Dilemma Mutabaah Amal

"Rapuhnya ku Kau Maha Tahu..
Pagi siang malam dunia yang ku tuju..
Saat ku jatuh baru ku sadar Kaulah segalanya.."

Bait-bait lagu 7 Syurga by Edcoustic fea Fika sedang bermain di telefon.
Auchhh!!!
Sakitnya tuh di sini!

Memang. Memang aku tengah sibuk sangat sekarang ni. Terkejut bila tengok tarikh.
Dah 20 hb April. Rasa macam baru semalam aku dapat lesen(31hb Mac).

Rasa macam baru semalam naik daripada cuti sem 5.

Ya Allah. Cepat sangat waktu berlalu sekarang ni.
Kecepatan itu membuat aku lelah.
Letih kerana terlalu sibuk dengan duniawi!

Allah.
Lupa mahu bertanya kabar.
Bagaimana?
Anda sihat?

Mutabaah amal bagaimana?
Eh oppss..soalan sensitif!

*tersengih*

Takde lah.
Peringatan tu kan penting.
So, today i am very glad to share with everybody about MA. Mutabaah amal.

Gapo dio MA ni?
Sejenis nama program motivasi ke?
Tak pun tajuk novel chenta yang latest ke?
Ehem~


Ni saya amik contoh orang lain punya. aku punya biarlah rahsia!

Aku ni seorang yang susah nak adapt dengan benda-benda baru.
Benda yang aku tak buat since kecik, aku akan rasa berat tahap Gigagram bila nak di 'istiqamah' kan.
Dah la nak start buat benda baru tu satu hal. Nak teruskan momentum berbuat tu satu hal lagi.

Contohnya apa?
Mutabaah amal ni lah.
Selama ni aku rasa,

"Eh, sukati aku la nak solat Dhuha ke tidak. Sukati aku la nak baca Quran satu hari sekali ke, seminggu sekali ke, orang lain nak sibuk apehal??"

Ha gittuuu uoll. Degil tahap petala langit hajar ni.

Tapi tarbiyah itu mengubah.

Mengubah sudut pandang. Mengubah cara berfikir. Dan membantu memperbaiki diri yang serba lemah. Serta menambah apa yang kurang.

Kalau dulu susah bebeno uoll bila kena start buat jadual.

Buku ISK tu nak khatam, sampai ke sudah kat muka surat tu jugak lah. Haha.

That was my old me. Sekarang? Erk! In sha Allah better from that la.

Kalau dulu, masa awal-awal tarbiyah dulu, jangan harap la aku nak baca.

As example, mama useroh kata "Okay. Minggu ni semua kena baca buku Dasar-dasar Islam. By next 2 weeks, semua orang dah habis baca."

So, untuk menghabiskan bacaan yang maha dasyat tu, aku pun masukkan 'membaca buku DDI sehari 5 muka surat sebagai mutabaah amal.'

Mutabaah amal ni dapat mendisiplinkan diri.

Selain itu, ia juga dapat menjagakan masa terluang kita supaya tak terisi dengan perkara-perkara lagha.


Rasulullah SAW bersabda:

“Dua nikmat yang sering disalahgunakan oleh manusia adalah kesihatan dan masa yang terluang.” (HR Bukhari)



Imam Hassan Al Banna ada menyebut:
“Kewajipan dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan lebih banyak dari masa yang kita miliki.”


Yang paling utama adalah, itu bukti bahawa kita sedang bersedia untuk ditarbiyah.

Amalan seperti baca Quran satu juzuk sehari, zikir 33 kali sehari, bacaan buku fikrah sejam sehari kan banyak manfaatnya.

Perlu ke aku list kan semua manfaat yang ada?

Rasanya memang tak perlu kan.

Semua orang tau je apa kelebihan baca Quran, apa kelebihan berzikir, apa kelebihan baca buku.

Tapi tak ramai orang sedar kepentingan istiqamah.

Let me tell you ya.

Aku ni dah pernah buat satu eksperimen diri.

Seminggu tu aku memang buat betul-betul semua yang aku dah set kan.
Lengkap. Perfect jadual amalan-amalan seharian aku. Alhamdulillah.

Kesannya, dalam masa seminggu kemudian itu, aku rasa diri tenang yang luar biasa.
Merasakan keberkatan masa yang tidak berbelah bahagi. Merasakan semua kerja berjalan dengan lancar. Alhamdulillah for that feeling.

Tapi tahu tak apa yang berlaku bila jadual aku banyak rompong?
Ada lah seminggu yang lain tu, aku terlalu sibuk.
Al-Quran pun baca dua hari sekali(fuh malu nak citer!)
Zikir pulak sekadar ala kadar buat syarat lepas solat je.

Hamik kauuu!
Minggu kemudiannya, apa yang terjadi?
Semua benda yang aku buat serba tak kena.
Sana salah, sini salah!
Setelah di scan, maka tahu lah bahawa mutabaah amal yang rompong adalah penyebab utama.

*nanges*

Kadang-kadang, kalau aku tertinggal nak buat satu amal ni, aku akan rasa serba salah kat diri sendiri.
Contohnya, tak baca al-maksurat petang.

Macam mana la malam tu aku boleh duduk dengan rilek dalam usrah?

Kalau nak tidur tu, tinggalkan dengan sengaja bacaan al-Mulk, macam mana la aku boleh tidur dengan lena? Biasanya kalau aku tidur tanpa baca al-Mulk, confirm esoknya akan bangun tidur dengan rasa bersalah. Huhu.

Ntah la kan.

Nak cakap banyak-banyak pun susah juga.

Tahu apa itu ehsan?

Kita berbuat seolah-olah kita melihat Allah(memang tak boleh kan) ataupun seolah-olah Allah sedang melihat kita(sudah semestinya!).

Manusia ni, kalau ada CCTV, elok je perangai. Perompak pun tau takut dengan CCTV.
Tapi malangnya dengan pandangan Allah kita tak tahu malu!

*hantuk kepala kat meja*

Bila cerita hal mutabaah amal ni, aku rasa malu.

Suka dan gembira bila tengok sahabat-sahabat lain yang begitu menjaga amalan sehariannya.
Sungguh teratur urusan mereka.
Aku cemburu, tahu!

Tapi cemburu yang baik la kan. Cemburu yang membuatkan kita rasa nak jadik macam diorang jugak.

Kita sebenarnya mampu je.

Cuma kemalasan tahap Tera yang masalah tu.

Tell me, syaitan mana yang suka bila melihat anak Adam nak jadi soleh, solehah?

Hati-hati dengan perangkap syaitan.

Kadang-kadang amal dah elok, tapi kena tiup pulak rasa riak. Allahu. Jahatnya syaitan!

So, solusinya, berasa ehsan lah.

Kalau rasa ehsan tu ada dalam diri, pasti kita akan sentiasa berbuat yang terbaik tak kira dalam apa jua benda yang kita lakukan.

In sha Allah.

Wallahua'lam.


#update blog tapi belum siapkan esaimen pun tak bagus hajar! ahai!  >.<



Comments

Popular Posts