Sahabat, Nikmati Kehidupanmu!
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah. Seperti yang semua sedia maklum, kita sudah pun berada di dalam tahun baru Masihi. Semakin bertambah hari kita hidup, semakin berkurang juga hari mati kita.
Dalam keghairahan kita mengejar semua cita-cita duniawi kita, sudahkah kita memaknai hidup kita dengan sebenar-benarnya?
Dalam kesibukan kita mencari rezeki, sudahkah kita menyantuni insan-insan yang kita sayangi dan sudahkah kita hargai insan-insan yang menyayangi kita?
Atau adakah dalam kesibukan itu, kita lupa terhadap perkara-perkara yang lebih membahagiakan kita?
Jika kelmarin kamu berdukacita, jangan disesali takdir semalam.
Hari ini adalah untuk kita renungi hari semalam agar hari esok menjadi lebih baik.
Kadangkala, kita terlalu menangisi hari semalam sehingga kita lupa kenapa Allah masih menghidupkan kita pada hari ini.
Ramai antara kita terlalu hidup dengan bayang semalam.
"Kalaulah begitu..."
-Suka berkalau
"Kalaulah begini, aku pasti akan lakukan sekian sekian agar perkara ini tidak terjadi..."
-Menyesal
Ah! Aku sedang bercakap tentang diriku sendiri!
Menyesali takdir tidak diajar oleh baginda Nabi kita.
Kita perlu positif dengan takdir Allah.
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya."
-Cliche
Namun, itu kebenarannya. Hati yang mudah menerima takdir, hati yang mudah redha, hati itu insha-Allah lebih tenang.
Bagaimana mahu redha? Bagaimana mahu tenang? Bagaimana mahu positif?
Mudah.
Usah sekali-kali meletakkan kehidupanmu di tanganmu sendiri. Yakin bahawa ada kuasa Yang Maha Agung, Yang Maha Bijaksana yang memegang dan mengatur segala takdirmu.
Orang selalu bilang bahawa hidup di dunia adalah satu perjudian.
Perjudian apakah?
Seharusnya kita merasakan betapa hebatnya Allah yang mengatur semuanya, sejak kita masih di dalam kandungan ibu sehingga kita dewasa, ianya bukanlah satu perjudian. Itulah kehidupan mencari Tuhan.
Andai semalam hati kita masih belum bertemu dengan Tuhan, maka Allah masih lagi memberikan kamu hari ini, Allah masih lagi memberikan kamu ujian demi ujian kerana apa? Kerana Allah itu mahu kamu mencari-Nya, mengenali-Nya, mencintai-Nya.
Kamu silap jika merasakan ujian Tuhan itu satu hukuman. Allah itu barangkali sangat rindu dengan rintihanmu. Sangat rindu dengan tangisanmu dan aduanmu. Maka, diberi satu demi satu ujian bukan untuk melemahkanmu tetapi untuk kamu merasakan bahawa kamu itu makhluk yang lemah lantas memerlukan pertolongan. Dan sebaik-baik penolong hanyalah Allah!
Hidup ini bukanlah untuk berlumba-lumba mengejar siapa yang lebih kaya.
Hidup bukan juga untuk mengejar populariti, siapa yang lebih dikenali.
Hidup juga bukanlah untuk memuaskan hati orang sekeliling semata-mata.
Namun, hidup adalah untuk kita merasakan erti hidup.
Pernah dengar manusia yang merasakan erti hidup di saat umurnya sudah menjangka 50 tahun?(alhamdulillah)
Pernah dengar manusia yang merasakan hidupnya tiada erti lalu membunuh diri? (naudzubillahimindzalik)
Carilah erti hidup.
Carilah tujuan kenapa kita hidup.
Pasti kita akan lebih bersemangat untuk hidup.
Pasti kita akan lebih bersemangat untuk bekerja.
Pasti kita akan berasa lebih gembira walaupun ketika itu kita sedang bersedih.
Sudah dikhabarkan bahawa kita hidup kerana dua hal iaitu:
"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepada-Ku"
(Az-Zaariyat : 56)
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
(Al-Baqarah : 30)
Misi tahun 2019 adalah untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya, bukan hamba dunia.
Amin.

Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^