Heaven or Hell
"Come hell or high water, I will always have you Allah!"
Haha. Ya Allah. Macam-macam ujian dan dugaan kau beri kepada hamba.
KecemburuanMu jelas terserlah disaat hati ini diisi dengan sesuatu selain Engkau, Ya Rabb.
"Ya muqallibal qulubana,tsabbit qulubana 'ala dinik, wa'ala tho'atiq"
Pagi-pagi aku dah bersarapan buku.
Buku ni aku dah lama cari!
At last jumpa buku ni time hantar member gi larkin kelmarin. Alhamdulillah.
Buku gapo tu yg best sangat tu?
Malam Pertama di Syurga!
Meneliti nikmat-nikmat yang ada di dalam syurga, serta menghayati segala siksa di neraka, buat aku terkesima. Terpegun. Dan paling menyayat hati adalah keadaan Rasul kita junjungan tercinta, Nabi Muhammad SAW ketika di hari akhirat kelak.
Baginda lah kelak yang akan bersusah payah mencari umatnya. Baginda lah satu-satunya nabi dan rasul yang mengutamakan kepentingan umatnya berbanding dirinya sendiri.
Kalau kat dunia ni aku boleh menangis bila orang yang aku sayang tinggalkan aku, aku boleh menangis bila ada orang yang banyak berkorban untuk aku, kenapa aku tidak mampu menangis bila tahu pengorbanan seorang junjungan mulia terhadap umat berdosa seperti aku??
Allahu!
Mari aku kisahkan sedikit apa yang tercoret di dalam buku ini.
Di padang mahsyar orang yang mula-mula datang ialah nabi Ibrahim a.s. Baginda bergantung dengan asap 'Arsy yang naik lalu menyeru : " Tuhanku dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini."
Allah taala berfirman : "Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat kekasih mengazab kekasihnya?"
Nabi Musa a.s datang. Baginda bergantung dengan asap 'Arsy yang naik lalu menyeru : KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!"
Isa a.s datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru : " Tuhanku..Penguasaku..Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!"
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad menyeru : " Tuhanku..Penguasaku..Penghuluku...! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umat dariMu!"
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru : " Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula berseru : "Wahai Tuhanku.. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyiksaan."
Hmmm..
Sebak bila baca tentang gambaran di hari Akhirat kelak. Tak ada siapa yang akan peduli tentang orang lain ketika itu.
Kau, kau!
Aku,aku!
Syurga neraka kau, kau fikir!
Syurga neraka aku, aku fikir!
Tapi Nabi Muhammad SAW tetap fikirkan kita.
Allahu!
Sahabat, di saat kau sedih, fikirkanlah sesuatu yang lebih besar.
Kisah-kisah tentang syurga, neraka, hari akhirat cukup banyak diceritakan di dalam al-Quran.
Saat kau terjelepuk, kedukaan dek dosa-dosa silam, ingatlah Allah Maha Penerima taubat.
"Allah lah yang selayaknya disembah, dan sebaik-baik tempat memohon pertolongan"
Mengadulah dengan Tuhan yang menciptakanmu.
Tiada apa yang lebih indah selain mendapat rahmat dan redha dari Allah.
Nikmat apa yang lebih indah selain nikmat bercinta dengan Pencipta Cinta?
:)
Syurga atau neraka yang engkau mahu?
Fikir-fikirkan. Daripada kita terus hidup di dalam maksiat, lebih baik tinggalkan segera.
Mati itu bila-bila masa sahaja.
Selamat beramal dan istiqamah.
Syurga. Itu bonus untuk kita.
:)
Wallahua'lam.
_insanpenuhdosa_

Naudzubillahiminzalik! |
_insanpenuhdosa_
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^