Berkorban Apa Saja Tapi...
Assalamualaikum w.b.t...
Ya Rahman Ya Rahim..
Syukur ke hadrat Illahi..
Bersyukur yg tak terhingga sebab masih ada peluang untuk insan yg penuh dosa dan hina seperti aku ni untuk mencoretkan sesuatu hari ni..
Tarik nafas..
Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan,,
"Selamat Hari Raya AIDILADHA buat semua umat Islam di seluruh bumi Allah ini.."
*err..part aidiladha tu mmg wajib di bold kan ea..sbb dh terjadi peristiwa yg tak diingini aritu..uhuk uhuk..*
Allahuakhbar..
Allahuakhbar..
Walillahilhamd..
Sempena hari raye korban ni,suka untuk aku kongsikan sedikit pasal pengorbanan..
Tapi sebelum tu jom kita singkap kembali sejarah pengorbanan para nabi dan rasul sebelum kita..
Betapa banyak pengorbanan mereka untuk membangunkan Islam..
Kalian kata kalian dah byk luangkan masa untuk Islam??
Kalian kata kalian dah byk sumbangkan tenaga untuk Islam???
Kalian kata kalianlah pejuang Islam sejati di seantero dunia????
Kalian kata kalianlah orang yg dah banyak berkorban??????
Oh ahah..
Maaf..aku dan org lain and even kalian sendiri tidak layak untuk menilainya..
Hanya Allah sebaik2 penilai..
Sejarah seperti ramai sedia maklum akan merujuk kepada peristiwa di mana Nabi Ibrahim a.s telah diperintahkan oleh Allah utk menyembelih anak kesayangannya bersama Siti Hajar (oppss..nama Ibu saya..peace >.< ) iaitu Nabi Ismail a.s.
Anak kesayangan tuuu..kalau la kalian bayangkan dlm kehidupan kita..kalian ada sorg anak, dah la baik org nye, menurut kata,bijak bestari, tiba2 org nak pancung anak kalian..pe la yg kalian rasa??
"Eh..anak aku tak buat salah pe2 pun..kenapa nak bunuh pulak?? KENAPA???"
Hah tu dia..panjang kan soalan kenapa tu?
Tapi Nabi Ibrahim a.s ni sgt patuh kepada perintah Allah..
Tanpa banyak soal..
Walaupun banyak halangan sepanjang nak pergi tunaikan perintah Allah tu, tapi dikuatkan juga keimanan di jiwa..
Akhirnya tulusnya hati dan keimanan Nabi Ibrahim telah digantikan dgn seekor kibash..
Haa..
Ini baru satu cerita..
Jom kita selami cerita selanjutnya.. in sha Allah ^_^
Korban di Zaman Nabi Adam as.
Menyembelih korban, adalah suatu sunnah yang diamalkan sejak dulu lagi. Ia dilakukan buat pertama kalinya oleh dua orang anak Adam, laitu Qabil dan Habil. Kisah ini diceritakan di dalam Al-Quran surah al-Maidah, ayat 27 hingga 31.
Di antaranya firman Allah SWT..:
Maksudnya:
Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil).
Allah s.wt. perintahkan Adam a.s. agar Qabil mengahwinkan dengan saudara kembar Habil dan mengahwinkan Habil dengan saudara kembar Qabil. Namun Qabil tak setuju. Dia nak kahwin dengan saudara kembarnya sendiri, kerana saudara kembarnya lebih cantik dari saudara kembar Habil.
Oleh yang demikian, Adam a.s menyuruh kedua-dua anaknya untuk melaksanakan korban. Dan dia berkata, bahawa di antara korban tersebut yang diterima korbannya oleh Allah sw.t. akan menjadi suami bagi saudara kembar Qabil yang cantik itu.
Kedua-dua anak Adam as. tadi melaksanakan kewajipannya. Setelah korban-korban itu diletakkan di tempat yang telah ditentukan, turunlah api (dengan kehendak Allah SWT.) lalu membakar korban yang dipersembahkan oleh Habil. Melihät hal yang demikian Qabil marah dan membunuh saudaranya Habil.
Diriwayatkan, bahawa korban Qabil ialah hasil tanaman yang kurang mutunya (tidak elok) manakala korban Habil ialah sembelihan seekor kibas yang terbaik (sihat serta gemuk)
Mulai dan kisah tersebut, penyernbelihan korban dipandang sebagai suatu amalan kebaikan yang dilakukan bagi pengabdian kepada Allah SWT..
Kat sini hanya dpt diceritakan sedikit sahaja..
Sebenarnya setiap nabi dan rasul itu ada pengorbanannya sendiri..
Bukan sedikit taw tp sgt besar..
Besarnya kerana rasa ketakwaan kepada Allah..
Kalau kita reflect kepada diri sendiri,apa je yg kita dah korbankan ??
Hmm..mungkin kalau sebagai pelajar kita boleh kata kita dah korbankan masa bermain untuk study..
Kalau kita seorang ketua keluarga pulak kita boleh kata kita dah korbankan keringat untuk bekerja mencari nafkah..
Kalau kita seorang askar, kita boleh kata kita dah berkorban tenaga dan darah demi mempertahankan negara..
Memang tak dapat dinafikan lagi..
Dah banyak kita berkorban (eh iye ke?? )
Tapi yg paling penting sebenar nye niat kita..
Keikhlasan kita..
Sebab apa kita buat sesuatu tu??
Berkorban masa, tenaga ,keringat sume tu sebab siapa??
Sebab mak? Ayah? Isteri ? Anak2??
Yeah..
Put the first thing first..
Allah KEUTAMAAN kami...
( in sha Allah..biiznillah..)
Hmm..kalau nak tgk balik diri sendiri ni pun, banyak sgt kurang nya..
Masih banyak yg perlu dikorbankan..
Selama ni sikit sangat apa yg dah aku korbankan..
Eh ke xde langsung ea??
:'(
Suka untuk aku ulang ayat Dr Muhaya tadi..
"Kita buat sesuatu tu janganlah kita berharap orang nampak apa yg kita buat..yg penting kita rasa Allah nampak apa yg kita lakukan..di situ lah letaknya nilai ihsan.."
Ouch!! Touche..!
Again..nawaitu lillahi ta'ala..
NIAT itu setiap masa..
Sebelum, semasa dan selepas..
Korbankanlah sesuatu untuk Allah,untuk agama Allah sepenuh hati..
(Ketuk kepala sendiri sebab ni peringatan utk diri sendiri jugak! )
(Ketuk kepala sendiri sebab ni peringatan utk diri sendiri jugak! )
Supaya esok di depan Allah ada sesuatu utk kita persembahkan sebagai bukti bahawa kita hamba-Nya yg benar2 hidup di dunia untuk mencari redha-Nya..
So..
Rasanya cukuplah perkongsian yg sedikit ini..
Sikit ke, banyak ke, yang penting kalian jgn melihat kepada siapa yg menulis..
Sebaliknya lihatlah apa yg ditulisnya..
Dan satu lagi pesanan ikhlas dari pihak penaja, jangan pernah rasa bahawa aku yg menulis sebaliknya tolong lah semat di dalam lubuk hati tu bahawa ini adalah sesuatu dari Allah sebagai teguran untuk diri..
Wallahualam..
*tintadariseoranginsanyangjugasedangberusahauntukberubah*inshaallah*sama2berubahkearahlebihbaik*
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^