C>I>N>T>A
Dengan menyebut namaMu Ya Illahi Rabbi.
C - Cari
I - Intai
N - Nanti
T - Tak sabar
A - Aku cinta Kamu!
Orang kalau tengah angau, mesti dia akan tercari-cari..
Sentiasa mengintai-intai peluang untuk bertemu..
Malah sentiasa ternanti-nanti untuk bersua..
Setiap ketika terasa tidak sabar untuk berjumpa..
Akhirnya, hingga terucaplah kalimah keramat ' Aku Cinta Kamu!'
Allahu!
Susah nak didik rasa cinta kepadaMu.
“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik. Katakanlah, “Maukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?” Bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta ridha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya.”
QS Ali Imran : 14-15
Allah..Allah..Allah...
Banyak bebenor ujian as stated above...huhu..
Wanita..Takhta..Harta..
Tudia pakej 3 in 1 yang selalunya membelenggu kita daripada mencintai Dia setulusnya.
Aiyyo mak. Aku ni cukup jelus kalau tengok orang yang boleh ibadah dengan penuh istiqamah.
Bagai boleh terlihat sinar iman di wajahnya. Perasan tak, ada certain orang yang wajahnya redup je. Sejuk mata memandang. Sampaikan kita pun terasa segan/malu nak buat jahat depan dia. Wahaha. Aku tak tipu ea. (kat Allah tak malu pulak tu..ades hajar ni laa...)
Walaubagaimanapun, cemburu saya berasas tau. Kita dibenarkan untuk cemburu..tak caye?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah SWT berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia".
Maksudnya, kita boleh cemburu, tapi yang positif la. Yang boleh buat kita buat lebih ihsan dalam amal kita, yang lebih buat kita lebih bersungguh-sungguh jadi running man/ running women yang diredhai. Ahah.
Jadi, ayuh terus berlari. Madrasah Ramadhan kali ini terasa begitu pantas berlalu. Sayu terasa. Sebelum ni takde la feehling sayu sangat. Teringat kata2 murabbi ketika Ramadhan hampir tiba dahulu.
"Carilah sesuatu yang boleh menyebabkan Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding 21 tahun sebelum ni. Kalau masih belum berjumpa sebab untuk kita mencintai bulan Ramadhan, cepat-cepat cari.."
Dan sesungguhnya aku termangu-mangu. Cari sebab? Erk!
Clueless.
Hopeless.
Speechless.
Segala yang less tu lah aku rasa.
But then, i tried. Find out, Work out. Betul-betul nak cari sesuatu kelainan untuk Ramadhan kali ni.
Selepas dah tak tahu nak buat apa sangat, maka aku pun berdoa. Tu je yang terfikir kat dalam kepala. Allah, tunjukkan aku jalan untuk bertemu dengan chentaMu!
Doa dipanjat, diulang dari masa ke masa. Khuatir juga. Ketika tu Ramadhan hanya tinggal beberapa ketika saja lagi. Dalam pada itu, terselit jugak rasa risau. Al maklumlah, setahun nikmat berpuasa aku ditarik! Sungguh. Aku langsung tak boleh nak berpuasa. Sedih.
Namun alhamdulillah.
Allah berfirman: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"
(Al-Baqarah 2:186)
Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, mereka mencintainya seperti mencintai Allah[14]. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan semuanya milik Allah dan bahwa Allah sangat berat siksa-Nya (niscaya mereka menyesal).
(Al-Baqarah 2: 165)
Allah Maha Mendengar. Allah Maha Mengetahui. Allah lah Pencipta Cinta. Allah yang Paling Hebat Cintanya.
#berbunga-bunga lebih sikit malam ni. Amik feel dah nak 10 malam terakhir ni. Biiznillah.
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^