Anda tahu ke tidak???
Asalamualaikum..
Tak tahu la kenapa..
Tapi rasa nak share benda ni dengan orang ramai..
Ke aku je yang baru tahu pasal ni ea??
Whatever la kan..
Nak jugak semua orang tahu..
Rasa pedih mencucuk-cucuk je baca benda ni..
Patut la dulu macam takde feeling je bila belajar sejarah kat sekolah..
Sebab kisah tu kisah yang direka..
Fakta-fakta macam ni mana ada dicerita dalam kelas..
kalau tak mesti A++++ lah sejarah dulu...
Ok..selamat membaca ya!!!
Di petik dari
pendahuluan buku Salah Faham Terhadap Islam karangan Prof Muhammad Qutb
Di dalam dua abad
yang lampau penjajahan Eropah mengancam dunia Islam. Inggeris memasuki negeri
Mesir pada tahun 1882 berikutan dengan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh
Khidiwi Taufiq yang telah sanggup bekerjasama dengan penjajah untuk
menghancurkan revolusi rakyat yang dipimpin oleh Urabi. Selepas itu Inggeris
merasa perlu menjalankan satu polisi untuk memperkukuhkan kedudukannya di
negeri-negeri Islam dan untuk menjamin keselamatan mereka dan ledakan semangat
Islamiah yang mungkin tercetus pada suatu hari yang hampir.
Di sini kita memberi
peluang kepada Tuan Gladstone Perdana Menteri Inggeris pada zaman Queen
Victoria menerangkan polisi itu dengan jelas dan terus terang. Beliau mengangkat
al-Quran dan berkata kepada para anggota-anggota Parlimen Inggeris, “Selama
kitab ini berada di tangan orang Mesir, maka selama itulah kita tidak akan
menikmati keamanan di negeri itu.”
Jadi, yang menjadi
sasaran-sasaran polisi Inggeris ialah melemahkan ilmu agama Islam, mengikiskan
kesuciannya pada hati penganut, memusnahkan imejnya di dalam fikiran dan hati
kecil mereka agar mereka keluar dari agama itu dan menjauhi diri dari
undang-undang dan peraturannya, supaya dengan langkah demikian
penjajah-penjajah Inggeris dapat bertapak kukuh di negeri itu. Demikianlah
polisi yang dijalankan Inggeris di Mesir.
Di samping itu
Inggeris mengatur pula satu polisi pendidikan yang mengabaikan pengajian dan
penjelasan tentang hakikat agama Islam. Apa yang diajar di sekolah-sekolah
hanya ibadat-ibadat, sembahyang-sembahyang, zikir-zikir dan ucapan-ucapan
tasbih, tariqah-tariqah sufi. Cara membaca Quran untuk mengambil berkat dan ajaran-ajaran
akhlak secara teori saja. Penuntut-penuntut tidak pernah diajar tentang Islam
sebagai satu sistem ekonomi dan sosial, sebagai satu sistem pemerintahan atau
sebagai satu sistem pendidikan dan pengajaran atau sebagai satu cara hidup dan
pemimpin kehidupan. Apa yang diajar kepada mereka ialah keraguan-keraguan dan
kekeliruan-kekeliruan faham terhadap Islam yang diatur oleh para orientalis dan
lain-lain pendokong-pendokong perjuangan salib dan Eropah. Mereka berbuat
demikian agar umat Muslimin terkeliru dengan agama mereka sendiri dan agar
politik penjajahan Inggeris yang keji itu terlaksana.
Dan sebagai
pelajaran ganti mereka mengajar anak-anak muda Islam tentang keagungan Eropah.
Mereka diajar bahawa sistem-sistem kemasyarakatan yang sebenar ialah
sistem-sistem kemasyarakatan yang telah berjaya membangun negera-negara Eropah.
Mereka diajar bahawa sistem ekonomi yang tulen ialah sistem ekonomi yang telah
disusun oleh otak-otak orang Eropah, mereka diajar bahawa perlembagaan
pemerintahan yang paling baik ialah perlembagaan yang telah dihasil dan
dikembangkan oleh pengalaman orang-orang Eropah, mereka seterusnya diajar
bahawa hak-hak manusia itu adalah hasil deklarasi revolusi Perancis, dan sistem
demokrasi adalah diasas dan dimajukan oleh bahasa Inggeris, sedangkan tamadun
hari ini adalah dibatu asaskan oleh Empayar Rome.
Pendeknya
orang-orang Inggeris menggambarkan negeri Eropah kepada pelajar-pelajar Islam
sebagai satu-satunya negeri raksasa yang tiada siapa yang boleh menandinginya
dan menggambarkan negeri Timur sebagai negara Awang Kenit yang kerdil yang
tidak boleh berdiri di atas kaki sendiri, malah pasti selama-lamanya tunduk dan
menumpang kemajuan negeri Eropah.
Dan akhirnya politik
yang diaturkan oleh Inggeris telah membawa hasil yang baik, di mana
generasi-generasi muda Mesir tidak lagi merasa mempunyai kewujudan dan
keperibadian sendiri, mereka seluruhnya telah diperhambakan Eropah dan mereka
telah terbenam sedalam dalamnya di dalam perbudakan Eropah, mereka tidak dapat
melihat dengan mata hati mereka sendiri, mereka tidak dapat berfikir dengan
akal fikiran mereka sendiri, mereka melihat mengikut apa yang dilihat oleh
orang-orang Eropah dan mereka hanya mendukung fikiran-fikiran yang dikehendaki
oleh orang-orang Eropah.
Kaum intelek hari
ini merupakan buah-buah hasil dan politik yang disusun oleh penjajah. Mereka
tidak mengetahui sesuatu dari hal Islam kecuali fahaman-fahaman dan
gambaran-gambaran yang menimbulkan keraguan, malah mereka tidak memahami seluruh ajaran Islam
kecuali mengikut apa yang diajar oleh guru-guru Eropah. Dan justeru kerana itu
mereka turut menganjur persis seperti orang-orang Eropah supaya agama
dipisahkannya dari pemerintahan dan dipisahkan dari sains.
Akibat kejahilan dan
kelalaian, mereka lupa bahawa agama yang telah ditinggalkan oleh Eropah itu
suatu agama yang berlainan dan agama yang diperjuangkan pengembang-pengembang
Islam. Suasana-suasana yang melingkupi Eropah dan yang telah memaksakannya
bertindak memusuhi dan memencilkan agama adalah suasana-suasana yang khusus
bagi orang-orang Eropah di sana saja. Suasana-suasana itu tidak berlaku di
negeri-negeri Islam Timur, malah tidak mungkin berlaku di sini.
Justeru kerana itu
apabila kaum intelek kita menyeru agar kita mengetepikan saja agama atau
memisahkan agama dan pentadbiran sosial, politik dan ekonomi negara, maka
sebetulnya mereka telah mengimport fikiran-fikiran yang telah disediakan oleh
orang-orang Eropah dan mengulangi seperti burung kakak tua apa yang diucapkan
oleh orang-orang Eropah di negeri-negeri mereka.
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^