K A S U T


Ada apa dengan kasut???

Kalau..Ada..Susah..  ,  Untung..Taw..



Apa pasai untung kalau susah??

Tu la  U-J-I-A-N  nama dia..

Allah kasi ujian tanda Allah sayang kat kita..



Lantaran ujian yg datang bertubi-tubi..

Terasa diri sangat-sangat teruji..

Lantas tercetus di memori..

Kasut pun boleh jadi..

^_^

So,tercetuslah idea KASUT ni..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

layan DRAMA PENDEK sat...

Seorang cikgu bertanya kepada anak2 muridnya...

"Baiklah pelajar sekalian..kalau saya sebut perkataan KASUT..apa yg terbayang dalam fikiran masing2..?"

Lalu Kasim(bukan nama sebenar) bangun dengan mata yg bersinar2..

"Kalau untuk diri saya la,bila orang sebut word kasut ni,saya teringat zaman kecik2 dulu..
Main baling selipar la..bukan kasut.."

"dah tu apa kaitan kasut dengan selipar Kasim oi??"

"err..sort of la..at least something yg boleh dipakai kat kaki..?" selamba Kasim menjawab.

Jawapan Kasim mengundang senyum kecil cikgunya..

Seterusnya, Zainab(bukan nama sebenar) pulak berdiri dengan muka malu2 meow..

"Bila cikgu sebut kasut je,kat kepala saya dah terbayang Summit cikgu.."jawab Zainab sambil mengelip2 kan matanya.

Dush..pening kepala cikgu bila dengar jawapan anak2 muridnya terchenta..

"Ok..begini lah..biar saya terangkan.."

"Sebelum tu,saya mohon semua pelajar utk pasang telinga,fokus betul2 kat apa yg saya cuba sampaikan..boleh semua..?"

Pertanyaan cikgu disambut dgn penuh bersemangat dan secara serentak..

"Boleh...!!!!"

"Pada saya pula,word kasut ni sangat special.."

"Memang la special cikgu..sebab hantaran kawin cikgu aritu kasut mahal kan..?" sampuk Amat(bukan nama sebenar).

"Eh ada pulak hantaran Amat ni.." tersipu2 cikgu diusik pelajarnya. Mentang2 lah dia baru berkahwin.

"Bila orang sebut je pasal kasut,cikgu akan ingat pada ujian.." sambung cikgunya.

"Alaaa...cikgu...pe je la yg special nye dgn ujian tu? saya seriau je dengar perkataan ujian tu...." rungut Zam(bukan nama sebenar) pulak.

"Haha..adoi awak ni semua..meh dengar sini..saya kata word  KASUT ni special sebab saya rasa ujian tu special..ujian yg saya maksudkan adalah ujian kehidupan..bukanlah semata2 ujian di dalam kelas.."
cikgu terdiam.

Pelajar2 juga terdiam sambil berfikir sejenak...

(by the way, cerita ni adalah rekaan aku semata2..tiada kaitan samada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok done with that short story...

Hmm..

Let's think about it together..

Kasut ni kan orang selalu kaitkan dengan ujian..

Mesti korang pernah dengar kan..

"Kau kena masukkan kaki dalam kasut aku dulu. Baru kau taw ketat ke longgar kasut ni dengan kaki kau.."

Dalam maknanya ni...

Bila kita rasa kasihan terhadap seseorang yg ada masalah,tu disebut sebagai empati..

Berasa seolah2 kita pun menanggung keperitan yg sama dengan dia..

Tapi kasut kau, takkan pernah sama dengan kasut aku..

Even kdg2 tu saiz hampir sama, but still tak sama jugak..

Walau buruk macam mana pun kasut aku, tetap takkan sama kalau tetibe cik Cinderella nak tukar kasut dengan aku..

Sebab nye kenapa???

Sebab Allah dah tetapkan macam tu..

Kau punya ujian, takkan pernah sama dengan dia punya ujian..

Kau sedih macam mana pun, dia takkan rasa sama seperti apa yg kau rasa sebab dia tak rasa apa yg kau rasa..

