K.A.C.A.M.A.T.A


Allahurabbi...
Ya Rabbul Izzati....

5 hari lalu, aku diminta utk membentangkan tajuk 'Nabi Nuh'...
Lantas tangan inilah yang lincah membuat video..
Lidah inilah yang petah berbicara mengenai betapa sabarnya Nabi Nuh ketika berdakwah, mengajak umatnya kepada Allah..

Dan 2 hari lalu..
Surah Yusuf dibaca...
Kalimah 'FASOBRUN JAMIL' diulang2..

Lantas kini tiba masanya Allah membenarkan ayatnya..

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"
(29 : 2)

Selama ni mungkin kacamataku tentang istilah  'SABAR'  masih lagi 'kabur'
Masih ada  'habuk'  mungkin?

Bagiku..
Sabar itu sekadar menahan kemarahan sahaja..
Sabar itu bukanlah sekadar menampal senyuman di bibir sahaja..
Lebih dari itu..

Sabar itu berlapang dada..
Berlapang dada dengan Allah..
Di situ letaknya tarbiyah..
Di situ letaknya jiwa rabbani..

Aku merancang, tapi ternyata aturan Allah jua yang paling cantik..
Fasobrun jamil kata Allah..
Bersabarlah..
Kalau tak, takde la aku jumpa apa yang aku dah jumpa sekarang..
'Makhluk2' pelik yang aku jumpa sepanjang di jalan tarbiyah ni..
Tak ternilai harganya..
  


Lepas ni...
Gosok 'kacamata' ni lebih2 sikit..
ook...

Comments

Popular Posts