Dilema Tawakal : Manjakan Diri vs Keperluan




Bismillahirrahmannirrahim...





Alhamdulillah. Syukur sepenuhnya kepada Allah. Diuji lagi buat kesekian kalinya, dan berusaha mengutip ibrah daripada Yang Maha Esa.

Cuti MC selama 3 hari bukan sesuatu yang menyeronokkan. Penulisan tesis tergendala seketika. Kerja-kerja untuk En Hanif dah terpaksa diberhentikan seketika dek kerana mata yang tak tahan nak pandang cahaya lappy.

Apa boleh buat? Alhamdulillah la hari ni mampu bangun, gi check doktor. Yelah, Antibody dah la turun menjunam, virus semakin mengarut-ngarut sekarang ni, sebelum berjangkit dengan sesapa, baiklah gi check apa yang patut. Alhamdulillah. Nothing bad. Cuma suhu tinggi sikit dan bengkak sikit-sikit. Oh ye. Kena berkorban stop makan benda2 yang ada caffeine untuk dua bulan. Babai la teh...babai la kopi...dan babai coklat juga...

Hmm~~~

Oh ye. Disebabkan baring dan tidur itu adalah sesuatu yang membosankan, maka menulis dan membaca saya pilih. (kang dah nak pengsan baru la baring balik. haha)

"The bad thing about mild flu is that it produces unsaturated mucus which is very frustating when it's time to sneezing it out. The liquid wouldn't come out as much as it is felt to be inside and if it does, it sluggishly drips down straight to your mouth, makes you look like a 5 years old kid who'd lost his parents in Tesco. Due to gravity, the flu would unnoticeable come out of the nostrils every time i sit down and do my work. I was afraid that mass flood like the one hits Kedah and Kelantan could happen here, due to the mucus secretion, as a saying goes 'slow can blow'. What more, our firemen are not trained to rescue people in cohesive flood. So i lied down doing everything facing the ceiling." (Mat Lutfi, 2015)

Hadoi la mat lutfi. Habis teori graviti tu rosak dek kerana mucus. Haha. I feel you now Mat. Sesekali selsema, teruk jugak penangannya!


Ok now let us continue.


Ayah kata saya ni 'kembar buku'
Siapa kat sini ada konflik iaitu "Tawakal tu macam mana ea?"

"Kalau takgi jumpa doktor, minum air banyak2, makan panadol yang ada dalam bilik, pastu tak mintak MC kat doktor tu kira sebagai tawakal tak?

"Kalau tak makan ubat sebab saya rasa saya ok je, saya yakin Allah yang menyembuhkan saya bukannya ubat atau doktor, cukup ke saya bertawakal kepada Allah?"

Heyyaaa...inilah situasi saya dulu. Waktu mula2 sakit, saya jadik macam culture shock la jugak.
Perasaan waktu tu macam pasrah je. And it was like,

"God, let me die.."

Pastu baring, telan ubat tahan sakit Tramadol tu, dan berharap semoga saya tidur dan terus tak bangun-bangun. Dan sumpah saya cakap, itu bukanlah perangai orang yang beriman. Don't do this at home!

Tawakal tu bukan macam tu.

Dah terang-terang Allah ulang dua kali. Bukan sekali tau. Tapi dua kali. Eh girls and boys, if your partner says "I love you" tetiba kat awak, mesti awak akan acah-acah terkejut pastu cakap, "Apa dia? Saya tak dengar, boleh awak ulang balik?" Padahal korang nak dengar sekali lagi kan sebab teruja kan? Oh sooo sukrosa!!!

