Semua Ini Hanyalah Dunia
"Sorang je dik?"
Soalan wajib mak rah kepada saya setiap kali saya lunch di kafe.
"Erm..sorang je mak rah.."
"Sorang tapi kunci kereta banyak ni.."
Saya senyum saja. Mata ditala ke arah kunci kereta di sebelah pinggan. Ditugaskan untuk menjaga kenderaan yang ada, terasa berat jugak dada.
"Ni kereta siapa la besar-besar bersusun kat depan ni?"
"Oh tu. Erm.. Bos saya punya mak rah.."
"Oh la ye ke..mana bos kamu hajar?"
"Sekarang ni dia tak ada. Outstation mak rah.."
"Uii..besar-besar kereta...diorang ni nama je contractor kan? Tapi kalau tengok gaya tak nampak macam contractor langsung. Macam orang biasa je.."
Saya terus makan. Memberi peluang mak rah berbicara. Saya ralit memerhatikan gayanya bercakap yang persis arwah nenek saya.
Mak rah menyambung lagi dengan wajah penuh keterujaan.
"Mak rah tengok, bos-bos kat sini tak kisah pun orangnya. Ada sekali tu. Makanan kat kafe ni dah habis. Lepas tu sorang bos ni datang. Dia kata makan nasi putih dengan sambal belacan pun takpe..asalkan ada makanan dia bersyukur.."
Aku senyum lagi. Betul. Sangat betul apa yang mak rah kata.
It such a blessing when Allah put me among them. Humble!
Sampai kat office, saya terus mesej bos.
"Bos, mak rah bising kereta bersusun depan kafe dia..tapi jangan salah faham. Dia bukan marah bos. Actually, she was quite impressed with that.."
"Harta dunia semuanya.." -bos-
Senang je jawapannya.
Aku senyum lagi buat sekian kalinya.
Sungguh lah, Allah beri ujian mengikut kemampuan hambanya.
Senang tu ujian, susah juga ujian.
Ada orang tak mampu bertahan di waktu diuji dengan senang, lalu alpa dan mendabik dada. Ada juga yang tak mampu bertahan dengan ujian kesusahan lalu hidup dalam keluh kesah dan berputus asa.
Just remember one thing.
Letak dunia di tangan agar mudah dilepaskan bila-bila masa sahaja.
Letak akhirat di dada, kelak dunia berlari mengejar kita.
Dunia tu dah tua lah. Apa ada kalau nak kejar sangat pun.
Dunia kan fatamorgana.
Nampak macam ada depan mata, rupa-rupanya tipu je.
Jadi, jangan tertipu dengan dunia.
Dunia tu kalau diibaratkan macam usia manusia la kan, agaknya dah kerepot entah macam mana la. Eeuww! (Ceh tau geli. Walhal tu la punca orang selalu berbalah!)
Berebut-rebutlah mengejar akhirat. Berlumba-lumbalah dalam menegakkan kebenaran.
Syurga itu benar. Neraka itu benar. Mati itu benar.
Sama-samalah kita terus berdoa semoga Allah tetapkan hati dalam keimanan dan ketaqwaan kepada Allah yang Maha Kaya.
"Ya muqallibal qulub..tsabbit qulubana ala diniq..wa'ala tho'atiq..!"
Amin ya Rabb..
:)
P/s Dah lama tak post panjang-panjang. Nak tulis blog tak sempat. Tapi hari ni rasa rajin sikit sebab tadi dapat makanan free. So mungkin kandungan ATP dalam badan terlebih, maka saya salurkan untuk menulis panjang-panjang petang ni. Haha. Alhamdulillah!
#mencariibrah
#tarbiyahwaktulunch
#murahrezekiharini
#Alhamdulillah

Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^