Raya vs Puasa

Assalamualaikum wbt..
Eid Mubarak everyone..

This is not my first time..not even second time..but it had been 6 years..
Eidulfitri without ayah..hmm..biasalah..ayah tu keje dengan benda hidup..mana boleh tinggal macam tu je...Even ibu pun boleh faham dgn kerjaya ayah takkan lah aku sebagai anak tak boleh faham kan?
Syukur kepada Allah..at least i still have my parents compared to my siblings at Ghazzah...

 :’(



See the differences...




Kalau nak bercerita tentang hari raya ni, entah lah..tak banyak benda yg aku boleh cerita..
Kalau Ramadhan tu in sha Allah la..berbakul2 cerita..
So may I start with my experience during Ramadhan this year?
J


Ok..kisahnya bermula begini..

I need money..yelah..utk belanja seharian masa cuti ni kan..duit biasiswa den dah solamat dibuek belanjo kek universiti..tapi masalahnya sebagai anak sulung, yg dah bese berdikari, aku akan cuba cari duit belanja sendiri..malu la nak mintak parents..nak kije tapi Inche Johnson a.k.a Inche Ayah tak bagi..memang impossible la kan dgn condition aku yg baru nak stabil ni, nak kije? memang tak boleh la jawab nye... L
Ibu suruh aku ajar tusyen mcam dolu2 tu..ajar anak2 org kat kampung ni..tapi nye erm...bukan x nak..tapi erm..senang citer belum rezeki kot nak ajar ilmu yg aku ada secubit dua ni kat org kampung..kang aku ajar ajaran sesat, marah pulak pak cik einstein kang.. :p

Nak dijadikan cerita..petang sebelum hari pertama puasa tu, ayah balik umah..pastu katanya sedara aku ada berniaga kat bazar dan dia memang perlukan org..kriterianya : org yg JUJUR..

Fuhh..kus semangat..siddiq, amanah, tabligh, fatanah..

Hah kau..terkeluar semua yg aku belajar masa darjah 4 sekolah agama dulu..
Bukan senang nak jadi org yg jujur dan amanah ni..iye lah..cuba bayangkan ea..duit kat depan mata beratus2 setiap hari..pastu bukannya orang tahu pun kalau aku acah2 redah nak kebas duit tu kan?

Tapi cukuplah Allah sebagai Yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui..tu dah cukup menggerunkan dan menggeletarkan tangan aku bila pegang semua duit tu..

Ohoi..seriously..be like a boss kata orang..orang nak percaya kat kita bukannya senang..dan lagi susah bila nak jaga kepercayaan yg diberikan tu..

And alhamdulillah..You helped me a lot ya Allah ya Raheem...
Ada je kes duit tak cukup dan hilang...tapi aku tak berani nak tuduh2..Allah je yg tahu siapa punya angkara..Moga dia insaf..

Sehingga sebulan aku bekerja, saudaraku cukup mempercayaiku untuk menjaga perniagaannya..
Ya Allah rasa nak nangis pun ada masa jaga gerai tu untuk hari terakhir aritu..
Aku kembali mengimbas niat asalku ketika mula2 aku nak berniaga...

Mengenang kembali sirah Nabawiyyah..
Di mana Rasul Junjungan Besar kita, Rasulullah SAW, dibesarkan dengan cara berniaga..
Jujur menjadi sifatnya..sudah pasti kesabaran baginda sangat diuji kan?

Aku mengetahuinya setelah aku sendiri bergelar peniaga..
Ego harus direndahkan..tak kira lah kau budak universiti ke, kau ketua pengawas kat sekolah ke, kau budak paling top kat universiti ke, kau pegang jawatan besar ke, buat when it comes to business, you really need to lower down your ego..

Sepanjang aku jaga kedai tu, ada je yg marah2 sambil bertanya, ada je yg x nak senyum..ada ramai je org2 kaya raya..tgk kereta dan gaya cakap pun aku boleh agak siapa mereka..ada jugak yg terang-terangan tak berpuasa..eh..berombak jugak dada sebab tahan sebak..

“Ini orang Islam kita?”

Tapi nak katanya di sini, aku cuba sedaya upaya untuk memaniskan muka, bercakap dgn sesopan yg mungkin, tidak menaikkan suara even kekadang tu hangin jugak tgk org marah kita kan, but then it really works..!!!

Aku menjadi lebih penyabar..mula2 tu malu la jugak..iye lah..kalau nak difikirkan, aku boleh je duduk rumah, rehat, senang lenang, tengok tv, baca buku macam org lain..tapi niatku satu..nak merasai kalau tak banyak, sedikit pun dah cukup, apa yg dirasai oleh baginda Rasulullah SAW ketika baginda berniaga..

Ramai jugak muka2 yg aku tak kenal even duduk sini semenjak umur 11 tahun..dah 10 tahun baru aku memunculkan diri..sedikit sebanyak bila kita kenal dgn ramai org, kita mengetahui realiti umat yg sebenar..terasa lah perlunya seorang daie yg qowiy utk mendidik masyarakat yg kian tenat..ada jugak bertembung dgn wajah2 yg last seen nye aku agak masa aku darjah 6 kot..mana tak nye..after darjah 6 aku dah ‘get out’ dari kampung ni..teruk ea aku ni..ish..ish..ish..ada yg takut2 nak tegur aku..ahah..ada lagi kot ea berbaki kegarangan masa jadi head girl time skolah dulu?huaaa....

