Kalam Ramadhan
Bismillahirrahmannirrahim...
Asalamualaikum wbt..
Apa kabar?
Apa kabar imannya??
One of akhawat said, that second question will be the hardest one to be answered..
Sebab apa? Rasa malu nak bagitaw keadaan iman kita kat orang lain..
Kalau saya la, saya rasa tu biarlah antara saya dengan Allah je yg tahu..malu ok..serius malu.. :(
Ramadhan pun dah berlalu setengah...
Namun jangan kiciwa kepada yang masih 'tamak' akan ganjaran yg Allah sediakan, jangan risau..masih ada kesempatan setengah lagi untuk kalian :)
Dalam sebulan bercuti ni(ok tu org lain la...saya tak sampai sebulan lagi) macam2 pengalaman saya dah rasa..
Macam2 rasa dah hadir..
Dan sebab tu la jugak rasa nak bincangkan hal ni..
Soalan pertama kepada kalian :
"Pernah lalui zaman kanak2 kan? Selalu tak main2 masa jadi budak2 dulu? Main apa2 la tak kisah..berkawan2...bergelak ketawa, nangis, gaduh dengan kawan2,makan tidur.....tak fikir apa2 kan pasal hidup?dalam kepala fikir nak main je..mesti pernah kan? kalau tak pernah pun ok je..."
Soalan kedua :
"Pernah lalui zaman kanak2 kan? Selalu tak main2 masa jadi budak2 dulu? Main apa2 la tak kisah..berkawan2...bergelak ketawa, nangis, gaduh dengan kawan2,makan tidur.....tak fikir apa2 kan pasal hidup?dalam kepala fikir nak main je..mesti pernah kan? kalau tak pernah pun ok je..."
Soalan kedua :
"Bila dah besar sikit kita mula suka nak main game kan?jgn tipu..confirm2 ramai yg suka main PS kan?(sebab saya pun main dulu...huaaa)
Soalan ketiga :
"Masa zaman remaja, mesti kalian dah start nak cantik2 kan?nak hensem2 kan???kan..kan..?"
"Masa zaman remaja, mesti kalian dah start nak cantik2 kan?nak hensem2 kan???kan..kan..?"
Soalan keempat :
"Perasan tak apa tajuk yg akan dibualkan apabila parents berjumpa
dengan kawan2 mereka. Kalau pernah, betul tak kalau saya cakap macam
ni..yg ahli perniagaan biasanya akan berbicara soal perniagaan
mereka..yg ada anak excellent, akan bercerita tentang pencapaian anak
masing2...yg minat barang kemas,akan bertukar2 cerita tentang set barang
kemas baru mereka...yg suka perfume, akan promote new set of diorang
punya perfume...eh ke tak ea?"
"Pernah tak mak ayah kalian dengan bangganya menceritakan perihal kalian kepada ibu bapa lain?"
(aseef jiddan kepada yg tiada ibu bapa..mungkin boleh gantikan dengan saudara mara kalian..)"Pernah tak kalian dibanding2 kan antara pencapaian kalian dengan org lain?"
"Pernah tak kalian rasa macam 'eh takde benda lain ke ea nak cerita'?Asyik2 benda yg sama je mereka ni nak bercerita..?"
Ok..soalan tamat...
Saja je la nak tanya kat kalian..
Mana la taw kot2 kalian pun ada simptom2 yg sama macam saya kan..ahah..
Ntah la..
Serius cakap, ni bukan saya mengumpat mak ayah ke, orang2 tua ke taw..
Tapi nak bercerita tentang realiti hidup..
Kalau nak cerita pasal realiti ni, memang pedih nak telan..
Memang perit sebab kena jujur lebih sikit kan..(iye ke jujur?)
Sekarang umur saya dah 21 tahun..sejak saya kecik2 lagi sampai la umur dah 21 tahun, serius cakap la kan..telinga dah berat...berat sangat..sebab terpaksa dengar hal yg sama je..
Anak2 di banding2 kan, harta dibangga2 kan, segalanya digah2 kan..
Dulu aku tak mengerti..hanya senyum apabila dipuji, tidak pula mencebik apabila diuji..
Namun kini, saya rasa seperti ahh...serabut..
It was like "Eh...memang pusing2 citer tu lagi..apa ada dengan kete besar, umah besar, anak besar, bini besar, laki besar sume tu ea??"
Hah tu la gambaran apa yg saya rasa kot ea..
I was amazed when Nouman Ali Khan talked about surah al-Hadid (57 : 20)
Masya Allah...subhanallah..
Memang betul sangat apa yg Allah katakan dalam al-Quran tu..
Watch Nouman Ali Khan Al Hadid (57:20)
Dalam ni nak citer bahawa ada 5 tingkat kehidupan dalam hidup manusia yg normal ni..
Meh kita bukak Quran tafsir sama2..
57-20 :
Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda
gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, dan berbangga-bangga
tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan
petani, kemudian ia menjadi kering, maka kamu melihatnya kuning, kemudian
menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada
Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan
yang menipu.
Seronok dengar penerangan Ustaz Nouman ni..
Selama ni kita mungkin tak sedar yg kita dah terlalu obses dengan dunia..
Sedangkan Allah dah kata dah siap2 dlm Quran..
Semua ni tak lama..
Semua ni kesenangan yg menipu...aduhai..
Tu pun kita masih terkejar2 sangat..
Terasa la bila ada sharing pasal Tafseer Zilal Quran...dalam satu sharing, ada menceritakan bagaimana Syed Qutb melihat org2 yg terlalu berlebih-lebihan kejar dunia tak lebih seperti kanak2 yg ralit dengan permainannya...indeed..
Pedih..perit..sedih semua ada..
Sebab apa?
Sebab tak semua org sedar pasal benda ni..
Macam mana kita nak terangkan semua ni kat org ramai???
Macam mana?
Kadang2 bukan semua orang boleh terima kata-kata org muda..
(dan sekarang baru saya tahu kenapa masa belajar sejarah kat sekolah dulu ada kata, Kaum Muda dan Kaum Tua zaman dulu berbalah..and now i realise and i feel it!)
Maka..kalam ini adalah kalam yg tercetus dari rasa hati..
Kalam bukan sekadar utk dibaca..
Tapi juga untuk dirasa..
Semoga akan lahirnya amal..
Tak lupa juga...
Mari sama2 kita terbangkan Qunut Nazilah buat saudara2 kita yg berada di mana sahaja..
Syria, Palestin, Thailand, Iraq, India terutama Malaysia, serta di negara2 lain yg tak disebutkan di sini..
Taw tak doa Qunut Nazilah macam mana?
Ok takpe..tak tahu kita belajar..jangan jadi buduh sumbung ya...
Hang pi tanya sat dengan Inche Google...
Satgi dia pakat bagitaw banyak naa..
Hang nak ayat ka, gambaq ka...suma adaa...
Terakhir dari saya, jom sama2 cuba utk sedarkan diri sendiri, sedarkan org lain jugak..
Memang susah..tapi CUBA...
CUBA TRY TEST!!!
Belum try belum tawwww...
Moga Allah redha..
Wallahua'alam...
#by the way, today is Ibu's Birthday... 14/7/14 ohsem..cantik secantik tuannya..moga Allah berkatimu wahai ibu...amin... :)
#by the way, today is Ibu's Birthday... 14/7/14 ohsem..cantik secantik tuannya..moga Allah berkatimu wahai ibu...amin... :)
mashaallah...bagus
ReplyDelete