Jemputan Dari Ilahi Buat Sahabatku

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama-Mu ya Allah,,
Aku memulakan tinta ini..
Menulis secoret kisah..

18 Oktober 2013...
Lebih kurang 4 bulan selepas saudaraku pergi menghadap Ilahi,,
Kini sahabat seperjuangan pula turut dijemput Ilahi..
Takziah buat ahli keluarga allahyarham..

Wallahi..
Bukan sahaja aku, malahan sahabat2 yg lain juga menyatakan kesyukuran kepada Allah kerana dipertemukan dengan seorang sahabat yg sangat baik..
Allahyarham seorang yg lemah lembut namun sangat lantang memperkatakan yg hak dan yg batil..
Kata-katanya selalu penuh dgn nasihat..
Tidak jemu2 mengajak insan lain kearah kebaikan..

Namun ternyata Allah lebih sayangkannya..
Dia pergi disaat ramai yg masih dahagakan ilmu tentang Islam itu..


Sahabat..
Kini kau telah pergi..
Namun segala titip nasihat tidak akan kami lupakan..
Moga itu yg menjadi amal jariah untukmu..

Majlis pengebumian allahyarham


Mengenang kembali beberapa tahun yg lalu..
Semenjak di sekolah rendah lagi, allahyarham memang seorang yg sangat baik hati..
Tingkah lakunya sentiasa menyenangkan orang di sekelilingnya..
Masih aku ingat, even pemadam aku yg kecik tu terjatuh pun dia akan tolong ambikkan..
Sehinggalah apabila semua dah dewasa, allahyarham masih lagi menjadi seorang yg sangat menyenangkan..



Aku memuji bukanlah kerana apa..
Bukanlah bermaksud allahyarham tidak pernah membuat dosa..
Tapi ambillah ia sebagai iktibar sahabat-sahabatku sekalian..
Orang yg baik ni Allah sayang lebih..
Meninggalnya pun pada hari Jumaat..
Sayyidul ayyam..
Moga Allah merahmatimu sahabatku..

Tipu..
Tipu kalau tak sedih bila dapat tahu allahyarham dah tak ada..
Tapi bila difikir semula kenapa Allah ambil dia?

Of coz la the main reason is dia adalah milik Allah..
Pinjaman buat seketika cuma..
So, bila tiba masanya Allah berhak mengambil dia semula..

Yang keduanya, ingatlah bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya..
Suka untuk aku ingtkan diriku dan juga sahabat2 yg lain..
Kita berubah bukan kerana manusia..tapi kerana Allah..
Jika kerana manusia, ia bersifat sementara..tidak kekal..
Pada suatu saat,ia akan mati jua..
Tapi jika berubah menjadi baik itu adalah kerana Allah, in sha Allah..
Allah itu sifatnya kekal..
Dan in sha Allah segala perubahan kita itu akan berkekalan jika ihklas kerana-Nya..



La tahzan..
Usahlah bersedih lagi..
Seharusnya kita kena bangkit untuk menggantikannya sebagai pejuang2 Islam yg gigih di atas muka bumi Allah ini..
Jika bersedih, jika berasa tidak kuat, adukannya kepada Allah..
Allah lah pemilik hati-hati kita semua..





Marilah kita bersama-sama sedekahkan al-Fatihah buat allahyarham Ahmad Fuad bin Darus..
Semoga Allah menerima segala amal kebaikannya dan mengampuni segala dosa-dosanya..
Dan semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba-Mu yg beriman dan beramal soleh..



Lirik Lagu Sahabat Sejati - UNIC
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/sahabat-sejati-unic.html#ixzz2i9coSfTT


Wallahualam..maaf dari pihak saya jika ada sebarang kekhilafan..saya juga insan kerdil dan hina..

(sumber gambar adalah dari sahabat2 allahyarham yg rapat dengannya..)


Comments

Popular Posts