C.E.M.B.U.R.U

Bismillahirrahmannirrahim

Let me ask you.

Pernah rasa cemburu tak?

*kalau tak pernah macam tipu je..ekeke.


Pernah tak rasa cemburu tengok harta orang lain?
Pernah tak rasa cemburu dengan kecantikan orang lain?
Pernah tak rasa geram dengan kepandaian orang lain?
Pernah tak rasa cemburu dengan kebaikan orang lain?
Pernah tak cemburu dengan mak usrah orang lain?
Pernah tak cemburu dengan usrahmate sendiri?

*na..na..na..na..

Orang punya itu, kita tiada.
Orang punya ini, juga kita tiada.
Kalau boleh, apa yang orang ada, semua kita nak ada juga.

Gotcha!


Aku pun cemburu juga.
Aku cemburu dengan orang yang boleh makan NASI....
Seriously!

Erm. Sebenarnya kan, nak tau something tak?
Once, someone told me.

Apa yang Allah bagi, tak pernah tersilap.

*garu kepala. Err..contoh?*

Ok. Contohnya.

Ada orang Allah bagi kaya.
Ada orang Allah bagi cantik.
Ada orang yang Allah kurniakan dia pangkat.
Ada yang jelas kesolehan terpancar kat muka( ni pun ada orang cemburu kan. Ahah)

Allah akan bagi sebagai ujian.
Cantik ujian, kurang cantik pun ujian.
Berharta ujian, miskin pun ujian.

Dan Allah akan bagi kepada orang yang layak dan pada masa yang tepat. Allah tak pernah tersilap lah senang kata.

Jadi, janganlah terlalu cemburu. Allah bagi apa yang kita perlu dan tak semestinya apa yang kita mahu.

Ada benda yang kita rasa baik untuk kita, rupanya Allah tahu ada yang lagi baik sebenarnya.

Contoh macam kes aku la.
Kalau aku tak sakit macam ni, sape pulak nak tolong habiskan stok beras basmati kat Econsave tu? Haha.

So apa nak risau?
Rezeki masing-masing memang dah tetap.

Yang lebih penting, risaukan lah tentang imanmu.
Sejauh mana engkau percaya Allah Maha Berkuasa?
Sejauh mana engkau percaya Allah sentiasa beri yang terbaik untuk kita?

Bak kata Siti Nurhaliza,

"PERCAYALAHHHHH!"

Usah runsing. Nak cemburu sangat ni, kalau menambah iman it's ok. Tapi kalau sampai menyesakkan dada, melemahkan jiwa, please. Move on.

Allah kata kalau kita bersyukur, Allah akan tambah lagi.

Ha gitu....

Konklusi : Mantapkanlah keimananmu terhadap Penciptamu.
Sungguh, Dia lebih tahu.

^_^

#bahagia itu adalah.....apabila kita jadi hamba yang  bersyukur.


Comments

Post a Comment

May Allah bless ^_^

Popular Posts