenapa segalanya begitu cantik Allah aturkan..

Bermula di pagi hari..
Tiba2 ayah ajak kami sekeluarga pergi bersarapan di luar..
Kat kedai tu nampak la seorang kanak2 comel..
Ya Allah seriously..memang cute sangat..bijak pulak tu..
Saya melihat atas meja tu ada kalkulator..
Dalam hati terdetik..

"buat apa la kalkulator tu.."
Rupa2 nya ayah dia cakap tu 'henpon' dia..
Alahai comel nye awak dik..

Tengok wajah kanak2 ni memang menenangkan sebab mereka masih suci..bak kain putih yang tiada calit dan noda dosa..
Selesai bersarapan, saya pergi menikmati pemandangan matahari naik di belakang rumah..






Sebenarnya ayah exited sangat nak bawak saya gi tengok laut..
Ayah tanya nak gi mana..
Tapi saya ikut je mana2 ayah nak bawak..

After dah bersiap ala kadar, dengan lafaz bismillah, kami pun memulakan perjalanan... 

Kami memang tiada tujuan yang pasti..
Kami hanya menuju ke mana2 mengikut gerak hati..
Macam lawak kan?
Tapi tu la realitinya..
Ayah tak pernah taw macam ni..
Biasanya ayah ni jenis yang suka plan perjalanan..

Dalam perjalanan tu, ayah singgah kedai untuk betulkan tayar yang pancit..
Allahu..
Orang2 kedai tu tersangatlah tak mesra alam..

Ada ke patut, masa tu bukannya ada orang lain..
Kami ni kira pelanggan pertama la..
Tapi pekerja2 tu buat tak layan je bila tengok kami masuk kedai..
Ya Rabbi..!!
Sabar sangat taw..
Bak kata ayah "Baru kerja betulkan kereta je dah berlagak nauzdubillah.."
Tapi memang betul pun..

Kalau nak compare kan orang2 Melayu dengan orang Cina la kan, saya mengaku yang orang Cina memang patut dipuji..
Saya malu la dengan perangai sesetengah orang Islam ni..
Bukankah baginda Rasulullah SAW dah ajar kita cara untuk berniaga yang betul?
Bukan ke memaniskan muka ketika melayan pelanggan itu satu sunnah nabi juga?
Ini tidak..acuh tak acuh saja layanannya..

Ok cukup dengan semua tu..
At least,i got one lesson here..
FOLLOW AKHLAK NABI KITA..
:)
Perjalanan diteruskan..
Sampai la satu tempat akhirnya kami pun berhenti..

Subhanallah..

Hanya itu yang mampu terungkap di bibir..

Cantik sangat ciptaan Allah..

Pada mulanya,kami ternampak satu jeti..




Eh..ada orang baru balik menjala la..
Macam sweet je...!!!!
Sebabnya isteri dia tunggu suami dia kat tepi laut dan sama2 bawak hasil tangkapan suaminya ke darat..

Macam mana pula la ya Nabi kita dengan isterinya??
Allahu..


:)


Tiba2 isteri dia menegur kami..
Mungkin terlalu obvious kot yang kami ni orang luar..

"Nak beli ketam ke encik?" sapa isterinya yang kelihatan manis mukanya bertanya kepada kami sekeluarga.. 
MasyaAllah..sejuk hati kami dengan akhlak si isteri..
Dari kejauhan terlihat pula si suami sedang membawa satu lagi bekas berisi hasil tangkapannya..
Nak taw tak apa tu??
Belangkas....(sape tak taw sila tanya Inche Google..)


:)


Kami adik beradik begitu ralit mengambil gambar pemandangan..
Tapi ala-ala segan gitu sebabnya ada satu pangkin kat tepi laut tu..
Satu family orang kampung tu tengah duduk situ sambil buat keje2 diorang..

Ketika kitorang satu family turun dari kereta, mereka pun dah pandang pelik pada mulanya..
Iyelah..kami bukannya orang kampung situ..
Yang saya ni pulak dah tersipu2 malu..
Err..rasa macam nak ajak ayah gi tempat lain je..
Tapi ayah rilek je..
So saya pun buat muka tak bersalah terus menikmati pemandangan indah kat situ..




Ok..done(for a while je la..) with all the pictures..
It's time to take a look what ayah and ibu doing..
Rupa2 nya mereka tengah tengok orang siang belangkas..

MasyaAllah..selama ni saya taw makan je..
Tak taw la pulak serumit itu..
Betapa sabarnya pasangan suami isteri ni melayan karenah keluarga kami sebagai pelanggannya..
POINT HERE : SABAR

Satu perkara yang membuat saya kagum adalah pasangan ni memang sweet sangat..
Sebabnya dua2 akhlaknya memang baik..
Bahasa2 yang diucapkan menunjukkan yang mereka cukup terdidik dengan adab dan sopan selayaknya bergelar orang kampung..

