Jauh

"Akak pernah tak rasa akak jauh dari Tuhan?"

Polos sungguh soalan itu. 

"Erm. Soalan tu. Pernah sayang.." 

Dan aku rasa tersentak dengan soalan itu. Terdiam seketika. Tipu kalau tak pernah. Di saat aku rasa jauh, pelbagai bisikan jatuh di benak fikiran. Sehinggakan pada satu saat, aku rasa seperti Tuhan itu tidak adil. 

Yang sebenarnya, di saat kita rasa seperti ditinggalkan itu, itulah tandanya bahawa Allah sedang merindui rintihan kita. 

Dia meletakkan rasa kosong itu untuk kita mencari Dia lalu memenuhkan relung hati dengan rahmat dan kasihNya. 

Di saat kita merasa sunyi, di saat semua manusia menjauhi, kenanglah satu ayat Allah. 

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku DEKAT.."

~Al-Baqarah : 186~

Rupa-rupanya Allah tu dekat je. Lebih dekat dari urat leher kita dik. Urat leher tu, kalau kita potong, kita boleh mati kan? 

Apetah lagi kalau kita memutuskan hubungan dengan Dia. Memang boleh mati. Mati hati. 

:'(

Jangan sedih-sedih. Setiap yang Allah bagi, adalah satu kurniaan. Carilah Dia dengan apa cara sekalipun. 

Duduklah dengan orang-orang yang boleh ingatkan kita kepada Dia selalu. Dan ingat. Allah itu mengikut sangkaan hambaNya. Bersangka baiklah. Husnu dzon.

^_^

Wallahua'lam.

Comments

Popular Posts