Living in The Shadow
Sekarang ni ada satu perasaan yg macam tak nak buat semua benda.
Benda baik ke benda buruk ke, semua lah.
Tak nak.
Orang bercerita, aku memilih untuk senyap.
Orang berstory mory, aku pandang bulan.
Dalam kelas, orang lain berselfie, aku pandang buku.
Entah lah.
Minat aku bukan di sini.
Cinta aku bukan di sini.
Jasadku mungkin di hadapan kalian.
Senyum mungkin terukir untuk kalian.
Namun.
Hati aku jauh terbang berlari-lari.
Syukur saja bangunan fakulti sains di tingkat 4 terletak di kawasan yg strategik.
Seronok bila duduk bersidai di tepi2, sambil melihat keindahan alam.
Bukit2 dan pohon hijau menenangkan mata yg memandang.
Ingin sekali aku menjerit kepada pohon2 itu bahawa ini bukan duniaku.
Aku tidak merasakan hidup di dunia suatu kehidupan yg indah buat masa ini.
Aku tak rasa gembira.
Yg ada cuma rasa menanti.
Sakit menanti waktu kembaliNya jasad dan hati kepada Dia Pemilik diri.
Bukanlah bermaksud aku meminta mati.
Cuma jauh di sudut hati, aku seperti ingin membawa diri.
Terkadang rasa diri seperti tiada fungsi.
Senyum yg terukir di bibir seolah tiada lagi seri.
Baju dan persalinan indah yg dipakai sekadar menutup diri.
Tiadalagi rasa teruja untuk meneruskan kehidupan sehari-hari seperti dulu.
Meaningless or meaningful?
We choose?
Yeah. That is our choice.
Allah.
Beratnya terasa di pundak untuk terus memegang tugas sebagai abid dan khalifahMu di muka bumi ini Tuhan.
Berat di dalam dada ini tak terluah dek kata-kata.
Terkadang terbit keluhan di bibir.
Seolah aku tidak bersyukur dengan nikmat usia yg Allah kurniakan.
Biarlah seri wajahku ditarik kerana sakit,
Tetapi Ya Allah,
Janganlah Engkau menarik himmahku untuk terus menjalankan tanggungjawab khalifah dan abid di bumiMu.
Berikan diri ini kekuatan untuk terus menyeru manusia ke arah kebenaran.
Berikanlah hidayah dan taufiq kepadaku.
Dan berikanlah aku peluang untuk menunjukkan bukti rasa cintaku terhadapMu.
Hidupkanku dalam iman dan matikanlah aku dalam iman.
Amin.
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^