Have Faith!

Prolog~~~

Dah lama tak bermain dengan kertas kerja.
Paper work and bla bla.
Ohh..berat nanang ni.
Bila orang mintak consult, lidah kelu dua saat.



"Err..nak cakap apa ea?"

Lost. Seriously blur.
2 tahun dah bersara.
Idea dah beku!
Kertas kerja pun dah jadi sarang labah-labah.

Elok je mengenang kata2,
'Bila kita mudahkan kerja orang, Allah akan mudahkan jalan kita'
Kasihan kpd yg berharap.
InshaAllah.
Tak banyak pun, tolong sikit mana yg boleh.
Go!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah selesai meneliti kertas kerja junior, pandangan mata ditala tembus ke belakang komputer.

Planner!



Tak pulak aku ingat sejak bila aku pandai guna planner. Tapi aku pegang satu benda.

'If you fail to plan, u plan to fail.'

"Next week appointment doktor..next two weeks submit proposal project..ya Allah..biiznillah!"

Ada benda yang kita boleh catat dalam planner.
Ada benda yg kita tak mampu nak tulis pun.

Contoh?

Tarikh mati!

Anda tahu? Tak kan?
Me too.

Bila Allah dah bagi peluang kedua utk hidup ni, terasa seperti tiada satu saat pun yg ingin dibazirkan.

Namun, aku juga manusia biasa.
Terkadang jatuh, 'terhantuk' lalu tengadah lagi.
Dan buat yang ke sekian kalinya, aku insaf lagi.
Insafi diri jika ini peluang terakhir.
Jika saat ini saat yg terakhir.

Ada yg datang bertanya.

"You look happier. I guess you are already recover from your case before?"

Aku nak jawab apa?
Alah bisa, tegal biasa.
Sekali diuji, memang sakit.
Dua kali diuji, ah sakit lagi.
Namun semakin kuat berdiri.
Kerana keyakinan bahawa Dia di sisi.
Sentiasa menemani tanpa waktu cuti.

Apa nak dirisaukan lagi?
Hidup mati benda yg pasti.

Nak resepi hidup gembira?
Here it is.


Berikanlah kegembiraan kepada orang di sekelilingmu dengan senyuman dan doa tulusmu. 

Iya. Kita juga punya masalah yg tak seorang pun memahaminya.

Tapi jangan jadikan alasan utk kita tidak tersenyum lagi.

Lihat saja kepada junjungan besar Nabi kita.
Nabi Muhammad SAW.

Kalau rasa nak compare masalah, kita boleh compare dengan Nabi kita.

Masalah baginda besar-besar semuanya.
Baginda pernah bersedihkah?
Iya. Pernah bersedih.

Namun baginda berputus asa kah?
Tidak.

Baginda Nabi mengajar kita untuk terus bangkit bersama keyakinan bahawa Allah sahaja sebaik-baik penolong. 

Hasbunallahu wanikmal wakeel!

ata-kata awal As-Syahid Sayyid Qutb di dalam muqaddimah fi zilalil qurannya;

Hidup di bawah bayangan Al-Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku kenikmatan hidup di bawah bayangan Al-Quran selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nikmat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu nikmat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.

Di p

Have faith Hajar!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Epilog~~

"Hafa, Dr Raja kata kita kena carik 'a shoulder to cry on' dan dia mentioned nama hafa.."

"Apa? Nak bahu aku? Nah amik ni bahu aku...!"

Haha. Bertuah punya roomate.

Thanks Allah for all these nikmat.

Betul kata Dr.

Aku diuji begini, namun Allah hadiahkan ramai insan baik di sekeliling.

Nikmat tak terbanding!

Bersaksilah bahawa sesungguhnya hambaMu yg kerdil ini sedang berjuang di dalam kesabaran dan keimanan.

*smile*



Comments

Popular Posts