cONtenGan KehiDuPan








Alhamdulillah...
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..


Apa lagi yg dapat aku ucapkan selain kalimah ini??
Selepas kesempatan yg telah diberi yakni kesempatan utk menamatkan sem 2..
Pelbagai suka duka telah diharungi..


Sebelum memasuki sem ini,

Aku telah ditanya bertubi-tubi..

"Are u sure Hajar?"

"Betul awak nak sambung sem ni?Saya nasihatkan untuk awak tangguhkan sahaja satu sem ini.."

Itu yg terpacul dari bibir pensyarah yg aku hormati..
Iya..itu cadangannya..aku tidak menyalahkan Dr bila Dr berkata begitu..
Dia hanya mahu melihat aku sihat dan dapat belajar seperti sediakala..

Lantas aku fikir..
Pendapat ayah dan ibu tersayang aku pinta..

"Ayah dan ibu yakin dengan apa jua keputusan along.."
itu kata kedua ibu bapaku..

Istikharah kepada-Nya pula..
Seusai pengaduan kepada-Nya, aku membulatkan tekad..
Walau apapun terjadi, aku tetap akan teruskan sem ni..
In sha Allah.sakit yg sedikit ni akan aku tahan..

Maka bermulalah suka duka kehidupan aku di Sem 4 ini..

Setiap bulan berulang alik ke hospital..
Aduhai..aku kasihan melihat orang tuaku..
Dalam usia ini,seharusnya aku yg menjaga mereka..
Tapi kes dah terbalik..

X-ray beberapa kali, dicampur dengan CT scan yg aku fikir pada mulanya takkan memberi apa2 kesan kepada diri..

Rupa-rupanya aku silap..
Dengan izin Allah, akibat dari semua tu, aku terpaksa ubah gaya hidupku..

Sebagai anak jawa,(walaupun aku tak pandai cakap jawa..LOL)
Tapi makan nasi,makanan pedas memang makanan ruji la kan kiranya..
Tapi, nasi dah bertukar kepada mi dan roti..
So,tolong jangan tanya kenapa aku tak boleh makan nasi ye..



Tangan bengkak kena amik darah-biasa la tu!!!
Bertapa la kat hospital ni dari awal pagi sampai ke petang



Tapi sekali lagi..alhamdulillah..
Seringkali aku mengingatkan diri..
Bahawa Allah uji kerana aku mampu untuk hadapi..
Positif kan fikiran setiap masa..

Aku masih punya keluarga, sahabat di sisi yg selalu memberi sokongan..
Sebulan pertama di kelas, masalah juga..
Aku tak boleh nak duduk lama-lama sangat..
Demam panas secara tiba-tiba juga sudah biasa..

Pejam celik pejam celik,
Akhirnya aku menjangkau usia 21 tahun..
Alhamdulillah..
Dah semakin tua ya?
>.<

Semoga semakin bertambah keimanan, kesabaran dan kekuatan..

Allahumma amin..


Thanks Hafa utk origami hadiah bday yg sgt comey ni..

 Yg paling best, sambut birthday tahun ni dalam keadaan demam panas..
Pastu ada 2 test..haha..nasib la hajar oi!!!!
*alhamdulillah*
Memang betul-betul lah Allah nak membersihkan dosa-dosa aku yg menggunung ni..
srot...srot...srot...

Sahabat-sahabat yg tersangatlah supportive..

 Tipu sangat kalau tak pernah rasa down..
Tiap kali nak bangun gi kelas, paksa je diri..

Memang ujian Allah itu akan bertambah apabila kita cuba utk kuat..
Nak dijadikan cerita, sem ni punya task kebanyakan memerlukan kami utk bekerja secara berkumpulan..
Dengan takdir Allah juga, aku selalunya dapat group yg student nya berlainan kos dengan aku..
Nak tak nak aku memang kena mujahadah lebih la kot ea..
Kalau org lain nak jumpa dgn ahli group senang je..
Turun tingkat bawah kat blok ni, dah boleh discuss..
Tapi tak utk aku..
Aku perlu bergerak lebih..
So jgn tanya kenapa kalau aku kurus sgt sem ni..haha..

Subjek Inovasi : cipta satu produk baru, kena masuk Pertandingan Inovasi..
Subjek Thermodynamics : kena present kat depan 
Subjek English : siapkan report, dan bentangkan hasil kajian dari semasa ke semasa
Subjek Experiment : Siapkan report dan present kat depan lecturer import from India 


Dah lama tak menjahit.. 

Alhamdulillah..projek inovasi kami berjaya dihasilkan..


Inno-casing
Produknya secomel namanya..

*nak tempah??*



Dengan Madam Mahani Stapa, lecturer English kami yg ohsem :)

Hari terakhir kelas utk sem ini..

Lecturer dengan student dah tak boleh nak beza..
 :)

Dr Zuhairi, Dr Raja Kamarulzaman, Dr Roslinda, En Zaki..

Memang terbaiklah!!!!
Syukur kepada Allah..untuk menghabiskan sisa-sisa hari di sem ni memang betul-betul mencabar..
Tapi tu lah..
Lecturer-lecturer semuanya amat memahami..
Nasihat diberi setiap hari..
Kata-kata perangsang juga diberi tanpa jemu..

