Mencari Rasa Yang Hilang

Assalamualaikum w.b.t..






Untuk pertama kali nya,ana menggunakan kata ganti diri 'ana'..
Selama ni macam kasar sgt bunyi nya ya?
Hmm..ba
ru tergerak nak guna bahasa sopan sikit..hehe..aseef...
Baru nak cuba2 actually..

:)


Actually kan,i've something to share..
What i can say,in a simple word..
Ini ubat utk org2 yg dia rasa dia dah 'hilang' rasa..
hmm..nampak macam x serius ea??
Ada nampak mcm muka main2 ke ni??

*muka serius please....!!!!!!*


Untuk rasa tu kan, dulu ada seorang  akhi, hantr surat kt pakcik hasan al banna. Dia ckp la yg dia hilang rasa, dia gi dakwah, tp xde perasaan..mcm2 lagi la. Nk tahu x imam hassan al banna kate ape?

Isi surat tu berbunyi (err..ada bunyi ke?kbai~) begini ya...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang bewarna merah,yang manarik dan melepaskan darahnya,tentu sahaja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup dan menjalani kehidupannya.Akan tetapi hati yang bersemangat,kuat dan hidup,sayang sekali dia tidak memilikinya.


Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil,dia juga mengetahui tempat-tempat keburukan meskipun samar-samar.
Seringkali dia merasa benar jika membaca perilaku seseorang dari wajahnya dan dia juga dapat memberi isyarat akan hal itu. Akan tetapi,dia tidak memiliki hati.Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah tidak bersua,dia menyalaminya dangan menggemgam tanagannya dengan kuat,bahkan memeluknya.Namun hatinya tetap beku,sama sekali tidak terpengaruh.Dia memberi nasihat kepada orang lain, "Jadilah kalian begini dan jadilah kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil dan alasan, namun hatinya semakin keras dan tidak terpengaruh.
Dia tersenyum kala menerima berita gembira.Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka.Akan tetapi,kegembiraannya dan kesedihannya hanyalah reaksi yang dialami.sedangkan hatinya tetap diam dan tidak bergoncang.


Dia menyatakan cinta dan benci kapda seseorang.Ketika melihat hatinya,hatinya tetap diam tanpa memberi penjelasan.


Dia berdiri menunaikan solat dan berusaha khusyuk,membaca Al-Quran dan berusaha menumpukan perhatiannya.Ketika menunaikan solat,membaca bacaan solat dengan nada-nadanya,orang-orang pun berkata, "Dia jenis orang yang khusyuk".Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapati hatinya kaku dan tidak khusyuk,walaupun memahami apa yang dibaca.


Ini adalah gambaran yang sebenarnya terjadi pada hati lelaki tersebut.Saya tidak melebu melebih-lebihkan atau menguranginya.Menurut anda ,apakah anda dapat menyatakan bahawa hatinya sama seperti hati orang-orang pada umumnya?


Saya dianugerahi akal,tetapi hati saya hilang.Saya merasakan fikiran saya menyala-nyala,bekerja,hidup dan menunjukkan kedudukannya.Akan tetapi ,ketika saya ingin merasakan hal itu pada hati saya,sama sekali tidak menemukannya.Saat ini ,anda telah mendengar tentang seorang lelaki yang tidak memiliki hati.
Dia adalah seorang pemuda yang membai'at anda dan anda mengambil sumpah setia darinya.Adakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati ?adakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar tergerak dan merasakan apa yang diucapkan oleh lisannya.


Ini adalah seorang penyakit tentera anda yang akan membuat anda rasa sedih jika mengetahuinya.Oleh kerana itu,saya akan membuat anda rasa sedih jika mengetahuinya.Oleh kerana itu saya tidak menyebutkan namanya.Hingga saya memberitahu anda kesembuhannya.


Wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Jawapannya pulak???
Ok ni dia..

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu,halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka.

Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian,tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup)membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku.

Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan melaksanakannya kamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu & menentukan ubatnya.

Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir& menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab.

Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah.

Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.

Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan.

Allah swt berfirman;
“Sesungguhnya dalampenciptaan langit & bumi, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yangberakal.” (Ali-Imran : 190)

Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois,terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian.

Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasadengan orang yang susah atau sedih.

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman &melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. 
Berdoalah di waktu-waktu mustajab &waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampa ike Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu.


Allah swtberfirman;


“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.”(Al-Maidah : 27)
Saudaramu, Hassan Al-Banna...

So how's your feeling???
Dah dapat feel tu tak?
Feel yg agak nye dah hilang awal2 tadi??


Sebenar nya ana just nak kata yang inilah situasi ana sekarang...
can't feel anything..
Allah dah cabut rasa tu...
Sedih sangat2...tak terkataaaaa....

:'(

And one of my dearest akhawat share about this...
Ya Allah..sangat2 bersyukur......!!!!!!!!!
Alhamdulillah..

So what u should do now???

Firstly, REfind your first step..innamal a'malubinniat...
why u are here now??
REcheck ur niat...
Apa sebab utama kalian memilih jalan dakwah ini sebagai jalan hidup kalian????
Sebab dia best!!!! (tu jawapan dlm iklan kt tv)
Hakikatnya Allah dan kita sahaja yg tahu mengapa..

The next step,start berdamping dgn org2 soleh dan solehah..
Yang kita percaya boleh bantu kita utk kembalikan semula 'rasa' tu...
Ana akui bukan mudah utk kita curhat (ala2 curahan hati dan perasaan) dengan insan2 yg masih belum dikenali secara rapat kan??
Tapi percayalah..org2 soleh in sha Allah..sememangnya dikirimkan oleh Allah utk membantu insan2 macam kita ni..
Eh tapi jangan pulak lupa satu perkara..
Mereka juga manusia..
Anggaplah mereka tu asbab je utk kita lebih dekat dengan Sang Pencipta..
Dan pergantungan sebenar kita hanyalah kepada Allah..
<3

Then,tahajud...(ana pun kadangkala tertewas juga..aduh....)
My fren said time tahajud ni la kita nak berdating dgn Allah secara private...
Mengadulah apa sahaja ketika ini..
Sungguh Allah tu kan Maha Mendengar...

Banyakkan berdoa..
Kuasa doa tu sungguh besar sehingga Allah ada menyatakan dalam ayat Nya bahawa yakinlah pada kuasa doa..
Ya Allah..serius sentap sangat masa 'ter'baca ayat ni..
Saja la selak2 Quran kan..sekali Allah nak tunjuk betapa berkuasaNya doa..
Mintaklah pada Allah..
Kan segala masalah,segala ujian ni datangnya dari Allah jugak..

:)

Sebelum mengakhiri tinta kali ni (oh ye..adik pun dah siap keje2 sekolah..dah nak tidur..)
Salam maaf dihulur..
Memang...berkata memang mudah..
Tapi utk mengerah tubuh utk buat step2 ni memang payah...
Dulu ana pun rasa macam nak tumbuk2 je orang asik suruh ana buat itu la buat ini la..suruh sabar la..
tapi percayalah..bersangka baik dengan Allah ye....

Jangan mengalah!!!

Kata nak jadi orang beriman..?
Kata nak kejar redha Allah...?
Mana ada org beriman yg mudah mengalah??
Jom jadi kuat...
Jom mohon pada Nya agar diberi kekuatan utk menghadapi ujian 'hilang' rasa ni..

#moga Allah redha#







Comments

Popular Posts