Senyum saja
Bismillahirrahmanirrahim...
Anda masih hidup hari ini?
Alhamdulillah...
*senyum*
Anda sihat?
Alhamdulillah..
*senyum*
Anda masih boleh tersenyum??
Alhamdulillah..
*teruskan senyum*
Malam ni,tiba2 terasa nak imbas semula peristiwa 3 minggu lepas..
Rabu, 28/11/13
Malam tu berlalu dengan baik.
Khamis , 28/11/13
Hari ni adalah hari besar utk rakyat2 UTM..PRU 2013..
Pagi tu elok je aku buat experiment dengan Teha.
Tapi petang tu mula lah episod detik2 yg aku tak pernah sangka akan terjadi.
Petang tu kelas kami ada Test bagi subjek Programming.
Tengah2 jawab test tu,tiba2 perut sakit yg amat sangat.
Selama ni sakit la jugak..tapi tak pernah la pulak sampai macam ni sekali.
Tapi aku senyapkan je sebab semua orang tengah sibuk dengan test kan.
Balik dari test tu gi makan dengan budak2 kelas.
Sambil makan tu,ada member tanya kenapa muka aku nampak pucat.
Aku pun malas nak cerita sebab aku fikir sakit perut biasa je kot.
Mungkin dah lapar sangat kan.
Bila balik bilik,Allah..sakit dah tak tertahan lagi.
Sahabat hantar aku ke Pusat Kesihatan Universiti.
Sempat jugak solat magrib berjemaah bersama sahabat aku tu.
Siap berbual dengan doktor lagi.
Lepas solat tu,masuk jumpa doktor.
Tetiba doktor kata aku kena gi hospital.
Erk??
Hospital ea?
Adoi ai.
Apehal la sampai nak kena gi hospital besar pulak ni.
So,masuk air sebotol dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah naik ambulans.
Pergh laju giler.
Malam tu aku kena tahan wad.
Terbaik lah kan.
Dah la tak pernah kena tahan wad,sekali kena masuk wad pembedahan.
Menangis tak berlagu la aku jawabnya.
Malam tu ramai sahabat2 yg datang teman aku sampai la selesai urusan aku.
Kesian sahabat2 terchenta..terpaksa berjaga sampai pukul 2 pagi.
Moga Allah sahaja yg dapat membalas jasa kalian.
Dan malam itu bermula la episod aku sebagai rakyat di HSA.
Aku rasa aku dah macam alien..dah la baju warna hijau..haha..
Disoal siasat sehingga pukul 3 pagi.
Then,aku pun dah penat,tido.
Jumaat, 29/11/13
Kena puasa pulak.
Lapar kot.
Dah la makan sekali je ari Khamis tu.
Takpe lah.Allah nak suruh aku rasa apa yg org kat Gaza tu rasa kot.
Doktor yg ditugaskan utk jaga kes aku lelaki.
Baik la jugak sebab dia banyak bekerjasama dengan aku.
Kalau doktor lain diorang tak share pebenda yg diorang akan buat kat aku.
So,thanks banyak2 la ye Inche Doktor.
Allah je yg dapat membalas jasa kamu.
Sabtu, 30/11/13
Aku tetap kena berpuasa.
Hari ni my PA, Dr Raja datang melawat.
Jangan risau tentang akademik katanya.
"Ok..baik bos..no wory pasal akademik ye hajar.." bisik hatiku.
Ahad, 1/12/13
Kena puasa lagi hari ni.
Doktor pakar dah berapa ramai yg datang main hai2 dengan aku.
Nak wat guane.
Pelik sangat ke penyakit aku ni??
Dahlah aku dipengsankan.
Pastu bangun2 tengok kat sekeliling aku lebih kurang 10 org doktor yg cantik lagi hensem bergaya tengah fokus kat aku.Tengah2 aku sedap tido,tiba2..
"Siti,,siti,,bangun.." eh..macam kenal je.sape pulak la kacau aku tengah tido ni?
"Oh tidak..adakah aku sedang bermimpi..?" hati aku bertanya.
Rupa2 nya semua ni datang nak diagnos aku.
Kbai..ramai giler doktor.
Isnin, 2/12/13
Aku dijangka akan dibedah hari ni.
Setelah berpuasa sikit punya lama (first time aku puasa 30 jam),akhirnya petang tu aku disuruh untuk bersiap sedia.
Oh tidah..baju putih itu!!! (merujuk kepada pakaian yg harus aku pakai bila nak di operate)
Lepas tu aku dimasukkan ke dalam satu bilik.
Macam bilik mayat kot..sejuk semacam je..dalam dada,dup dap dup dap..aku dah mengucap je.
MasyaAllah..dalam kubur nanti macam mana ek??
Ya Allah..serius seram.
Kalau la lepas ni aku mati,amal aku tak cukup lagi.
Dah la aku tak sempat nak solat asar sebab baru je masuk waktu ketika aku nak dibedah tu.
Tak lama lepas tu,aku hanya sempat lihat lebih kurang 7 orang doktor sedang bersiap2 untuk menjalankan tugas diorg..(ceh..skema giler ayat)
Then,oksigen dimasukkan kat mulut.
