Ikan

"Argggghhh..aku tak tahan..aku give up!!! Tuhan tak sayang aku ke? Tuhan tak dengar doa aku ke????"

Mampu jerit dalam hati. Kalau boleh, mahu dijerit sekuat hati, agar satu dunia tahu betapa aku sudah tak tahan diuji. Terasa seakan satu beban terletak di pundak. 

Toleh ke tepi. Terlihat ikan. 



'Ah. Ikan aku dulu dah mati. Aku time tu nyawa2 ikan. Ikan aku pulak yg hilang nyawa dulu'

Teringat memori masa zaman ribena dulu. 
Nampak ikan nak jadi ikan.
Nampak cicak nak jadi cicak.
Nampak layang2 terbang girang nun di atas, terasa mahu jadi layang2.
Sebab aku fikir, seronoknya mereka. Mesti diorang takde masalah kan?

Tapi bila dah besar ni, mula fikir.
Ikan tu, kalau tuannya lupa nak bagi makanan bukan ke masalah tu?
Cicak tu kalau bergaduh nak rebut kawasan, sampai jatuh terjelepuk ke lantai, bukan ke masalah tu?
Layang2 kalau takde angin, kan masalah tu?

I see.
Everything got their own problem.
Baru aku faham. 

'Hidup tak la begitu mudah. Langit tak la selalu cerah'

Dah tu kalau langit asik nak cerah je, tak gelap2, susah la jugak manusia nak tido kan? Here u go. Ada hikmah di sebalik setiap sesuatu. 

Senang citer, kita ni Allah cipta baik punya. Ada hati, ada jiwa, dan akal. 

Kalau ikan tu fungsi dia banyak. Mampu tenangkan jiwa yg tengah kusut, in stead of jadi perhiasan dalam rumah. Kerusi, meja, kipas, semua ada fungsi masing2.

'Dah tu, manusia ni kalau tak sedar fungsi dia apa, manusia ni even worse than that fish, lizard and table? Ha gitu? Pfffttt..'

Aduhai diri. Cepat sangat mengeluh. Kan kita punya iman. Kan kita punya akal. Kan kita punya kelebihan. 

"Takkanlah seorang khalifah cepat sangat berputus asa? Malu je dengan ikan! "

Ada hati rasa, ada mata lihat, ada telinga dengar, dan ada iman redha. 

Pujuk hati. Jika hari ini seorang insan jatuh, bersyukurlah. Take note. Apa yg buat kau rasa kecewa?

Sedangkan Allah pun tak pernah putus asa mendengar rintihan hambaNya. Inikan aku, hamba yg hina dina, mahu berputus asa dengan rahmat Tuhannya? 

'Ish..tak patut..tak patut..'

Nasihat pada hati berbunyi.
"Syukur alhamdulillah. At least hajar, you know that you are different from others. Please. Redha. Be sincere in order to accept your condition now. Your test, very different from others. But at least, you still get the chances to repent. Don't you ever give up. Allah always here and there."

Stand up, walk.

Thank you Allah.
Kau ilhamkan hanya dengan seekor ikan.

‪#‎self‬-talk
#self-therapy
#self-motivate
‪#‎no‬ doc here
‪#‎maybeblessed‬
‪#‎tenang‬

_060215_
Salam Jumaat 


Comments

Popular Posts