Rain-drop Reflection

Bismillahirrahmannirrahim.
Asalamualaikum.
Good evening everyone!!!
😂

jatuh chenta dengan kechomelan  kaktus ini

I am just too happy. I feel peace. Sounds pathetic? No. For sure not.


A blessing, should make one becomes better. Can u see all sahabat, when Islam is in their heart, they are all full of blessings. Mudah saja mereka untuk tunduk dan patuh pada perintah Sang Pencipta. Tanpa banyak kata, tak banyak songeh macam kita!

*********************************************************************************

A short conversation. Between two sisters. In the evening, during the rain outside.

A: Ape yg awak rasa bila tgk video ni?

B: Rasa bodoh nyeeee. Betul dia cakap. Apa nak bangga kalau hafal banyak kalau tak paham. Terasa macam nak masuk kelas bahasa arab yang macam translate ayat quran cemtu. Even paham maksud surah al fatihah, tapi bukan tahu pun exact word punya translation. Paham keseluruhan ayat je. Tu baru al fatihah  yang lain2.

A: Xpe awak. Room for improvement always being open for us. Anytime. Still have time to learn more. 😊 Rajin2 la bukak ustaz nouman utk faham al Quran.

B: Yeah!

A: Kite suka jgk dgr2. Kdg2 tu kalau dh rse down sgt kan, kite bukak talk2 islam. Brother2 oversea ni best tau.

B: Kannn. Depa macam open minded.

A: Dia faham Islam tu, ya Allah..pure sangat2. Jauh nak compare dgn kefahaman islam kita kat sini. In fact, diorg kalau faham perintah Allah, dia buat betul2. But we are always take something for granted. 😢 Alahai.

B: Kannnn

A: Hujan2 ni bermuhasabah. Sorry awak. Ter emo jap. 😂

B: Ehhh tak pe. Peringatan kena hari2. Setiap saat. Kalau tak nanti hanyut syok sendiri. Haha. Btw thanks.

A: Haha. Betul2. Thanks jgk. May Allah bless u my dearest sister.


http://wallbasehq.net/164526-rain-drops-on-a-leaf/


*********************************************************************************

Ain't it sweet? 😂

Hujan. Di dalam setiap titik hujan itu, tersembunyi seribu satu rahmatNya. Mungkin ramai yang membenci hujan. Namun ia tetap juga turun demi memenuhi perintah Allah serta menjalankan tanggungjawabnya.

Lantas aku, terus merefleksi diri. Lantas apa yang telah aku lakukan?
Aku sering bermain-main. Terus-terusan saja terlalai. Terus-terusan saja mencintai dunia. Sensasi apakah yang sedang engkau cari wahai diri?

"Kenali Tuhanmu, maka kau akan kenal dirimu!"

Kata-kata itu aku semat di dalam diri. Surah Al-'Alaq. Pencipta yang Maha Mencipta. 

Kenali Dia, ketahui tujuan hidup kita, gunakan alat kita, tinggalkan segala jahiliyah yang menjadi beban di dalam perjalanan, demi menggapai matlamat yang satu yakni bertemu denganNya dalam keadaan kita redha dan juga diredhaiNya.

Susah. 
Tapi bermujahadahlah.
Wahai nafsu mutmainnah!
Ketahuilah.
Di saat hatimu rindu mahu bertemu dengan Dia,
Dia memang sedang menanti-nanti untuk bertemu denganmu di dalam syurgaNya!

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu."

(Al Fajr : Ayat 27-30)


Dan hujan!
Terima kasih kerana telah menjalankan tugasmu.
Dan Tuhan!
Terima kasih kerana telah menghiburkan hambaMu!

😂 ðŸ˜‚ 😂



Comments

Popular Posts