Maturity?

Bismillahirrahmannirrahim...

Dengan nama Allah, aku mulai tinta ni dgn harapan semoga Allah memberkati..

Kuliah sudah masuk minggu ketiga..
Dari dalam bas ni, duduk di depanku aku kira, dia adalah seorang junior..
Lima minit selepas bas bergerak, kelihatan temannya menaiki bas yang sama..
Rancak mereka berbual..

"Long..diorang ni meriah nye..seronok berborak berdua.." bisik teman ke telingaku..


Dalam hati, agaknya diorang ni memang dah lama tak jumpa kot..kalau aku pun gitu.. :)


Perbualan mereka semakin rancak namun aku malas nak amik port...biar la diorang nak buat jejak kasih..sebagai seorang manusia, memang kita ni tak boleh kalau tak bercakap..bak kata lecturer  English aku tu, yang memang sporting tahap giga tu, "We cannot not communicate.."


Indeed..manusia memang akan berkomunikasi dalam apa cara sekalipun SETIAP MASA...tak dengan manusia, dengan makhluk lain..kalau tak dengan makhluk, mungkin dengan Khaliqnya..kalau tak secara oral, mungkin cara lain pula..


  :)


Pandangan di halakan ke luar bas..


"Subhanallah..indah..damai berada di UTM ni.."


Fikiran kembali menerawang jauh..


"Hmmm...kuliah dah banyak..tapi satu benda pun susah nak ingat..banyak sangat agaknya dosa aku ni? Pulak tu banyak pelajaran sem ni yang guna programming..dah la aku memang fail bab2 programming ni..ya Allah..berat ni..berat...lab lagi..classical mechanic nya lagi..sabar hajar..sabar..."


Bas dah pun sampai di perhentian berdepan dengan kolej..


Nak makan pun macam takde selera je sekarang ni..semangat macam lari kena bawak angin..


"Ko dah kenapa hajar?"


Ntah..jawapan yang aku sendiri malas nak fikir..


Dan bila adik beradik sebulatan gembira tanya,


"Adik2 apa kaba ukhti?"


Dah aku nak jawab apa?


~adik2 nya okey..alhamdulillah..akaknya pulak yang kesihatan tengah meruncing!


Sementara menuju ke bilik, kepala otak terus berfikir...


Persekitaran yang hijau membuatkan sel-sel otak aku berhubung dengan jayanya..whoaa...haha..


"Dah tahun 3 kooottt...dah besar dah aku ni...ok..dah tua..."


Aku ingat lagi...time aku tahun satu dulu, bila dapat tau je akak2 ni tahun 3,

"Fuyyyoooo...akak dah tahun 3...best nya!!!!!!!! Kitorang baru tahun satu...huhu.."


Dan sekarang aku tak pelik bila budak2 tahun satu pulak buat reaksi sejibik sejibon  sama macam tu kat depan aku..


Yang aku herannya bila aku sendiri macam tak rasa pun aku ni dah besaq..


Haha..cepat betul waktu berlalu..


Melintasi blok ini membuat ingatan aku semakin kuat..

"Allah..di sinilah tempat mulanya aku menerima tarbiyah..di sinilah aku mula menghargai sebuah hidayah.."


*senyum*


Dah dua tahun....

UTM menjadi saksi jatuh bangunnya seorang insan..
Insan ini hampir2 saja berputus asa..
Namun syukur alhamdulillah..
Dia masih punya iman dan sokongan..
Dari mereka yang menyayangi insan ini..


"Ahh..kudratku semakin berkurangan..daya ingatan pun semakin merosot dari hari ke hari..namun patut ke untuk aku berputus asa? Tidak...jangan rebah..jangan mudah mengalah..harapan di hadapan sana masih ada..walaupun kabur, walau kelihatan seolah2 semakin sirna, percayalah..ketetapan Tuhan buat mereka yang bersabar itu lebih indah..la tahzan...innallah ha ma'anna.."


Bilikku semakin ku jejaki..

