Come Closer to Him
Bismillahirrahmannirrahim.
Allah.
Di saat ini, setiap malam diriku runsing.
Tarbiyah diri semakin teruji.
Seperti terngiang-ngiang taujihan tentang tarbiyah dzatiyah yang diberi kepada adik-adik.
Adikku, sekiranya engkau tahu bahawa diri ini juga sedang tidak mampu, pasti kau akan tidak percaya.
Percayalah. Di saat aku sedang memberi nasihat kepadamu, itu adalah untuk diriku sendiri.
Iman diri ini senipis kulit bawang.
Jika dikupas atau terkupas, sudah terluka.
Terbuka dan terus nampak isinya.
Begitu jugalah imanku ketika ini.
Aku juga tak kuat.
Ketika ini, saudara-saudaraku sedang enak berdaurah.
Dan aku di sini setiap malam tak mampu melelapkan mata.
Memikirkan betapa Allah menguji segala kata-kata.
Dia memang mahukan bukti yang kita benar-benar mahu berbuat.
Susah hati.
Bagaimana dengan tarbiyah dirimu hajar?
Ku buka lembaran-lembaran lama.
Catatan demi catatan.
Tulisan demi tulisan.
Nota demi nota.
Setiap satunya tercatat sekali suatu perasaan yang tak mampu dilihat namun dapat dirasa oleh hati.
Kerinduan yang amat-amat mencengkam.
Merindui saat usrah itu menjadi seolah-olah makanan ruji.
Tak dapat sehari rasa macam nak mati.
Kini, segalanya menjadi pilihan.
Jauh.
Secara fisiknya kau sedang jauh.
Namun carilah hatimu.
Jika benar semuanya adalah kerana Allah, maka jiwamu sebenarnya dekat sekali.
Tidak pernah jauh jiwa-jiwa insan yang beriman.
Perasaannya, jiwanya, kecintaannya, keimanannya, kesabarannya saling berhubung dengan utuh sekali.
Disambung oleh tali-tali Allah yang langsung tidak rapuh.
La tahzan.
Innallaha ma'ana.
Ingat satu hal.
Kadangkala kita rasa Tuhan sedang menjauh dari kita.
Namun ingatlah.
Sebenarnya kita harus melihat kembali diri kita.
Diakah yang menjauh atau kita yang semakin menjauh dari Dia?
Muhasabah diri.
Kuatkan dirimu.
Kumpulkan kekuatan itu kembali.
Kamu tahu bukan bahawa Allah itu dekat?
Lantas Dia mengkabulkan segala permintaan hamba-hambaNya?
Lalu apa lagi?
Mintalah kepadaNya.
Mintalah untuk tsabat sehingga ke syurga firdausiNya.
Jangan malu untuk meminta kepadaNya.
Kerana sememangnya hanya Dia sebaik-baik tempat untuk kita sembah dan Dia sebaik-baik Penolong.
Memang kita pendosa.
Kalau dikira dosa, memang malu dah untuk meminta-minta.
Namun jangan pernah berputus asa.
Kerana Allah tidak pernah berputus asa dengan hamba-hambaNya.
Jangan bersedih wahai diri.
Carilah hatimu.
Betulkan kecintaanmu.
Rendahkan hatimu.
Jadi sebenar-benar hamba.
Buang egomu.
Allah sentiasa menantikan kedatanganmu.
Allah sentiasa ada untuk mendengar pengaduanmu.
Allah rindukan rintihanmu.
Kembalilah kepada Dia secepatnya.
Sebelum kita kembali dalam keadaan Allah yang memaksa.
Asal kita dari Allah dan kita memang akan kembali kepada Allah jua.
Kembali dengan penuh kecintaan itu lebih indah berbanding kembali dalam keterpaksaan.
:)

Bonusss! Kerna perasaan kita saat ini hampir sama. Pada mengingat saat usrah menjadi jadual kehidupan. Namun bila brjauhan, perlu 'berusrah' kan diri dgn mncari sndiri. Syukran kaklong
ReplyDeleteTanpa kita sedari, ada nilai tarbiyyah dalam penyesalan tu...tapi sebab iman memberontak, nak buat lebih, kita akan rasa kurang...perlukan lebih pembuktian dan amal, jzkk atas tazkirah :)قل امنت
ReplyDeleteبالله ثم استقم