Bila Ku Sedari Diri Di Sayangi
Bismillahirrahmannirrahim.
Prolog.
"Ah dunia ini tidak adil. Aku putus asa sama Tuhan!"
Khususan ila almarhum.. eh tu starting orang nak tahlil.
Eheh.
Okay. Post ini khusus untuk insan-insan yang mungkin merasakan bahawa dirinya jauh dari sinar bahagia. Khusus jugak untuk insan-insan yang rasa dalam hidup dia macam tak pernah nampak pelangi. Serta dikhususkan jugak untuk mereka yang rasa seperti kurang kasih dan sayang.
Tarik nafas, hembus.
Astargfirullahal'adzim.
Moga Allah ampuni segala dosa-dosa kita.
Moga Allah ampuni setiap gerak hati kita, tingkah laku kita yang mungkin sudah melampaui batas tanpa kita sedar.
I have one question.
Answer me.
"Adakah anda merasakan bahawa ujian anda sangat besar?"
Ok tu je. Kita akhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr.
Eh rilek dulu. Jangan la rasa down dengan soalan tu.
Terkadang aku tersentuh dengan rintihan demi rintihan insan di sekeliling.
"Anak mak cik sakit buah pinggang dik. Kenapa lah Allah turunkan benda ni kat kami sekeluarga?"
"Orang semua tak sayang aku. Kawan-kawan aku semua tinggalkan aku. Masa senang kata kawan. Masa susah, semua hilang. Tu ke kawan?"
"Hidup ini melelahkan aku dan jiwaku.."
Sedih aku dengar. Lagi sedih lagi sebab nya aku pun selalu je merintih macam kat atas tu. Aduhai. Bila difikirkan balik, terasa malu pulak. Keluhan itu kedengaran macam biasa bukan? Err. Tapi bila difikirkan balik, keluhan demi keluhan tu seakan-akan kita tidak redha dengan apa yang Allah bagi.
Allah bagi rasa susah, seharusnya untuk kita rasa senang, kita akan minta kepada Allah.
Tapi sebaliknya, setiap kesusahan yang mendatang, membuatkan kita bertindak seolah-olah Allah yang bersalah.
Pastu satu hal lagi. Apabila manusia menjauh dari kita, mula lah cakap itu dan ini.
Mau dengar satu cerita?
Tak nak dengar pun aku mau cerita juga.
Satu ketika dulu, ada satu manusia ini. Ketika tubuhnya sihat, ramai kawan di sisi. Ketika kuasa digenggaman, ramai yang menabur janji. Ramai yang mahu menemani. Ke mana sahaja pergi, dia dikenali. Akhirnya hati mula didekati penyakit tanpa disedari.
Namun, kuasa Allah lebih besar. Dia kehilangan satu persatu. Gugur sedikit demi sedikit benda-benda yang dulu menjadi kebanggaan di hati.
Hinggalah akhirnya dia hilang segalanya termasuklah semangat untuknya hidup.
Di saat itulah, dia keseorangan. Dia meraba-raba di dalam kegelapan. Tiada teman, tiada apa-apa. Namun hatinya mendambakan peneman.
Subhanallah. Kuasa Ilahi.
Diberikan hidayah sebagai ganti.
Al-Quran yang indah menemani setiap hari.
Jika dulu dia seorang, namun kini dia mula memahami.
Bahawa hidup bukanlah sekadar yang indah seindah pelangi.
Namun hakikat hidup, harus ada Allah di hati.
Sedikit demi sedikit, dia mula rasa sesuatu.
Sesuatu yang selama ini dicari, telahpun ditemui.
Dunia yang seakan kelam kini kembali bercahaya.
Wajah yang dulunya muram kini kembali ceria.
Allah.
Allah.
Allah.
Point yang aku mau highlight di sini adalah pandanglah dunia dengan kacamata akhirat.
Ndak faham ya?
Kita ni, sebelum buat sesuatu, kalau lah kita boleh bayangkan effectnya akan buat kita masuk syurga atau neraka, pasti kehidupan kita lebih terkawal. Pasti kita tidak akan menjadi manusia yang melampaui batas.
Pasti kita akan jauhi maksiat sedaya upaya.
Pasti kita akan fikir redha Allah yang nombor satu.
Dan satu lagi. Pesanan ikhlas dari hati nurani.
Kalaulah ketika ini, kalian rasa kalian sorang-sorang, percayalah. Allah sedang rindu kepadamu. Dia rindukan rintihanmu kepada Dia. Allah juga mahukan perhatian.
Allah bagi 24 jam. Manusia ini sifatnya tak tahu malu sikit. Kalau boleh, 24 jam tu mahu disibukkan dengan urusan dunia. Sedangkan Allah itu terus terusan menunggu hambaNya tanpa jemu.
Allahu!
Kepada semua, ingatlah. Dunia ini memang fitnah. Fitnah bermaksud ujian. Allah uji pula mengikut kemampuan kita. Allah tak zalim tau. Bila Allah bagi, itu bermaksud kita mampu hadapi.
Tahajud. Tu antara ubat yang paling kuat. Kalah ubat doktor. Someone said :
The du'a made in Tahajud, is like an arrow that doesn't miss its targets.
Nah. Jika begitu, kenapa mau sedih lagi?
Sapu air mata. Bangun. Bukak al-Quran. Biarlah tak ada orang di sisi, asalkan bukan Allah yang tinggalkan kita.
Ujian tu hadiah dari Allah. Ibarat baju yang kena lumpur pekat,kotor bukan? So ujian ni ibarat klorok(cecair peluntur yang kuat).
Allah mau hamba-hambaNya bertemu Dia dalam keadaan bersih dari noda.
:)
Epilog.
"Uda. Tolong bukak tafsir Quran. Pilihkan pape ayat yang sesuai untuk along."
"98:7. Hope along okay. "
"Ok. Thanks uda."
Bila ku sedari, rupa-rupanya Allah menyayangi diri ini.
Wallahua'lam.
#di sebalik setiap kesusahan, pasti ada kemudahan.
#boleh nampak bayang pelangi tak? Eheh!
#hentikan keluhan, tingkatkan kesabaran.
#moga Allah redha.

Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^