Kasihnya Ayah Membawa Ke Syurga 2

~~Aeman_Ayah is playing~~


Terpancar kebanggaan 
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan



Waktu kecik-kecik dulu, tiap kali hari anugerah, ayah akan usahakan untuk datang. Ayah ingat lagi ke hari anugerah paling tragis? Waltu along darjah 4. Esok nak naik pentas, petang hari sebelum tu muka along kena minyak panas. Along down sangat waktu tu. Dah la kena buat persembahan. Leader pulak tu. Along malu. Menangis. Tapi ayah yakinkan bahawa along boleh buat. And alhamdulillah it was great! He smiled! I cried!


Sama la waktu along nak exam. Along selalu rasa along tak boleh buat. Along selalu stress. Tiap kali along mintak restu sebelum exam, ayah pesan.




"Ayah yakin along boleh buat."




Dan ayah mengajar along untuk belajar bukan kerana grad. A tolak tepi. Yang penting along happy di sekolah dan faham apa yang along belajar. Begitu juga sewaktu ayah berat sekali mengizinkan along untuk terima tawaran belajar ke oversea. 




"Ayah, along ada berita gembira. Along dapat tawaran tu!" Dulu. Ujarku dengan nada biasa. Seakan tahu apa jawapannya. 




"Ayah tak halang. Tapi kalau boleh along sambung lah di matrik sahaja." And full stop which means cannot. 




Along down lagi. Dan ayah tahu. Ayah faham demi melihat air muka along sepanjang setahun itu. 




Namun, 2 tahun selepas itu ayah bertanya.


"Along menyesal tak sebab tolak tawaran belajar oversea dulu?"
Riak wajahnya kelihatan amat serba salah.





"Ayah, itu takdir terbaik. Along dah redha. Kalau tak, along bukan along yang sekarang. Mungkin along dah jadi manusia yang lupa diri. Hanyut di negara orang. Who knows? Because His plan is the best." Ayat untuk menghilangkan rasa bersalahnya seorang ayah. Along faham. 




Ayah selalu pesan. 




"Pilih sahabat dengan betul. Siapa sahabat kita, dia akan mencerminkan siapa diri kita."




Bila along dah besar, ayah kata along dah mula kena berani membuat keputusan. 




Dulu, nak pergi ke mana-mana ayah akan risau. Dia bagi keluar. Tapi setiap 30 minit, ayah akan call. 




"Along dah kat mana? Along okay?"




Along pergi rombongan ke Kuala Lumpur, Genting Highland, Terengganu. Ayah risau. Along naik bot tambang yang bayar seringgit pun ayah risau. Along naik kereta cable pun ayah risau. 




Tapi along tak pernah rimas. Along tahu. Ayah sayang along. Along ingatkan benda tu waktu along kecik-kecik je. Rupanya menginjak usia 20 tahun dan sehinggalah sekarang, ayah tetap risau. Untuk melepaskan along ke Melbourne, kusut wajahnya. Ayah risau. Bimbangkan kesihatan anaknya yang baru sahaja keluar wad. Namun, dia benarkan dengan wajah redha.




Katanya, along sudah besar. Along sudah boleh menjaga diri. Kepercayaannya terhadap anaknya dibina. 





Waktu along mula jatuh sakit, ayah tak pernah sekalipun menangis depan along.


"Ayah, maaf sebab banyak susahkan ayah. Along rasa bersalah buat semua orang susah bila along sakit macam ni."

Dan ayah jawab,

"Along jangan risau. Along diuji dengan kesakitan. Kami diuji dengan along. Kita sama-sama sedang diuji. Ayah tak pernah susahkan ayah selama ni. Along mana pernah sakit." Simple ayat ayah. Along terharu.

Semakin along meningkat dewasa, ujian semakin mencabar.

Di saat ada mata mula melihat Alongnya, ayah berpesan.

"Berhati-hatilah memilih. Ayah percaya dengan pilihan along. Dan ayah sokong apa jua pilihan along."