*nanges*

 Alhamdulillah..aku still ingat muka diorang..dan aku still ingat nama sorg2..
Ada yang dulunya ‘penjenayah’, musuh ketat aku..haha..(budak2 punya life) tapi skrg alhamdulillah..dah baik budaknya..Last2 aku yg terpaksa start tegur diorang dulu..sunnah kan menyebarkan salam? J erm...garang sangat ke aku ni dulu2? Sampai sekarang org takut nak tegur..takpe lah..manusia tu kan berubah hajar...positif..positif..syukurlah Allah bagi kesempatan utk jumpa balik dgn semua teman2 seperjuangan ni..at least, takdelah silaturahim tu terputus macam tu je..sedih..

Alhamdulillah..apa yg diniatkan sedikit sebanyak dah capai target..benarlah kita akan dapat apa yg kita niatkan..kalau duit yg dicari, duit lah yg diperolehi..tapi kalau pengalaman yg dipinta, in sha Allah ada jugak yg terkesan di dalam jiwa..peningkatan iman itu yg paling utama..

Ramadhan kali ini sungguh berbeza..ditambah dgn pengalaman kali pertama berqiam kat Masjid KLCC, bersama dgn warga2 kota..jauh berjalan,luas pandangan bukan? Allahu..aku cukup teruja..dalam kesibukan mereka bekerja pada siang hari, namun di malam hari tetap sempat meluangkan masa buat ya Illahi rabbi..

Oh ye..teralit seketika bila tgk gelagat dua anak kecil ini..sedang si akak sibuk membaca al-Quran, si adik memegang kepala kakaknya..tapi akak dia penyayang sgt..dia tak marah pun..and that cute boy keep playing with his kakak...comel sangat...



Kesempatan berbual dgn seorang akak, bekerja bukan calang2 jawatannya..dengan anak kecilnya yg baru berusia 6 bulan, turut ‘diheret’ bersama utk bertarawih..masyaAllah..dasyat org2 yg diberi hidayah oleh Allah ini..sungguh dasyat..aku terpegun melihat anaknya yg tidak menangis dan tidak meragam langsung ketika ibunya sedang bersolat..

Seusai solat,aku bertanya..baik sungguh anaknya..lantas si ibu membuka cerita..
Katanya,dia pun bersyukur..sepanjang puasa kali ini, bermacam2 masjid dah dibawak si anak kecil itu..namun dia memang tidak meragam..ya Allah..so sweet..dalam hati teringat kat ustaz masa skolah Bandar Tenggara Dua dulu..anak2 nya sedari kecil dah diangkut pergi ke surau sekolah..anak2 kecil itu dilentur sejak kecil agar cintakan rumah Allah..

And then, satu benda yg tak boleh dilupakan..doa ustaz ketika solat seusai qiam pagi itu..

Menitis jua air mata yg sekian lama di tahan..

Terasa luruh semua beban..

Terasa hilang segala kesakitan yg dipendam..

Allah..

Biah yg solehah..iya..sedikit sebanyak membantu aku utk terus kuat meneruskan kehidupan sebagai abid dan khalifah..

Ketika ini, 1 Syawal..aku mcm takde perasaan langsung..entah lah..seriously masa Pak Cik kat tv tu nak bagi pengumuman semalam, dalam hati aku cuma berharap satu je.. “Esok masih adalah Ramadhan..”

Namun.. L

Iya..Syawal itu tanda kemenangan buat kita..

Namun harus diingat dan diambil pengajaran..

Bahawa syaitan itu telah kembali dibebaskan..

Pintu Madrasah Ramadhan telah ditutup..

Dan perjuangan kita baru sahaja bermula..

Namun diharapkan bekalan iman sepanjang sebulan di Madrasah itu cukup untuk terus membuatkan kita ‘hidup’ yg sebenar2 hidup sebelum bertemu lagi dengan Ramadhan berikutnya jika Allah izinkan..

See...i’ve nothing much to share about Raya..am i bias? No..this is my feeling..
Sekarang aku faham..mengapa ada org yg terlalu rindukan Ramadhan itu..
Dan kini aku sedar..walaupun tak sampai 24 jam dia meninggalkan aku, aku sudah terasa rindu 
kepadamu,Ramadhan.. :’(

Raya tahun ini, adalah tahun kedua tanpa arwah Syafinaz..Ina, along doakan semoga Ina tenang di sana..doa along sentiasa ada untukmu..along sedang bersiap sedia Ina..mungkin dosa along masih banyak sekarang ni...in sha Allah..along sedang ‘membersihkan’ diri dari sekian noda2 dosa..

Along nak jadi baik macam Ina..along nak jadi solehah macam Ina..dan along pun mengidamkan husnul khotimah sepertimu adikku.. :’(

Miss u so much..hope to ‘see’ u soon..in sha Allah..

Al-Fatihah..


Dan jika ditanya apakah harapanku selepas Ramadhan kali ini?

“Dunia..berhentilah mengejarku..aku sudah lelah..penat dengan semua kepura-puraan..letih dengan segala permainan..aku hanya ingin mengejar redha-Mu..”


Taqabalallahu minna wa minkum..

Moga Allah menerima amalan kita semua..

Moga Allah redha untuk kita semua masuk ke syurgaNya..

Allah..izinkan aku utk terus meraih cinta-Mu..

:’)

Ramadhan,
Sayonara...
Gonna miss u badly..

Salam Syawal dari saya, Siti Hajar binti Suliman dan keluarga buat semua..





Eid Mubarak..

Selamat kembali kepada fitrah..

Jemputlah berkunjung ke rumah..

J

#di akhir kalam ini, hujan turun mencurah2..ibarat menzahirkan apa yg tersimpan di lubuk jiwa..sungguh..Allah Maha Mengetahui..



_12.07 tengah hari, 1 Syawal, 28 Julai 2014, Isnin_

Comments

Popular Posts