2hb Jun 2014

Terasa macam mimpi pulak bila dapat sama2 dengan rakan2 kelas, menuju ke dewan exam..

Dapat jawab atau x dapat jawab tu nombor dua..

Alhamdulillah..

Untuk beberapa hari, ada nurse import..haha..
Kesian uda kena jaga akak dia pulak kat utm ni..
Habis kena heret ke seluruh ceruk dunia dek kerana akak dia ni yg suka berjalan..

Pasar malam dah, tasik la, makan2 la..
Syukur kepada Allah kerana mengurniakan aku seorang adik yg tak berkira..
[walhal dah nak SPM tu]

Sem ni memang betul2 bermakna..
Dua orang sahabat telah berkahwin dengan pasangan masing2 manakala dua orang lagi telah pun bertunang..
Yg bertunang Amira Jamaludin and my senior,Kak Jihah..
Semuanya adalah kawan2 ketika di SMKBT2 dulu..

Haffiz Ramlee dan pasangannya


Amalina Holidi dan pasangannya

Kak Jihah


Dan tahniah juga buat sepupuku yg dah selamat bernikah dengan pasangannya..

Abang Khairil dan pasangannya

Doaku moga Allah merahmati kalian ya..
Moga dikurniakan kesabaran dalam mengharungi arus kehidupan berumahtangga..
Moga berbahagia bukan ke anak cucu je,tapi biarlah hingga ke syurga..
In sha Allah

:)

5hb Jun 2014

Pagi tu elok je..
Tiba tengahari tu, sakit mencucuk-cucuk datang balik..
Mula-mula malas la kan nak gi Pusat Kesihatan Uni tu..
Ingatkan takde pape..
Siap je solat Zuhur, aku surender dah..
Tak boleh bangun dah..
Gi Pusat Kesihatan, doktor dan nurse dah risau..
Dah try ubat pun tak jalan jugak..
Last2 kena la naik ambulans..
Gi HSA semula..

Err..sepatutnya kena tahan wad..
Aku buat muka kesian kat doktor tu..
"Doktor,saya ada pilihan lain tak selain stay kat wad? Saya nak habiskan paper saya ni..."

And the doctor said..
"How many paper left?"

"Another 2 doctor..please..i really hope that i can finish my final exam..after that if you want me to come here,stay here, i will..in sha Allah.."

"Ok..saya cuba try test ubat ni dulu..kalau sampai magrib ni u tak ok jugak, i tak boleh benarkan u pulang.."

Alahai doktor ni pun...dia buat muka tak kesian pulak kat aku...

Alhamdulillah..lepas magrib tu keadaan stabil balik..aduhai..pening kot kepala sebab kena paksa tidur..

Dapat je keluar dari hospital tu, nak menari-nari je rasa...syukur alhamdulillah!!!!!!
(keluar dari pintu wad sementara tu dengan muka macam bebudak dapat lolipop..hepy)

And finally,,,

11hb Jun 2014

Tepat jam 12 tengahari, secara rasminya saya dah menamatkan pengajian sebagai pelajar tahun 2 Fizik Tulen..

{Syukur + lega}

Dah tak hirau dah paper Thermodynamic & Fizik Math..

Inilah pertama kalinya aku masuk dewan,pastu jawab exam tanpa aku baca apa2 pun..

Memang jawab exam tu semata2 buat syarat je..

Bukan tak nak baca..tapi keadaan tak mengizinkan..
Allah tak izinkan..

Ni kalau Dr Raja taw habislah saya..peace!!

Maafkan saya Dr :)


Aku berdoa..semoga dengan setiap denyutan kesakitan yang aku rasa ni, akan bertambahlah keinsafanku...keimananku..dan kecintaanku utk terus berjuang di atas jalan ini..

Jangan pernah mengalah..
Jangan sesekali rebah..
Kerana insan yang berjiwa besar, tak pernah kenal erti putus asa..

Apa yang telah ditakdir Allah untukku, itulah yg terbaik..
Allah lebih tahu..
Itu je yg aku mampu kata..

Sakit ni takde la apa sangat kalau nak dibandingkan kesakitan saudara2 kita yg dibom kat Palestin sana tu..
Sebab tu aku masih bertahan kerana aku malu dengan anak kecil di Palestin itu..
Aku malu dengan mereka yg amat2 lah qowiy...
Maafkan diri ini kerana tidak dapat membantu..
Hanya qunut nazilah sebagai kiriman buat kalian..
Moge terus qowiy saudara2 ku terchenta!!!!
Allah bersama kalian di sana!!!!
Syahid menanti kalian..
Syurga menanti kalian...

*senyum*

Rasanya cukuplah warna-warni coretan kehidupan untuk kali ini..
Terima kasih kepada semua yg banyak mendoakan diri ni..
Allah sahaja yg dapat membalasnya..
Akhir kata, Inche Ayah dah sound..
Katanya, stop la dulu aktiviti2 kat u tu..rehat..along dah penat sangat tu..

Dalam hati berdetik,
"Err..apa je la along dah buat utk umat?????"

*nanges*



Mintak maaf atas segala salah dan silap


*may Allah ease*

*may Allah bless*

:')


***tarikh start menulis  2hb Jun 2014***
***tamat menulis 14hb Jun 2014***

Comments

Post a Comment

May Allah bless ^_^

Popular Posts