Happy New Year Dear You and Myself
Beberapa hari lagi dah nak masuk tahun baru. Tangan terbukak semula memori2 tahun lalu. Gambar lama, post lama, list of messages, list of calls, cita-cita lama, perancangan tahun lepas.
It was me. A year ago.
Tiba memori yang happy, saya tersenyum. Ada yang melulakan ada yang menggembirakan. Namun ada juga di antara list tersebut, tahun lepas dia ada, tahun ini dia sudah tiada.
Sad. But the fact is people come and go. It will continuously happen but the memory remains.
Teringat lagi waktu dulu, disuruh buat planning hidup. Buat juga dalam terpaksa. Entah apa-apa. Disuruh buat 5 tahun. Saya degil. Yang jadi cuma planning untuk 3 tahun. Tu pun kelakar. Masuk hujung tahun yang ketiga, planning tergantung.
I've been asked.
"La..dah kenapa tergantung?"
"I don't know. I can't see my future.." itu je mampu jawab.
Buat planning main-main. Tak sangka itu yang Allah bagi. Ada benda yang terasa happy, ada benda yang terasa menyesal. Tapi secara keseluruhan rasa bersyukur. At least, saya belajar bahawa buat planning tu penting.
Dulu saya akan jadi tukang gelak bila orang berbual tentang 'impian yang hendak dicapai tahun ini'. I was the one who will make that smirk face and laugh. Entah. Geli hati dengan impian orang lain. Maafkan saya. Mungkin waktu tu saya belum matang. Fikiran budak-budak. Apa yang saya fikir waktu itu, eh takyah la nak impian-impian bagai. Bukan dapat pun.
Sekarang saya belajar sesuatu. Bila kita dah set kan sesuatu, itu niat. Bila kita dah niat, kita akan kuat semangat untuk capai matlamat. Maka, tidak mustahil untuk kita dapat apa yang kita niatkan.
Dan satu lagi. Nak capat matlamat tu kena istiqamah. Kena sabar. Kena spesifik. Contoh.
Target: Nak jadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Lebih baik yang macam mana? Dulu saya clueless. Sampai la saya jumpa list muwasofat tarbiyah. Wow. Terbaik lah. Detail tentang perangai dan sifat serta cara hidup kita sehari-harian. Ada stage-stage nya. Jadi, dari situ kita boleh tanda. Dari masa ke semasa, apa yang dah berubah dalam diri kita. Saya diajar untuk check benda tu ikut birthday. So, setiap kali birthday, betul ke kita sudah membesar. Ada tak perubahan ke arah lebih baik. Ataupun sama sahaja perangai, atau semakin berkurang pula?
Dalam apa jua benda pun kita nak buat, kena sabar. Oleh kerana saya ni jenis yang kurang sabar, so saya selalu buat benda ni setengah jalan. Tak boleh begitu. Kena la sabar. Kena istiqamah. Nak istiqamah pun ada cara. Paling utama nak istiqamah, kena strong kan niat. Niat kerana apa? Kerana dunia atau kerana akhirat? Kerana manusia atau kerana Pencipta?
Biasanya, kalau duniawi sahaja, benda tu tak kekal lama mana. Kalau pun berjaya, dia macam tak best sangat. Kita seboleh-bolehnya nak capai kejayaan yang paling maksima. Iaitulah akhirat kita. Contoh.
Target: Nak kaya apabila mencapai usia 30 tahun.
Kenapa nak kaya:
Mungkin ada yang kata nak kaya supaya senang. Dipandang tinggi dalam masyarakat. Boleh nak beli apa je yang dia suka.
Kenapa nak kaya:
Mungkin ada yang kata nak kaya supaya senang. Dipandang tinggi dalam masyarakat. Boleh nak beli apa je yang dia suka.
Atau ada juga yang berniat supaya boleh bayar zakat lebih. Dapat bantu lebih ramai yang memerlukan.
Saya belajar tentang muwasofat tarbiyah hari ni. Thanks Hajar ��
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kita sama-sama belajar. Your welcome dear. <3
Delete