Ahaha. My jargon isn't that good. Sory. Tapi dalam surah Al-Insyirah (surah ke 94 dalam al-Quran) benda tu la yang Allah lakukan. Bukan sekali tapi dua kali Allah bagitau.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Dan Allah ulang lagi sekali,

"(Sekali lagi ditegaskan), bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Guys,,dua kali tu Allah ulang. Kalau melihat kepada asbabun nuzul ayat ini, Anas bin Malik menyatakan, suatu hari, Rasulullah SAW sedang duduk di keliling batu. Lalu beliau berkata, "Sekiranya datang kesukaran sehingga batu ini masuk ke tanah, pasti akan datang kemudahan sehingga ia masuk ke dalam dan mengeluarkannya (batu itu)." Lalu Allah pun menurunkan ayat ini.

Hasan Al-Basri pula menyatakan ketika ayat ini turun, Rasulullah SAW berkata,"Bergembiralah apabila datang kepada kamu kemudahan. Satu kesukaran itu tidak akan mengalahkan dua kesukaran."
(dilaporkan oleh Ibnu Jarir al-Tabari)

Ibnu Rajab al Hambali rahimahullah berkata, "Jika kesempitan itu semakin sulit dan semakin berat, maka seorang hamba jadi putus asa. Demikianlah keadaan hamba ketika tidak bisa keluar dari kesulitan. Ketika itu, ia pun menggantungkan hatinya pada Allah semata. Akhirnya ia pun bertawakal pada-Nya. Tawakal inilah yang menjadi sebab keluar dari kesempitan yang ada."

Janji Allah dalam surah Ath-Tholaq ayat 3 inshaAllah benar.

Tawakal itu adalah meletakkan sepenuh pengharapan kita kepada Allah semata, namun dalam masa yang sama kita berusaha sebaik-baiknya untuk keluar dari belenggu masalah tersebut.

Dua tahun lalu, bila doktor sebut perkataan  'KANSER'  hancur luluh hati saya.
Siapa tak kenal benda ni kan? Siapa tak takut dengan benda ni kan?
Dan bila doktor cakap risiko untuk saya kena benda ni tinggi (time tu lah tinggi) dan susah untuk dikesan, itu membuatkan saya tak senang duduk. Takde angin takde ribut tetiba je doktor cerita pasal benda ni. Walhal sebelum ni saya tau je bahawa sejak kecik, semua orang ada sel kanser cuma sel dia aktif ke tak, tu bezanya.

Siapa pun akan panik bila tiba-tiba doktor sebut pasal kanser kan? Time tu otak dah mereng 5 darjah dah. Nak fikir secara rasional jauh sekali. Yang ada dalam hati cuma terbayang, "Oh mannn...i will die!"

Haha. Kelakar, Tu memang kelakar. Time check up, bila doktor kata jaga pemakanan, jaga gaya hidup, elakkan stress, jangan fikir sangat, Ahhhh....time tu semua benda dah tak boleh fikir. Dalam hati ni menjerit kuat-kuat,

"Diam lah doktor. Doktor tak rasa apa yang saya rasa, so you better shut up."

Lol.

Setiap kali check up, saya tak bagi mak ayah ikut masuk jumpa doktor. Cehhh konon-konon kuat sangat la kan. Nak kuat sorang-sorang la kononnya. Haha. Balik check up dapat ubat, tak makan. Gaya macam dah pasrah habis la tu. hmmm~~

Entah lah. Sangat cantik aturan Allah ni.  Dalam masa dua tahun ni jugak, Allah jumpakan macam-macam pesakit kat hospital. Dulu benci bau hospital. Benci masuk emergency room sebab seramm, benci naik ambulans sebab ambulans tu laju giler. Kalau dua tahun dulu, saya seorang manusia yang lemah segala-galanya, kini alhamdulillah. At least, sekarang dah boleh dengar nasihat doktor, makan ubat yang diberi since tau satu ubat tu harga dia dua ratus ringgit. Ahah. I love my better me.

Apa yang buat saya terus kuat adalah pesakit-pesakit di hospital tu jugak. It is a good therapy when u have a conversation with other patient. Yang datang kat hospital pakar tu bukan calang-calang kes. Ada yang badannya dah ditebuk dua kali, ada yang kena kanser tahap 4, muka pucat, tapi yang menariknya mereka ni masih mampu tersenyum. 