Oh please..
Ayat ni bukan ayat hinaan ok..

Tolong faham maksud saya..
'Orang kampung'..

Jom refresh sirah Rasulullah SAW..
Dahulu semasa kecilnya dididik di mana??
Di kampung kan?
Iya..baginda sengaja dihantar ke kampung agar dididik dengan akhlak2 terpuji..
Supaya tidak terpengaruh dengan perkara2 negatif di bandar..
POINT HERE : JAGA ADAB SOPAN

Begitulah maksud saya..
:)

Tiba2 rasa nak imbas balik kenangan dulu..
Untuk pengetahuan semua, saya juga orang kampung..
Sejak kecil, saya telah dihantar ke rumah arwah nenek..
(Al-Fatihah buat arwah nenek tercinta..) :'(
Arwah nenek mendidik saya untuk menjadi seorang yang lemah lembut..
Dijaga dan dibelainya diri ini dengan penuh manja..
(err..lepas arwah nenek meninggal,ter'genster' sekejap...hoho..)

Selepas itu, saya dijaga pula oleh mak cik..
Di situ juga saya diajar dengan penuh kasih sayang..
Diri ini diajar untuk memilih kawan yang baik dan macam2 lagi lah..

Dulu saya pun pelik..
Kenapa la ayah dan ibu tak jaga saya ea??
Bukan la maksudnya mereka tak jaga saya langsung..

Tapi kenapa mesti nak orang lain jaga??
Bila dah besar, kini saya faham..

:)


Ahah..back to the main story..
Ok..pak cik tu share something yang buat saya teruja sangat..
Selama 20 tahun hidup, saya tak pernah taw dan tak pernah nak amik taw yang belangkas ni ada darah..
Pak cik tu kata darah belangkas ni boleh ubati anaemia..
MasyaAllah..

Tu pun saya tak pernah taw..

"Pak cik, belangkas ada darah ye? Yang mana satu pulak darah dia?" ringan mulut saya bertanya..


"Darah dia ada ni..yang biru-biru ni.." jawab si isteri sambil senyum ke arah saya..

"Allah..warna biru? Uniknya ciptaan-Mu ya Rabb...." kagum seketika..

So, got another lesson here..
Hajar...
PLEASE IMPROVE YOUR KNOWLEDGE..


Lepas borak2 agak lama, saya pun bercadang nak gi amik gambar lagi..
Rasa tak puas pulak..
Dah alang2 datang dari jauh, lebih baik amik gambar banyak2..

"Uda, jom kita amik gambar lagi.." kata saya kepada adik..(walhal dalam hati ragu2 jugak..apa la sambutan mereka nanti terhadap orang luar seperti kami..)


Hati saya tergerak untuk bersalam dengan mak cik dan nenek yang ada kat pangkin tepi laut tu..
Ucapan salam diberi oleh saya..
Lalu dijawab oleh nenek..
Bukan sekadar jawapan salam malah seulas senyuman pula diberi kepada kami..
MasyaAllah..diberi satu dibalas dua!!!

"MasyaAllah..indahnya akhlakmu.." kata saya di dalam hati..berbunga2 dah ni sebab muka nenek tu manis je..tetiba rasa macam terbayang arwah nenek kat depan mata..sebijik macam arwah nenek..

Lalu kami bersalaman sambil saya bertanya serba sedikit tentang apa yang mereka sedang lakukan di situ..sebab nampak macam harmoni je diorang ni..buat hati ni tertarik untuk tahu sekali..
Mak cik tu kata dia on the way nak buat belacan..
Waaa...belacan tu..20 tahun diri ini hidup tak pernah dapat tengok orang buat belacan live depan mata..hehe..

"Kalau nak belajar buat belacan, adik tinggallah kat sini..nanti petang suruh ayah ambik awak.." kata mak cik tu..

Haha..tergelak besar saya dibuatnya..kalau la rumah makcik ni 1 kilometer je dengan rumah saya, saya stay je kat sini sampai esok pun takpe..

Ok..alhamdulillah..lepas tu kami terus berbual seolah masing2 dah lama kenal..
Sungguh saya tak rasa canggung untuk berada dalam kalangan mereka sebab layanan yang diberi seolah2 saya ni anak mereka saja..
Dalam masa tak sampai 5 minit suasana dah berubah menjadi sangat harmoni..
Ya Allah..seronoknya rasa hati..
Mereka tak sombong..
Inilah akhlak yang sepatutnya semua orang ada..
Akhlak baginda Rasulullah SAW taw ni..
MasyaAllah..
Tak perlu pun kelulusan Ijazah mahupun Phd untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia..
Cukuplah dengan keikhlasan yang terbit dari hati nurani..
Sungguh dalam hati saya amat mengagumi mereka..
POINT HERE : MERENDAH DIRI< JANGAN SOMBONG>

:)


Ayah pula nampaknya sudah makin serasi berborak dengan pak cik tadi tu..
Manakala ibu pula sedang ralit berkongsi cerita..ibu ambil tempat saya yang sedari tadi berbual dengan nenek dan mak cik..

