A Sudden Reminder of The Past


Bismillahirrahmannirrahim..

Asalamualaikum semua :)

Pagi Jumaat yg amat sejuk!

Dah Kahfi ke belum kawan2???

Cuaca mendung je ala2 nak hujan gitu..

'Princess' a.k.a uda kat rumah ni dah tido balik lepas breakfast tadi..kesian dia..tunggu punya tunggu tak keluar2 link utk aplikasi permohonan matrikulasi..

"504 Gateway time out"

Last2 uda dah selamat tido..!



Erm..bila tengok uda dah nak habis SPM ni, teringat dulu2 punya memori..

Nak dijadikan cerita, kemas2 rumah aritu, terjumpa pulak borang2 permohonan lama ni..

Kalau nak tahu, lepas PMR dulu, ramai cikgu2 ingat saya pindah ke MRSM..






Tapi sebenarnya saya tak masuk pun MRSM ni..istikharah tak memberat ke sini kan..
Bila dah masuk u, ramai giler member2 dari MRSM..
So, dapat la berkongsi2 cerita dan pengalaman diorang kat sana..
Ecece..macam best je kan dengar citer deme ni..
Ada yg masuk pertandingan sampai ke Amerika gituuuu!

Tapi pengalaman saya kat Asrama Felda tak kurang hebat..
Alhamdulillah sangat2..
Setahun di Selangor, setahun di Johor Bahru
Betul2 bawak kesan yg besar sampai la sekarang..
Dah lah first time sekolah kat girl school..
Terkejut pun ada..
New experiences!

Kat asrama ni la saya mula nak bercampur dengan manusia dari pelbagai negeri..
Terengganu, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, dan macam2 lagi lah...

Masa kat mula2 pindah ke Selangor tu macam lawak pun ada la..
Mana tak lawak..saya ni orang Johor pure..
Taw je la orang Johor ni macam mana..
Percakapannya laju, dialek nya ada yg sukar utk difahami..
Berbual pulak dgn orang bandar pure..

Tak ke berbeza yg amat tu??

Haha..last2, saya terpaksa bercakap Melayu baku..
Dan effect dia sampai sekarang..
Setiap orang yg cuba teka asal usul saya, pasti akan kata saya ni orang Selangor..  
 >.<

No lah! 


Saya anak jati Johor walaupun ada la campur Terengganu sikit..




Ni surat tawaran PLKN..

Tak gi pun sebab masa tu nak gi Matrik..

Sebenarnya, dapat jugak tawaran ke Asasi UNIMAS..

Tapi..haha..

No need to tell the story lah..





Ok..nampak tak yg kat atas ni?
Ni surat saya terpilih utk temuduga program perguruan..
Saya mintak matematik sekolah menengah sebab masa ni memang minat sangat matematik..tak kisah la add math or math modern..
Exited sangat masa gi interview ni..

Saya punya idola adalah Cikgu Marina (cikgu skolah rendah), Cikgu Aidil (cikgu sekolah menengah), dan Cikgu Ismail (cikgu tuisyen sekolah menengah )...
Ni antara insan2 yg banyak membantu  saya dalam memahami selok belok math..

Cikgu Ismail tu sebenarnya lecturer kat UTM Skudai..
Sekarang ni tiap2 hari boleh jumpa..
Dan semua orang akan pelik bila saya panggil dia cikgu..ahaks >.<
Nasib menyebelahi saya..saya diterima utk program itu..

~matematik, luar negara~

Tapi atas sebab2 tertentu, saya tak pergi..
Sedih sangat..tipu tak sedih..
Disebabkan kesedihan yg melampau, saya tak tanya pun negara mana yg ditawarkan utk saya..
Akhirnya, saya pun meneruskan pengajian di matrik..

Nak meneruskan kehidupan kat matrik tu mula2 macam bosan la jugak..
Ada je manusia2 tak berhati perut yg memerli..
Iyelah..kata mereka duduk matrik ni utk org2 yg tak pandai..tempat buangan lah..apa lagi lah..
Haish..rasa nak ganyang je mulut mereka ni dengan cili api!
Tak baik tau..

Kat matrik saya ditemukan dengan sahabat yg sangat baik..syukur...
Tu la sahabat masa susah, nanges,senang..

Alhamdulillah..berkat doa dari ibu bapa, pensyarah2 serta semua org, result saya tak mengecewakan..
Masa kat matrik pun ada permohonan utk sambung belajar luar negara tapi kali ni saya dah malas nak mohon sebab takut pisang berbuah dua kali dan akhirnya nanti saya jugak yg akan kecewa kan?

Masa dah nak habis belajar di matrik, saya dapat tawaran utk sambung buat Medic di Rusia..
Tapi situasi yg sama juga berlaku..
Saya tak dapat pergi..

Soo sad right?
Yup for certain people..

For me, it just a destiny..
I was destinied for not being there..

Bila kenang2 balik, bukan senang jalan hidup saya ni..
Sounds too pathetic right?
Untuk sesetengah orang mungkin mudah je kan..
Dia nak itu dapat, nak ini dapat..
Tapi bukan untuk saya..

Allah tu nak mendidik..
Dan kesabaran saya terdidik dengan cara ini..

Banyak je benda yg saya nak, peluang dah depan mata, tapi akhirnya terpaksa ditolak..
Takpelah..
Allah nak ganti dengan sesuatu yg lebih baik..

Positif!

Jom tengok satu hadis ni..

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. 
Berlombalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. 
Jikalau engkau terkena oleh sesuatu mushibah, maka janganlah engkau berkata: "Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu." Tetapi berkatalah: "Ini adalah takdir Allah dan apa saja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya," sebab sesungguhnya ucapan "andaikata" itu membuka pintu godaan syaitan." (Riwayat Muslim)


Memang la kita merancang, tapi perancangan Yang Maha Kuasa siapa dapat lawan?

Sedikit demi sedikit saya mula melihat natijah demi natijah dari setiap perkara yg berlaku dahulu..

Sesungguhnya setiap yg Allah kasi itu adalah kebaikan..

All that i can say is Alhamdulillah..

Kalau tak kerana semua ni, saya tiada di sini hari ini sedang menaip segala suka duka hidup saya yg tak seberapa ini..haha

Jarang kan ada orang nak buat throwback guna gambar2 surat menyurat ni?

^_^

Saya sentiasa berdoa agar Allah tak pernah meninggalkan saya and vice versa..
Amin..


#sesiapa yg ada kisah menarik utk dikongsi, meh la share dengan saya..mana tau kalau2 boleh dijadikan sumber inspirasi...  ^_^

Comments

Popular Posts