*tapi jgn la sampai tak rasa kasihan langsung bila tgk member dlm kesusahan..yg tu tak berperikemanusiaan nama nye pulak..huhu*

Itulah ujian..

Berat macam mana pun, kita seorang diri perlu kuat, cekal, sabar dan penuh bergaya menghadapnya..!!

Allah kan ado..!!!

credit : FB Haslinda Alias

Bila cakap tang ujian ni pulak,,mcm mana kita taw tu adalah benda alah yg nama nye ujian??
Jom follow satu ayat Allah ni..

 ...Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberi kesenangan, maka dia berkata, "Tuhan telah memuliakanku."
...Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata,"Tuhan telah menghinaku."

(Al Fajr : ayat 15,16)

Kat dalam al-Quran ni siap ada caption lagi taw..
" Allah menyalahkan orang yg mengatakan bahawa kekayaan itu adalah suatu kemuliaan, dan kemiskinan adalah suatu kehinaan.Tetapi sebenarnya kedua-duanya adalah ujian Allah bagi hamba-hambaNya.."

So,dah terang lagi bersuluh..

Kita senang ke, kita susah ke,

Kaya ke, miskin ke,

Sakit ke, sihat ke,

Berkuasa ke, lemah ke,

Semuanya sama di sisi Allah..

Semuanya adalah UJIAN...ulang siar UJIAN..

Kawan-kawan,,

Bukan senang kan nak lepas suatu ujian Allah?

Sedangkan ujian kat skolah pun nak kena study bertahun-tahun, inikan pulak ujian Allah??

Allah tu tak kejam..

Allah kasi ujian berdasarkan kemampuan hamba-Nya..

Nape? Tak caye??

Ce tengok ni..ce tengok... ^_^

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."

( al-Baqarah : 286 )

Dah tu guane nye nak pass exam Allah ni??

Nak rujuk kat sape?

Tok kadi ea??

*ketuk kepala*

Meh tengok Allah kata apa?


"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan..."

Hah ce teka ayat dari surah apa ni?

Ok..alhamdulillah..pandai..!!!!

Surah al Fatihah, ayat 5..

Tiap2 ari dalam solat kita wajib baca kan...

Jom tengok ni pulak....!

"Wahai orang2 yg beriman!Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang2 yg sabar.."

( al-Baqarah :153 )

See...solatlah...sabarlah...

Tak rugi pun jadi orang yg sabar sikit..

^_^

So,apa kaitan kasut dengan semua ni??????

*blurrr*

Bila pakai KASUT tiap2 ari, ingatkan diri bahawa sesungguhnya ujian itu dekat dengan diri kita..

Tapi lebih2 lagi kena ingat yg Allah tu laaaagiiiii dekat dengan kita...

So, apa2 hal just call hotline 24434...

Weeeee....no apa pulak ni....

2 : Subuh

4 : Zuhur

4 : Asar

3 : Maghrib

4 : Isyak

^_^

Akhir kata, saya ingin menyeru kepada tuan2 dan puan2,,,,marilah beli produk tawaran Allah ni..

Produk segar dari ladang..ujian2 yg fresh bakal menanti anda setiap hari..
Get ready dengan penawar2 nya..

Penawar2 dari al-Quran..

Rasanya,cukuplah sampai di sini dulu coretan sekasut cuma dari saya..

Wallahualam...

Assalamualaikum...

#mohon ampun segala silap dan salah#

#may Allah ease#

#may Allah bless#

Comments

  1. kasut setiap manusia tu berbeza... even sama size, tp kasut sendiri tetap lebih selesa walaupun kadang2 kasut tu menyakitkan kaki kita, betul tak? wlaupun hidup kita sama, ujian hampir sama, tp kita tetap tak dapat rasa ape yg org lain rasa. hanya kita dan Allah yang tahu tentang perasaan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la unik kasut ni..'keselesaan' berbeza bagi setiap pemakai..moga2 kita redho dengan 'kasut' yg Allah tetapkan untuk kita..amin.. ^^

      Delete

Post a Comment

May Allah bless ^_^

Popular Posts