Bila Ibu Berehat?

Hari ni seperti biasa, pagi-pagi dah meredah kesibukan bandar menghala ke hospital. Sesi fisio bermula lewat sikit daripada waktu yang dijadualkan.
"Okay Hajar, hari ni kita buat aktiviti lasak sikit. Lain sikit lah berbanding sebelum ni.." Physiotherapist yang comel tu berkata-kata dengan mata bercahaya.
Ehem. Cuak dengar ayat tu. Lasak macam mana la tu. Haha
"Ok sekarang kita mula dengan warming up dulu. Hajar kayuh 'basikal' ni dulu untuk 10 minit."
Maka 10 minit bermula. Mengayuhlah saya 'basikal' yang tak bergerak ke depan atau ke belakang tu. Yang bergerak hanya kaki saya je.


Ha ni la 'basikal'  yang tak bergerak-gerak tu..hihi

Di depan saya ada seorang mak cik.
"Saya tulis nama Islam makcik pada kad ni ya.." Soal physiotherapist itu dengan sopan.
Oh ya. Makcik itu seorang muallaf tau. Saya tertarik untuk terus melihat makcik ini. Cara physiotherapist yang sopan tu menambah lagi minat saya untuk melihat mereka sambil gigih kaki mengayuh 'basikal'.
"Jadi, macam mana? Cuba makcik buat macam saya buat."
Makcik itu mengikut dengan patuh.
"Sakit." Katanya.
"Bahagian mana sakit makcik?"
"Di sini.." kata makcik sambil menunjukkan bahagian tangan dan jari kirinya.
"Perempuan memang selalu akan sakit di bahagian situ. Orang perempuan kan selalunya memerah baju, kemudian buat kerja-kerja dapur. Kebanyakannya akan guna tangan bahagian tu. Memang sakit sikitlah makcik."
"Jadi macam mana nak sembuhkan dia?" Makcik bertanya perlahan.
"Tak ada cara lain makcik selain BEREHAT.."
"Rehat je? Memang tak ada cara lain selain rehat?"
"Tak ada makcik. Makcik memang kena banyak berehat. Dia akan kurangkanlah kesakitan bahagian tu."
"Tapi makcik tak reti untuk duduk rehat macam tu.." mukanya serba salah. Tiba-tiba matanya melihat saya.
'Erk, alamak!' Kantoi tengah usha makcik ni. Hehe. Senyum saja lah.
Senyum terukir namun di hati sudah tersentap pedih.

"Jadi nanti saya akan bagi...untuk hilangkan...bla..bla..bla.."

Telinga dah tak mampu mencerna nasihat-nasihat dari physiotherapist kepada makcik tersebut. Kayuhan kaki semakin beransur perlahan. Kepala dah mula fikir benda lain.

Melihatkan gaya makcik itu, automatik teringat ibu di rumah. Sakitnya sama. Ibu sering mengadu sakit di bahagian situ. Tapi kami anak-anaknya buat endah tak endah sahaja. Ibu. Selagi boleh disembunyikan, maka dia akan sembunyikan sakitnya.
Dia sentiasa mahu terlihat gagah di hadapan anak-anaknya.
Dialah yang paling sihat untuk menjaga yang lain. Biasanya begitu.
Dan begitu mustahil untuk menyuruh seorang insan yang bergelar ibu berehat. Kalaupun jasad mereka berehat, namun percayalah hati dan fikiran mereka takkan pernah berehat daripada memikirkan anak-anaknya, memikirkan kerja-kerjanya, memikirkan segala tanggungjawabnya.
Seperti saya sendiri, di rumah ibu tetap akan memanggil untuk makan. Kadang-kadang rasa macam budak kecik berumur 8 tahun pula. Segan. Tapi itulah ibu. Di matanya kita tetap seorang anak kecil yang dia perlu limpahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Kita sahaja sebagai anak yang selalu berbelah bahagi untuk membantu ayah dan ibu.
'Zasssss!!!!'
*bunyi guruh kilat petir sabung menyabung tiba-tiba*
"Jadi, bila ibu berehat?"
Itulah ketika saat Allah yang menjemputnya.
Sebelum terlambat, cuba berbakti kepada ibu sebaik mungkin.
Mungkin dulunya kita pernah menderhaka kepada ibu, namun selagi ibu masih bernafas, pintalah keampunannya kerana banyak barakah yang datang dari seorang insan bergelar ibu.

.
.
.
.
.

"Bila pula seorang daie itu berehat?"
Persoalan yang sama dengan jawapan yang hampir serupa.
Daie yang hidup dengan himmah yang kuat akan sentiasa memikirkan tentang tarbiyah dirinya, mad'unya serta umat lainnya.
Rehatnya bila?
"Bila Allah yang memberhentikannya. Dan kerehatan sebenar adalah bila kedua-dua kakinya confirm dah masuk ke dalam syurga..menikmati segala nikmat Allah di syurgaNya..itulah waktu rehatnya yang hakiki.."

:)


Comments

Popular Posts