C.I.N.T.A
cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
Bait-bait lagu Kerana Cinta by Inteam_Mestica bermain-main di fikiran.
Ahah. Saya bukan lah orang yang pakar untuk membicara tentang cinta. Namun teringin sekali berkongsi kisah tentang kecintaan Nabi Musa terhadap Pencipta, Allah swt.
Melihat kepada ayat 17 dari Surah Taha, Allah bertanya kepada Nabi Musa dengan sepotong pertanyaan yang mudah.
"Dan apakah yang ada di tangan kananmu wahai Musa?"
Lantas, Nabi Musa pun menjawab.
"Dia (Musa) berkata,"Ini adalah tongkatku, aku bertumpu padanya, dan aku merontokkan (daun-daun) dengannya untuk (makanan) kambingku, dan bagiku masih ada lagi manfaat yang lain."
Pertanyaan di ayat 17 itu seolah-olah soalan biasa kan?
Allah cuma tanya apa tu. Nabi Musa boleh je kalau nak jawab,
"Allah, ini tongkat."
Ataupun, kalaulah Nabi Musa tu nak rebel, boleh je jadi macam kita yang suka membebel di dalam hati kan,
"Eleh. Takkan tu pun tak tahu. Lagi mau tanya ke."
Namun mari kita perhatikan. Betapa cantiknya jawapan yang diberi oleh Nabi Musa. Betapa tingginya budi pekerti Nabi Musa as.
Satu demi satu manfaat tongkat itu diceritakan kepada Allah. Walhal Allah bertanya bukan kerana Allah tidak mengetahui. Tapi Allah sengaja bertanyakan soalan tersebut seolah-olah untuk 'berbual mesra' dengan Nabi yang dicintainya.
Ibaratnya seperti kita terserempak dengan kawan yang sedang makan. Kita lalu di depannya lalu menegurnya,
"Makan apa tu cik Salmah?"
Walhal bukan kita tak nampak dia sedang makan nasi putih dengan lauk ikan masak kicap. Adakah Salmah akan marah kalau yang bertanya itu adalah sahabat baiknya? Pasti tidak marah malahan inshaAllah Salmah akan menjawab dengan baik kerana dia kenal siapa kita. Dan dia tahu bahawa tujuan kita bertanya hanyalah sekadar untuk beramah mesra.
Begitulah Allah menyantuni Nabi Musa yang di dalam hatinya penuh dengan rasa cinta terhadap Allah. Nabi Musa sangat kenal dengan Allah. Betapa di dalam hatinya tiada rasa ragu dengan ajaran dan kitab Taurat yang diterimanya dari Allah.
Kalau saya tak belajar, maka saya pun tak pernah tau signifikan jawapan Nabi Musa ini. Satu demi satu manfaat tongkat itu diceritakan kepada Allah. Walhal Allah bertanya bukan kerana Allah tidak mengetahui. Tapi Allah sengaja bertanyakan soalan tersebut seolah-olah untuk 'berbual mesra' dengan Nabi yang dicintainya.
Ibaratnya seperti kita terserempak dengan kawan yang sedang makan. Kita lalu di depannya lalu menegurnya,
"Makan apa tu cik Salmah?"
Walhal bukan kita tak nampak dia sedang makan nasi putih dengan lauk ikan masak kicap. Adakah Salmah akan marah kalau yang bertanya itu adalah sahabat baiknya? Pasti tidak marah malahan inshaAllah Salmah akan menjawab dengan baik kerana dia kenal siapa kita. Dan dia tahu bahawa tujuan kita bertanya hanyalah sekadar untuk beramah mesra.
Begitulah Allah menyantuni Nabi Musa yang di dalam hatinya penuh dengan rasa cinta terhadap Allah. Nabi Musa sangat kenal dengan Allah. Betapa di dalam hatinya tiada rasa ragu dengan ajaran dan kitab Taurat yang diterimanya dari Allah.
Sebenarnya, di saat ayat ini turun, Allah sedang membantu menguatkan keyakinan, menimbus segala keraguan dan menenangkan hati Nabi Musa untuk berdepan dengan Firaun.
Bayangkan situasinya begini. Kita sedang dalam ketakutan dan amat memerlukan seseorang untuk memujuk kita dan menenangkan perasaan risau yang amat sangat.
Itulah perasaan Nabi Musa ketika itu kerana untuk berhadapan dengan Firaun bukanlah suatu benda yang mudah. Ditambah pula dengan faktor gagap sehingga Nabi Musa terpaksa meminta Nabi Harun sebagai penemannya. Maka Nabi Musa berasa khuatir untuk menyampaikan kebenaran risalah yang dibawanya kepada Firaun. Boleh bayangkan tak kekuasan Firaun bagaimana? Dia dianggap sebagai Tuhan oleh masyarakat ketika itu.
Dan di saat genting inilah, hadir Allah sebagai temannya dan menenangkannya.
Cinta itu adalah di dalam jiwa. Maka jika kita tidak meletakkan cinta di tempat yang betul, jiwa kita akan sakit. Dan pokok pangkal penyakit jiwa adalah kerana jahil yakni tidak cukup mengenali Allah.
Kan pepatah Melayu ada menyebut,
"Tak kenal maka tak cinta"
Ha..dah betul la tu. Kita kalau tak cuba kenal Allah, rasa cinta tu susah sikit lah nak hadir.
Hehe. Jadi begitu lah cinta. Cinta itu sepatutnya memberi ketenangan, mendamaikan, menghilangkan rasa gundah.
Contohi kisah cinta Nabi Musa as. dengan Allah swt ini.
Berkata Allah dalam surah Ali-Imran ayat ke 31.
Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡
"Siapa yang cinta untuk berjumpa dengan Allah, maka Allah juga cinta untuk berjumpa dengan-Nya. Dan siapa yang benci dengan Allah maka Allah benci berjumpa dengannya."
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
#gilir2writing #penatbuatpsmtulisblogpulak #smile #stressno #chentakatAllahdulu
Best kakak! Byk mnfaat..jzakillahu khoiral jazak
ReplyDelete