Zikrullah Penghubung Cinta Terhadap Yang Maha Esa
Suatu hari di hospital pakar,
"Jadi, lepas ni saya cuba kurangkan ubat awak. Awak akan sambung dengan fisioterapi pulak lah."
"Ooo.. kena fisio ke Dr?"
Jatuh rahang seketika!
Sebelum ni saya tukang hantar pakcik gi fisio je.
"Iya. Nanti saya setkan jadualnya untuk awak."
~~~~~~~
Macam-macam hal. Dunia ni kalau tanpa ujian, tak lah namanya dunia.
Sekejap kena masuk wad, kalau bahagian kecemasan Pusat Kesihatan Universiti tu lagi jangan cerita. Doktor siap dah kenal muka ni. Segan pun ada.
~~~~~~~
Mata memandang ke hadapan. Banyak-banyak tempat, Tasik UTM jugak tetap menjadi pilihan untuk lepak.
Lepas habis je waktu kerja, kawan heret bawak gi QJ.
Teringat pesanan doktor. Katanya, saya dah boleh aktif semula. Macam dua tahun lepas. Sebelum saya jatuh sakit. Dah boleh main badminton semula. Yeay!
Orang lain main bola jaring. Saya? Tak boleh la nak terus main berat-berat. Abdomen nak kena jaga. Tak boleh lasak sangat. So, saya pun jalan agak-agak 300 meter. Okay la kan untuk permulaan.
Seronok!
Keluar peluh.
Dah penat seharian menghadap komputer. Bila dapat luangkan masa untuk tadabbur alam, rasa tenang. Sambil habiskan maksurat, sambil pandang langit dan pokok. Burung-burung berterbangan. Suatu ketenangan yang luar biasa.
"لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا"
Benar..
Allah takkan uji sesuatu melebihi kemampuan kita.
Allah Al-'Alim.
Maha Mengetahui.
Kita berbisik dalam hati pun Allah tahu.
Allah tahu kau letih.
Allah tahu kau sedih.
Allah tahu kau rasa tak larat.
Tapi Allah juga tahu kau mampu.
Seberat mana pun pundakmu, tetaplah positif.
Kerana Allah itu mengikut sangkaan hambaNya.
Banyakkan mengenal Allah.
Pencipta kita.
Salah seorang ulama yang soleh mengatakan.
"Yang dianggap sebagai orang miskin dari penduduk dunia adalah mereka yang keluar dari dunia (meninggal dunia) namun tidak dapat merasakan nikmat sesuatu yang ada di dalamnya." Ada yang bertanya, "Apakah sesuatu yang nikmat di dalam dunia ini?" Dia menjawab, "Iaitu cinta kepada Allah, mengenal-Nya dan berzikir kepada-Nya."
Ingatlah kepada Allah, Allah tak pernah sekali lupa kepada kita.
Sedih?
Sesak dengan dunia?
Mengadu kat Dia.
InshaAllah akan beroleh tenang.
:)
P/s Selesai je maksurat, cuba-cuba la godeh phone. Main tangkap gambar. Hehe. Cubaan menggodeh filter-filter yang ada. Ni lah hasilnya! :D
*maksurat = wirid-wirid pilihan yang dibaca oleh Rasulullah SAW. Biasanya dibaca selepas Solat Subuh dan Asar.
*QJ = qowiyul jismi dalam erti kata mudahnya senaman = exercise

Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^