Dua kali culas. Yang meninggal dunia, yang masih hidup di dunia. Pelbagai kisah. Ayah sakit melihat along disakiti. Akhirnya, ayah pasrah. Mungkin belum jodoh.

Mujur sahaja ayah memahami bahawa alongnya mempunyai cita-cita yang besar. Kerana cita-cita itu sendiri telah dibina olehnya. Ayah faham.

"Ayah, along akan ke Sabah tau. Doakan along selamat."

"Ok along."

"Ayah,along akan ke Kuala Lumpur tau. Doakan along."

Dan jawapannya ok lagi. Ayah percaya. Kepercayaan itu begitu berharga.

Ayah tahu along suka menulis dan membaca. Ayah yang banyak mempengaruhi dua habit ini. Along dibesarkan dengan koleksi buku-buku ayah. Along dibesarkan dengan melihat ayah yang suka menulis. Apa jua perkara yang berlaku, ayah akan catat. Along terikut-ikut. Sampailah sekarang.

Dulu, waktu ayah muda dan kuat lagi, ayah teman along masuk kedai buku. Seterusnya, ayah tunggu di luar sahaja. Kadang-kadang sampai sejam ayah sanggup tunggu untuk anaknya memilih buku. Namun sekarang, ayah dah tak ikut along lagi. Along dah besar. Ayah dah tak kuat macam dulu. Along pergi dengan kawan-kawan pulak. Tapi tetap tak sama dengan ayah.

.
.
.

"Assalamualaikum. Semuga keluarga kita sentiasa mendapat keberkatan dari Allah dan di permudahkan segala urusan. Untuk Along semuga cepat sembuh. Apa2 bg tau ayah." -ayah

"Ok ayah. Along x tau la ayah. Banyak sgt fikir agaknya." -along

"Klu nk ikutkn ayah ni lagi stress. Tapi kena pandai2 usahakn spaya stress tu tak smpi menganggu kesihatan kita. Jaga makan. Tido. Rehat. Yg  paling penting jaga amalan. Apa pun kita kena redha apa yg Allah bagi kat kita. Jangan putus asa. Teruskn berusaha dan berdoa. Ayah sentiasa doakn yg terbaik utk keluarga kita." -ayah

"Terima kasih ayah..along masih dlm fasa perubahan. Fasa belajar menjadi seorang yg dewasa. Tp betul la mcm ayah kata. Jgn putus asa.. InshaAllah ayah.." -along

"Along kna jadi kuat. Ayah percaya along blh hadapi semua tu. Setiap masalah mesti ada jalan keluar. Setiap penyakit mesti ada ubatnya. Banyakkn bersabar dan ingat Allah. Ok. Selamat berjaya semua. Semuga kita semua sentiasa mendapt petunjuk dari Allah. Amiin." -ayah

"Amin..terima kasih ayah😘😘😘Ayah dah mcm Dr Fadzilah kamsah😊.." -along

Tak dapatku bayangkan 
Hidupku ayah 
Tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang 
Yang kau curahkan 
Tersemat dihati



Ayah. Dulu along pernah bayangkan bagaimana hidup along kalau ayah tak ada atau ayah dijemput Allah tiba-tiba. Along menangis dan terus menangis macam orang gila. I just can't imagine. We share many things together. We got the same habit, we love the same songs, sometimes we fight. 

Syukur sahaja along mula mengenal Allah. Dari situ along mula terima kenyataan bahawa ayah milik Allah. Ayah pinjaman sementara dari Allah. Sedikit demi sedikit along mula memahami bahawa itu adalah kasih sayang Allah yang ditunjukkan melalui kasih seorang ayah. 

Ayah akan pergi suatu ketika nanti, namun ayah tetap kekasih hati along yang pertama. Tiada pengganti. 

Terima kasih ayah.
Terima kasih Allah.
Atas pinjaman buat sebuah permata berharga bergelar 

"Ayah!"


"Selamat hari lahir ayah!"
_shs_seremban_2.52am_15/01/17_mayAllahbless_

Comments

Popular Posts