Fuh..sejuk giler kot.
Mau nya aku yg tak suka makan ais ni rasa sejuk macam gini sekali.
Sebelum aku dibius,doktor tu lekakan aku.
Dia dok borak2 dengan aku.
Dia kata lepas beberapa jam nanti,aku akan dikejutkan.
"Kalau awak dengar suara sayup2,awak bangun taw..bagi respon..kalau dia suruh gerakkan tangan,awak gerakkanlah tangan awak ye?" pesan doktor tu sambil senyum.
-oh doktor..macam aku tak taw je pasni aku nak kena inject kan??hehe..
Lepas tu,aku dibius..masyaAllah..sakitnya..
"Wahai tuan doktor yg cantik rupawan,ubat apakah gerangannya yg masuk kat dalam badan aku ni??"
Tak lama lepas tu aku rasa macam tengah mimpi.
Mengikut jangkaan doktor,aku akan sedar pada pukul 6 petang tu.
Tapi malangnya,badan aku langsung taknak bagi respon.
Memang terbaik la hajar.
Orang suruh 'bangun' kul 6 petang, kau gi bangun kul 9 malam.
See..dah pengsan pun nakal jugak aku ni.
-hee..sory la ye doktor..nak bangun guane nye?dah la badan xde makanan langsung..xde energy la kan aku nak bukak mata...
Malang tak berbau,sakit aku makin menjadi2 lepas pembedahan tu.
Aku tak dapat bayangkan macam mana dia punya sakit bila 3 jenis injection masuk dalam badan aku secara berturut2...
Mengucap je lah banyak2..
Sekali inject,sekali aku pengsan.
Syabas hajar!!!
Ujian terbaik buat engkau.
So, 3 injection, 3 kali la aku pengsan.
-err..memang suka pun main pengsan2 ni..huhu.
Selasa, 3/12/13
Pukul 8 pagi tu barulah aku boleh menjamah makanan.
Ok..ada banyak scene sedih kat sini..tapi malas la nak ulang balik cerita.
No sedih2.
Aku dah taknak ingat.
Yang penting hari ni punya pengajaran adalah kita ni manusia sama je.
Kalau kau sihat,tolong la jangan pandang hina kat orang lain yg kurang upayanya.
Percayalah..kau TAKKAN sihat buat SELAMANYA taw..
Aku sangat2 bersyukur sebab Allah utuskan dua orang hamba Allah yg sanggup nak bantu aku di saat aku rasa seperti nak mati waktu tu.
Moga Allah sahaja yg dapat membalas jasa kalian berdua ya..amin.
Ok dah,banyak sangat episod sedih untuk hari ni.
Serius rasa diri ni macam sampah je.
Hmm..yup seriously.
What a typical human laa..sabar hajar..sabar.
Kalau aku ingat balik,memang boleh menitik air mata ni.
Rabu, 4/12/13
Boleh balik rumah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Syukur alhamdulillah.
Tu la yg aku tunggu selama ni.
Senyum..iye aku baru boleh tersenyum masa tu..
^_^
Hmm...sekarang ni aku masih lagi sakit2..
Selang seli dengan demam panas, sakit bahagian jantung, belum campur pedih kat rusuk aku.
Pinggang pulak kalau aktif sikit je mula lah rasa macam nak patah.
'Pain killer' tu dah jadi kembar untuk aku yg selama ni tak suka makan ubat.
Biarlah..aku positif je..
*senyum*
Syukur alhamdulillah..
Jazakillah khoir kepada semua sahabat handai,saudara mara jauh dan dekat,
Mira yg sudi jaga aku utk dua malam sebelum ibu pulak yg jaga.
Sahabat2 SSCZ UTM,ramai2 wat rombongan tiap2 ari datang melawat aku kat wad.
My akhawat2 terchenta yg melawat sampai ke rumah.
Barisan JKM Kolej,Pengetua Kolej,Felo-felo yg banyak menyumbang doa serta atas sumbangan yg diberikan.
My PA,serta semua pensyarah yg banyak mendoakan serta menguatkan semangat.
Serta semua yg banyak mendoakan diri ini walaupun tanpa aku kenali kalian.
Allah sahaja yg mampu membalas segalanya.
Yang paling2 tak terbalas jasa,ibu ayah,adik2..
Syukur alhamdulillah..
*senyum*
So,hmm..
Dah tak larat nak menulis.
Cukuplah sampai di sini sahaja.
Oh ye.
Sebelum tu,aku rasa ayat terbaik yg boleh aku kata kat sini,
"Hanya orang yg dah di operate je akan betul2 faham apa yg aku rasa.."
Sungguh..senyum di saat kau sakit adalah sesuatu yg akan engkau hargai bila kau sudah kembali sihat
Manakala keluhan di saat kesusahan adalah sesuatu yg akan paling kau sesali bila kau sudah kembali senang
Kerana itu semua ujian dariNya..
Ok..maaf untuk semuanya.
Tolong doakan kerana punca sakit masih belum dijumpai lagi sehingga kini..
#waiting for another next appoiment, next month in sha Allah#
#senyum dan terus tersenyum#
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^