Iya..bilik ini juga pernah menjadi saksi ketika aku seorang diri..
Dahulu..
Ketika aku cuba untuk menggagahkan diri..
Setiap hari..
Untuk terus mencari bekal ilmu sebagai penguat diri..
Di dalam bilik ini, aku belajar untuk menjadi insan yang lebih cekal..
Mempersiapkan diri seorang diri..
Kesakitan di sembunyikan di sini..
Kesedihan di adukan kepada Tuhan di dalam ruang ini..
Dan akhirnya keesokan paginya..
Aku akan cuba untuk tersenyum ketika melangkah keluar dari bilik kecilku ini..

"Besar hikmahnya wahai Tuhan bila Engkau menghendaki aku duduk bilik single ni... Dulu..aku belajar apa itu erti berdikari yang sebenar..aku belajar untuk tidak terlalu bergantung kepada orang lain..aku belajar untuk menceriakan diri sendiri..menghiburkan diri dengan ayat-ayat cintaMu..lantas aku belajar untuk mencintaiMu..iya..segalanya di sini..!!!"


:)



Aku lihat kasut sudah cukup di depan pintu..


"Assalamualaikum!!!!!"

"Waalaikumusalam...!" kedengaran salam berjawab dari dalam..

Iya..kini aku tidak berseorangan...Allah memberi aku seorang teman..  :)


Berseorangan mengajar aku erti untuk lebih menyayangi dan menghargai seorang teman..


Alhamdulillah..


Kematangan itu bukan diukur dari bertambahnya usia kita...namun padaku, ia lebih kepada sejauh mana kita menggunakan dan menghargai usia kita dengan melakukan perkara2 yang diredhaiNya..



-dan KAHWIN BUKANLAH antara cara terbaik untuk menunjukkan kita ni dah cukup matang..aku agak tak setuju la bila orang tu kawin pastu dengan bangganya mengaku "Aku dah matang.." kbai~~~ malas nak layan orang macam ni...


Suka sangat bila Syed Qutb menceritakan bahawa masa yang diluhuri, dan disucikan Allah serta hidup dilindungi lembayung al-Quran itu lebih berharga walaupun masa itu sekejap..


Usiaku..tubuh badanku..mata, kaki, tangan, hidung dan semuanya..

Maafkanlah aku andai aku banyak mensia-siakan kamu selama ini..
Dah 21 tahun hidup, tapi ntah apa je yang aku dah buat..

*ok nanges sekarang*


Syukur alhamdulillah kerana Allah masih izinkan aku untuk terus menaip hingga ke patah perkataan ini..


Siti Hajar Suliman....


Ayah selalu pesan...


"Ayah tak letak nama Siti Hajar ini untuk along jadi lemah..macam mana kuatnya batu itu, jadilah along kuat juga seperti batu itu juga..jadilah sekuat nama along..!"


Ayah..along sentiasa pegang kata-kata itu...


Dan ibu..


Maafkan along kerana dah banyak risaukan ibu..Allah jua yang terbaik untuk memberi ganjaran terbaik buat ibu..


Dan buat semua murabbiku..

Maafkan hajar kerana hajar juga sedang belajar untuk menjadi seorang murabbi..maafkan segala kekurangan hajar selama bergelar mutarabbi antuna...terkadang ada juga tergelincir dari landasannya....dan terkadang jatuh juga tergolek2 macam nangka terlebih masak...namun kalian semua masih sudi memimpin diri ini untuk kembali ke landasan yang benar...ya Allah..cinta hajar kepada kalian Allah sahaja yang tahu...

#buat para daie, semoga antuna terus qowiy dalam menghadapi segala mehnah di jalan ini..doakan juga diri ini semoga terus tabah dalam mengharungi ujian Allah dan seterusnya semoga terus kencang berlari untuk mengejar redhaNya..kalaupun tak mampu berlari, merangkaklah, mengengsot dan apa jua cara sekalipun!


#cukup matang ke kita?


#jadilah manusia yang berfikir


#jadilah hamba yang bersyukur


#di sini lahirnya sebuah cinta  <3



Jazakumullahukhoiran katsira...








Berjalan,bermusafirlah

Melihat kebesaran tuhan 


Yang diciptakan untuk


Mereka yang berfikir


Dan bersyukur di atas nikmat

Dan kurnianya

Nilai harganya,iman dan taqwa


Bagi hamba yang setia

-hikmah kembara_mirwana-


Comments

Popular Posts