Jom Main Masak-Masak Bersama Hajar
Asalamualaikum. Mohon jangan gelak bila tengok tajuk tu ye. I know la i tak bape pandai bab masak memasak ni. I duduk kat UTM tu keje nya belajar je. Lain la kawan2 yg rajin memasak tu kan.
Hari ni dah hari kedua. Satu family sedang diuji sedikit oleh Allah. Semua tak sihat. Tapi saya dan adik last tu sihat alhamdulillah. (Tak kena warded tu definisi sihat untuk siti hajar, tahu?) Itu satu keajaiban bukan? Selalunya kalau cakap hospital je, confirm akan merujuk kepada Cik Siti Hajar Suliman aka saya la tu. Tapi kali ni orang lain pulak. Ayah, ibu, adik sume x sihat. Saya kena cabut gigi geraham. MasyaAllah sakit. Mula2 lepas cabut tu boleh la nyanyi2 lagi. Malam ha kau. Demam terus. Haha. Padan muka. Tapi saya bersyukur. Ni kifarah buat dosa2 kami sekeluarga.
Dah semua orang sakit,takkan la saya nak sakit jugak kan? So dengan kepala yg masih berbintang2, dengan baki panadol yg sedikit, saya bangun. Ayah dan ibu dah gi kerja. Saya tidur balik lepas subuh tadi. Tak tahan sangat. See. Kuat kan ayah n ibu? Sakit2 pun gi kerja. So saya lagi kena kuat. Kang tak makan pulak adik2 kat rumah ni.
Tengok uda terbaring, hmm. Angah pun tak kerja arini. Demam jugak. Kesian pulak. Teringat bubur. Dalam keadaan semua tengah tak sihat ni, teringin nak makan bubur ayam.
Resepi yang saya reka sendiri ni boleh la kalau awak2 kat luar sana nak try. Senang je. (saya kan tak pandai masak. So masakan paling senang la jadi pilihan. Haha)
Bahan2 nya:
Halia sebesar ibu jari(dihiris)
Daging ayam yang dipotong dadu
Bawang besar sebiji(ditumbuk)
Bawang putih sebiji(ditumbuk)
Lada hitam (letak la dalam satu sudu kecil)
Kentang sebiji (potong dadu)
Lobak merah(ikut sukahati la nak banyak mana, potong dadu)
Garam secukup rasa
Pati kiub ayam(hancurkan, tapi kalau xde pun xpe)
Serbuk sup (1 sudu besar)
Beras(1 cawan, dah dibersihkan)
Air (3/4 periuk sederhana besar)
Cara2 masak bubur :
1. Rebus air yg dalam periuk tu hingga mendidih. Guna api sederhana sahaja.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam, serbuk sup, pati kiub ayam, dan garam. Tunggu sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan kentang.
4. Apabila ayam dah empuk, bolehlah matikan api.
5. Guna periuk lain, masukkan air rebusan ayam tadi setengah je. Masukkan beras.
6. Tunggu la sampai beras jadi bubur. Hihi.
7. Agak2 kalau dah kering airnya, tambah lagi air rebusan ayam tu.
8. Masukkan lobak merah.
9. Telur masin tu ikut la nak letak ke tak.
Alhamdulillah. Bubur satu cawan tu, kalau korang masak sampai betul2 kenbang, boleh dapat satu periuk banyaknya. Kat atas ni la hasilnya. Sory la kalau hudus sikit. Orang sakit yang masak kan. Hihi.
Pastu, tekak ni teringin sangat nak makan kek pisang. Pengukus pun dah ada kat umah. Pisang pun ada. Atuk bagi masa kami balik kampung dua hari lepas. Ngengada kan orang sakit ni? Haha.
So dengan pantas dan efisyen nya saya search resepi kek pisang paling mudah. Orang tak reti masak kan. Confirm la nak yg mudah je. Kihkih.
Bahan2 untuk kek pisang yang dah diedit dengan jayanya oleh Cik Siti Hajar:
1 cawan pisang (dah dilenyekkan)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
2 biji telur gred D
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
Esen vanilla
Caranya simple je.
Takde mixer? Tak jadi masalah.
Ada blender biasa kan?
1. Blend pisang lenyek tu dengan minyak sampai betul2 hancur.
2. Keluarkan kat bekas lain.
3. Blend telur dengan gula sampai kembang. Masukkan setitik dua esen vanilla or else kek korang akan berbau telur.
4. Masukkan semula pisang dan minyak tadi. Blend sekali lagi,just untuk pastikan diorang ni sebati.
5. Masukkan dalam bekas, masukkan tepung. Kacau hingga sebati.
6. Pastu kukus untuk 45 minit.
Sebenarnya dalam resepi tu guna tepung gandum je. Tapi kemalasan tahap giga membuatkan saya guna tepung naik sendiri je. Haha. Takyah la nak ayak2 segala bagai. Takyah guna baking powder dan soda bikarbonat. Simple!
Hasilnya? Jom tengok.
Not bad la. Alhamdulillah. Main campak2 kan. Hihi. Main baling2 ni hobi saya.
Kawan2 saya kata, saya ni kalau dapat masak, muka pucat terus jadi berseri2. Betul ea? Betul kot.
So, tu je lah nak share. Tapi kan, resepi rahsia saya adalah jampi serapah. Ha tu yg mahal tu. Ekeke..
Sambil masak tu, baca basmalah banyak2.selawat banyak2. Seronok sebab nak masak untuk orang yg kita sayang kan. Mak, ayah, adik2. Tapi lumrah la tu. Biasanya apa yg kita masak sendiri, takde la rasa sedap sangat. Orang lain rasa masakan kita, contoh ibu la kan. Dia kata sedap. Ntah hape la yg sedapnya. Sebenarnya kesian jugak kat ibu. 22 tahun dia masak untuk anak dia. Now, time to pay la pulak kan. Saya pulak masakkan utk ibu! Sory la ibu. Along bukan reti mana.
Takyah la amik saya buat menantu ye mak cik2. Saya ni jenis pisang pun tak kenal. Jenis ikan pun saya tak tau. Saya tau ikan pari, ikan siakap, ikan puyu. Haha. Ikan pari dan ikan siakap tu favourite, that's why la kenal. Ikan puyu tu sebab saya suka bela time kecik2 dulu. Huhu.
Ok lah. Tak larat nak taip dah. Ni pun sebab rindu sangat nak menulis.
Wallahua'lam.
#makan ubat, tarik selimut, pengsan
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^