Dakwah Satu Bebanan?

TIPU.....

Tipu sangat kalau aku tak pernah rasa perasaan macam ni..

Tipu sangat la kala aku tak pernah 'ter' mengeluh..

Ter la sangat hajar oi..

Macam mana la Islam nak tertegak kalau syabab nya macam aku????

Pfffftttttttttttttt

Rasa macam nak hantuk kepala laju2..

Sebab rasa macam selfish sangat..

Ofcoz rasa macam selfish..

Semua kefahaman yg kita ada,kalau tak disebarkan maka jadilah kita seperti seekor keldai..

Yg membawa muatan di atasnya ke mana2 sahaja..

X mau la jadi macam keldai... ~.~'


I claim that i'm the understood one..

Why where is the amal???

What have u done to ur ummah??

Esok kalau Allah tanya aku nak jawab apa??

"Allah..hambaMu sibuk menghapdet fb ya Allah.."

"Allah..aku sibuk menulis blog ya Allah.."

Allah....

Rasa mcm jual ikan sangat2...  :(

Kalau dilihat kepada perjuangan Rasulullah SAW sepanjang dakwahnya..

Apa yg disampaikan oleh baginda???

RASA...

Iya..

Rasa..

Bukannya penulisan semata...

Bukan kata2 semata-mata..

Kalau cinta tu orang Melayu kata dari mata turun ke hati,

Maka dakwah ini pula datang dari hati ke hati...

Serious talking..

Kesolehan kita sebagai penyebar dakwah itu amat2 lah penting yg tiada tolok bandingnya...

Hari ini nak gi usrah adik, tapi ODOJ pun tak habis lagi...guane kan?

Hari ni nak menyampaikan nasihat,tapi diri sendiri pun terlupa nak bangun tahajud semalam..

Huhu...

Ketuk kepala sendiri la hajar ye..

Hari ini syukur alhamdulillah..

Allah pertemukan dengan seorang insan..

Yang benar2 membuatkan aku rasa macam nak nanges kat situ jugak..

Dia ini sungguh2 Allah beri kefahaman kepadanya..

Dia ini amalnya mungkin banyak, namun masih lagi merendah diri..

Dia ini aku lihat berganda2 lebih baim berbanding aku..

Aku mula memandang diri sendiri..

Dia yang mula mengerti betapa pentingnya bacaan al-maksurat setiap pagi dan petang..

Dia yang mula mengerti betapa pentingnya usrah setiap minggu itu bukan sekadar rutin..

Dia yang baru sahaja nak berjinak2 dengan daurah-daurah setiap bulan..

Lantas aku insaf seketika..

Iya..kadang2 aku terasa jugak jauhnya tu..

Sekarang ni dekat2 nak musim exam..

Aku terlalu disibukkan dengan dunia..

Presentation yg tak habis2,,

Esaimen lagi la jangan cakap..

Memang tepat sangat lah Allah jumpa kan aku dengan setiap situasi ni...


#syukurlah Allah masih pandang kepada diri ini ~.~









Comments

Popular Posts