B.A.I.K

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah. Berzaman dah tinggalkan diari ni. Malam ni, selepas siap segala urusan buku log, mata tak nak tutup. Hmm. Kepala mula menerawang.

Kalau di Facebook tu, ada timeline kan? Kita cuma klik pada tahun yg kita nak, maka semua post gila kita yg berkurun zaman tok kaduk tu semua akan keluar balik. Kadang2 bila fikir ada hikmah jugak bila ada timeline FB tu. At least, aku melihat kembali siapa aku yg dulu, meneliti siapa aku sekarang dan mampu merenung jauh siapa pula aku pada masa akan datang.

Dalam satu sharing di suatu ketika, ada diceritakan tentang 'berubah'.

That sister said, we need to appreciate for any good deed and appreciate even a small good change.

Kalau dalam hati kita ada rasa atau terdetik nak berubah jadik baik, atau jadik lebih baik, appreciate perasaan tu. Tak semua orang Allah bagi rasa untuk memperbaiki diri.

Dan kalau lah kita nampak kawan2 kita pulak yg berubah jadik baik atau sedang berubah ke arah kebaikan, appreciate
jugak.



Kadang2 mungkin kecik je perubahan tu. Contoh la. Kita ada member. Selama 14 tahun 5 bulan 17 hari kita kenal dia, dia ni memang seorang yg susah nak tepati masa. Janji nak jumpa 8.30 malam, datang 1 jam kemudian. Dah la lambat. Tak reti mintak maaf. Namun suatu hari dia datang setengah jam je lewat dan dia bersungguh-sungguh mintak maaf. Selepas2 itu pun sama. Dia semakin cuba menepati masa tanpa kita sedari malah terkadang kita mempersendakan. See. Itulah yg kita kata perubahan.

Mungkin nampak kecil di mata orang lain yg tiada masalah untuk tepati masa, namun siapa tahu itu adalah mujahadah besar untuknya?

Itu baru melihat dari satu sudut.

Bagaimana pula bila ada seorang member yg kita kenal.
Yang dulunya sama gila dengan kita.
Gelak besar tak kira masa.
Berjalan suka ria tak tentu hala.
Baca Quran bila ada scene kena paksa.
Nak gi masjid?
Hee..jauhnya la rasa.

Tapi sekarang member kita dah lain sikit la.
Okay mungkin dia masih gelak besar.
Mungkin dia masih berjalan dengan kita.
Bercakap bahasa yg sama.
Namun, eh.
Beb, hang amik kos agama ke kat uni?
Hang terserempak dgn jembalang tanah ka sampai jadi lagu ni?
Ni jubah hang ni.
Eh aku masuk sekali pun muat la rasanya.
Besaq!

Bertenang.
Masa berlalu setiap saat.
Dalam setiap detik, jantung kita juga ikut berdetak.
Dan hati juga bisa berubah rentak.
Mungkin dulu ia retak.
Namun kini mungkin ia sudah tidak lagi berselerak.

Lihatlah.
Dan tanyalah.
Kenapa dia berubah.
And again.
Again.
Try to appreciate.
Kerana definisi baik kita tak sama dengan definisi baik Allah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Pengislahan tu apa?" Minn membuka penutup bekas aiskrim. Sudu dicapai dari rak.

Jasmin menarik kerusi di meja makan tu. Dia duduk. Seketika dia diam memikir.

"Islah tu maksud dia secara kasarnya 'baiki'. So apabila pengislahan tu akan jadi 'pembaikan' la."

"Oh." Minn diam seketika.
"Macam mana kita define baik?"
Aiskrim dicedok lalu diletak di atas piring puding roti.
.
.
.

"Definition dia mudah je. Sesiapa yang beriman dengan Allah tu 'baik'."
.
.

"Amar makruf nahi mungkar." Minn menyambung.
.
.

"Kiranya kat situ dia emphasize yang untuk jadi baik memang kena secara holistik la gitu. Selagi ada benda yang tak settle betul-betul, maknanya selagi tu la definisi 'baik' tu tak tercapai lagi."

"Contoh?"
.
.

Surah Al-Baqarah ayat 208.

"Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya."

(Hlovate, 2011)




Untuk yg mahu berubah, teruskan.
Allah sentiasa menanti kita untuk kembali kepada Dia.

Jika mahu mendengar kata orang, kata-kata itu takkan pernah berhenti.
Kenanglah betapa kasih dan sayangnya Dia kepada kita yg telah menunjukkan jalan untuk kita lebih kenal akan Dia.
Dan bersyukurlah kerana Allah memilih kita.
Dan bergembiralah kerana dengan lebih mengenali-Nya, kita sedang melangkah setapak ke hadapan, lebih mendekat dengan syurga-Nya.

Nah dengarkan satu hadis yg lembut sekali kedengarannya dan mampu membuatkan jiwa melting. Ahah!

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Allah Ta’ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari padanya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil"(Hadits ditakhrij oleh At Turmidzi).


Appreciate.
Not underestimate.
Jomlah jadik baik ikut skema Allah!

Mengajak untuk jadi baik bukan kerana rasa diri dah cukup baik tapi sebab rasa diri masih belum cukup dan diri ini perlukan support dari kanan dan kiri.
Kata nak masuk syurga sama2, kan?
Wallahua'lam.

^_^



Comments

Popular Posts