Doktor yang menasihatkan saya agar banyak berbual dengan mereka yang 'sejenis' dengan kita. Maksudnya yang sama-sama sakit. Dan antara adab bila nak bercakap dengan orang sakit adalah ucapkan kata-kata yang elok dan bukan menjatuhkan semangatnya. Maka, walaupun ketika itu kita sedang sakit, namun bila berhadapan dengan mereka yang lebih sakit, kita hendaklah sembunyikan sakit kita seketika, tunjukkan wajah yang manis agar mereka ini berasa lebih disantuni.

Dan alhamdulillah. Cara ini berkesan. Bila banyak berbual dengan mereka, saya menjadi manusia yang lebih bersyukur. Ya Allah. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya  saya masih muda. Antibodi masih kuat untuk melawan penyakit. Saya patut bersyukur sebab masih boleh study sehingga ke saat ini dan saya punya ramai keluarga dan teman yang banyak memberi sokongan.

Entahlah. Hanya yang pernah jatuh, benar-benar jatuh akan tahu betapa susahnya untuk bangkit kembali. Untuk senyum dengan ikhlas itu sukar untuk mereka yang hanya kenal menangis.

Ibu selalu mendoakan saya. Dia selalu ulang-ulang ayat ni,

"Along sihatlah. Along dah tak sakit."

Saya hanya mampu senyum. Itulah doa seorang ibu.


Waiting for me to eat them. lalala~~~~




Ada beza di antara 'manjakan diri' dengan 'keperluan'. Ada masa kita memang perlu jumpa doktor, jadi jumpalah. Ada masa kita perlu makan ubat supaya badan lebih sihat dan dapat pergi kelas, maka makanlah. Ada waktu yang kita tak boleh layan sangat sakit kita, jadi jangan layan sangat. 

Satu sifir yang saya belajar dari akhwaties yang sakit teruk juga, katanya,
"Jika sakit tu sampai tak boleh nak jumpa dengan adik-adik usrah, maka kena lah sembuh cepat. Jika makan ubat tu membuatkan awak sihat dan dapat join program, maka makan la ubat tu. Dan berbuatlah sehingga Allah sahaja yang akan memberhentikan kamu."

Kalau still dalam dilema jugak untuk tentukan yang mana satu 'manja' dan yang mana satu 'keperluan', maka mintaklah petunjuk dari Allah supaya kita tak tersilap mengambil tindakan. Harus diingat bahawa badan pun ada haknya yang kita kena jaga. Umat juga ada haknya yang kita perlu tunaikan. Kalau kita tak sihat, banyak benda yang akan tergendala.

Sebab tu lah tawakal tu penting. Bila kita buat sesuatu dan meletakkan pergantungan kat Allah, maka pasti Allah akan mengirimkan bantuannya kepada kita dalam apa jua cara. Mungkin melalui nasihat doktor, mungkin juga melalui ubat or supplement yang kita ambil atau mungkin dengan mendengar kisah-kisah mereka yang lebih dasyat ujiannya berbanding kita.

Banyak cara sebenarnya. Elakkan bergantung kepada manusia kerana hal itu akan mengecewakan kita. Ubat, doktor, supplement, kawan, keluarga, itu hanyalah perantara dari Allah kepada kita. Saya sudah beransur sembuh. Anda juga mampu sembuh. Hehe. Syafakillah untuk anda yang sedang diuji dengan kesakitan. 

Don't rely on people but rely to Allah!

:)



selepas menulis panjang berjela, saya masih berfikir, perlu ke untuk saya post benda ni kat fb? haha, nantilah! Masa untuk makan dan makan ubat! One-shot 7 ubat kena habiskan dalam satu masa. Fuuhh!!!


Comments

Popular Posts