Saya melahirkan hasrat nak pegang air laut sebab tebing tu tinggi sangat..saya tak yakin dapat sentuh air laut dengan ketinggian yang macam gitu..

Tiba2 semua orang secara serentak tunjuk kat saya, bahawa ada satu tangga batu..
Allahurabbi..
Comel je kan mereka ni!!!!

Exited tak terkira time dapat cicah tangan ke air laut......airnya jernih pulak tu..





Subhanallah.....

Hmm...sepanjang saya berada di situ, tak jemu2 saya mengingatkan diri..

"Malulah wahai diri dengan makhluk2 Allah yang lain..mereka semua bertasbih kepada Allah..maka aku yang dikurniakan akal ni lebih2 lagi perlu tunduk sujud kepada-Mu.."

:'(





Lepas tu ayah ajak balik..
Semua orang kampung bergurau sambil cakap kat saya..

"Tak yah balik la..tinggal sini je.."

Kalau diikutkan hati memang tak nak balik........

"Eh tadi malu2 je dia ni..peramah rupanya.." kata pak cik tu merujuk kepada diri ini..alamak..point kat saya je ke ni?

"Err....heee..." diri ini hanya mampu tersenyum..

Sedihnya rasa nak tinggalkan kampung yang indah permai ni..
Betul lah..bila kita yang bergelar manusia ni hidup aman damai, alam pun akan bekerjasama..
I'm just imagine la kan..
Bila la Islam nak tertegak di atas bumi Allah ni??
(IM pun belum tertegak dalam diri hajar oi....!!!!huhu....nanges....)

Syukur alhamdulillah..memori yang singkat tu betul2 membawa makna yang mendalam buat saya dan keluarga..

Pada sebelah petang pula, hati ini tergerak untuk pergi ke 'rumah' saudaraku tercinta...
Ina..kak long rindu kat Ina.. 
:'(
Hanya al-Fatihah dan iringan doa yang dapat kak long bagi kat Ina..
Moga tenang di sana adikku..
Bila duduk di kubur ni, hatiku jadi sangat lembut..
Mudah sangat tersentuh..
Tipu kalau saya kata air mata tak berjujuran turun melimpah..

Dengan keadaan saya sekarang ni yang tak menentu, terasa2 kematian tu sangat dekat..
Allah...
:'(



Hmmm...

Terima kasih Allah atas tarbiyah ini..
Sungguh..mengingati mati itu membuatkan saya rasa lebih tenang..

Pada sebelah malam pula, saya berkesempatan untuk berziarah ke rumah pak cik dan makcik..
Dah lama tak jumpa..
Bertukar2 cerita, saling bertanya khabar..
Sunnah baginda Rasulullah kan kalau berbuat baik sesama saudara???
:)

In sha Allah..

(dapat recapture gambar ni...jadi makin berkobar-kobar untuk jejakkan kaki ke Tanah Suci..moga saya dan keluarga dipanjangkan umur untuk ke sana..allahumma amin..)
:)





Allahuakhbar..

Satu hari yang penuh dengan cerita..
Satu hari yang penuh dengan pelbagai rasa..
Satu hari yang berjaya membuat diri tersenyum gembira..
Dan satu hari yang betul2 berjaya buat diri ini mengalir air mata..

Terlintas suatu ayat dari Kalam-Mu Tuhan..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Surah Ar-Rahman)


Oleh kerana itu lah, dilajukan jua tangan untuk menaip kisah ini agar sama2 dapat ambil iktibar..
Tak hirau perut yang tengah berdenyut2 minta agar diri berehat buat seketika..
Saya lebih risau kalau2 inilah malam terakhir yang Allah beri peluang untuk saya menulis..

Kisah ini ditulis bukan saja2..
Sama2 lah kita ambil ibrahnya..
Bahawa sunnah Rasul itu bukanlah perkara ringan dan boleh diletak ke tepi..
Betapa pentingnya mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian..
Dan betapa pentingnya berfikir terhadap sesuatu yang Allah beri kepada kita..

Allah..redhailah diri ini ya Rabbi..
Dalam menyelusuri kehidupan sehari-hari..
Yang penuh onak dan duri..
Agar diberi ketabahan dalam diri..
Menjalani ujian yang tak seberapa ini..
Aku tunduk pada-Mu Ilahi..
Ku terus pujuk diri..
Iya..ini yang terbaik buat hamba-Mu sehina diri ini..

:)

*demi menghormati permintaan pak cik tu tadi, maka saya tak letak gambar mereka serta lokasi juga dirahsiakan demi kebaikan sejagat..sekian terima kasih*


_jaulah+rehlah_ 


#may Allah forgive me#may Allah ease#may Allah bless#



Comments

Post a Comment

May Allah bless ^_^

Popular Posts