The Great Day

Bismillahirrahmannirrahim.

Long time no see right?
I was very busy for this month. I don't have enough time to write in this blog. I have many ideas, but Allah don't give me chance. Hehe.

Pagi ni, terasa bosan. Kepala dah menyusun satu perkara demi satu perkara.
Maka, aku set kan jadual aku macam ni:

1-pagi buat sarapan kegemaran(jemput2)
2-lepas makan, sambung jahit baju bridesmaid(lagi 3 minggu nak pakai, tapi tak siap2)
3-basuh baju(2 pasang baju kurung yg baru amik dari tukang jahit semalam)
4-masak utk makan tengahari(nak siakap 3 rasa jugak even ayah dgn ibu takde tengahari ni)
5-kemas(utk balik utm)

So, perancangan pertama dan ketiga berjalan dengan lancar!
Alhamdulillah.

Masuk plan kedua tu, berkecai harapan nak makan siakap tiga rasa.

Lepas siap jemur baju, dapat misscall dari ayah. Pastu, En Suliman bilang, aku perlu membantunya di dewan. Staff program tak cukup.

Penat aku bagi alasan. Konon nak kemas, tak siap lagi la. Dan akhirnya, alasan tak diterima. Maka, aku bersiap dengan kelajuan 10 meter per jam, kemas dapur, mandi, capai baju, dhuha and done.

Nasib la ada baju hijau epal kat rumah tu. Elok je kena dgn warna tema haritu. Ayah dengan ibu memang pakai baju korporat deme la kan.

So, bermula lah tugas aku sebagai urus setia tak bertauliah!

Erm. Aku tak sangka sangat, akan berdepan dengan banyak situasi dan bermain dengan emosi hari ni.

1. Seorang Melayu, belum berkahwin, dan pernah terlanjur. (Aku sentap!)

2. Seorang warganegara Nepal, pernah berkahwin, hampir 10 tahun di Malaysia, dah masuk Islam, kemudian bercerai dengan isterinya kerana she refused to revert, dan wajahnya sangat tenang. (Aku reflect diri aku balik)

3. Aku lulus untuk derma darah!
(MasyaAllah. Tak sangka! Berkat dorongan dan kata2 semangat dari kawan2 ayah yg jugak dah macam ayah aku)

MasyaAllah. Aku tak tau la. Aku tak sangka langsung yg Allah akan bagi satu hari punya pengalaman yg sangat berharga.

Nak nangis ada, senyum ada, gelak ada, letih, confirm la ada. Satgi tinggal sorong bantal, and sleep.

Ayah dengan ibu dah warning siap2.
Makan tetap masa, tidur jangan lewat, jangan stress. Makan yg berkhasiat sebab nak ganti darah yg dah hilang dlm badan.
Haha. Terasa macam budak kecik pulak.

Aku mampu senyum je la dengar pesanan2 tu. Baiklah ayah. Baiklah ibu!

Along yg berkhidmat utk umat!

:)


Comments

Popular Posts