Hargai Sekeping Biskut Butterscotch

Disclaimer awal: Jangan menangis atau histeria atau gelak tak tentu pasal eh. Kalau orang kiri kanan tengok korang gelak sorang-sorang, atau senyum sorang-sorang tu bukan salah saya. Haha.

Selamat membaca!

.
.
.

Pukul 12 malam.

"Long, dalam bekas tu ada kuih untuk along. Makan la." -Ibu

"Takpelah bu. Along kenyang lagi ni. Baru habiskan nasi ni." -saya

"Bukak la dulu. Tengok....bla..bla.." -ibu

Ibu belum habis cakap, saya dah bukak. Yelah. Appreciate la orang suruh makan.

Maka jeng jeng jeng..

Surprisingly......!!!

"Err..serius la ni?"

"Haah. Diorg nak habiskan aritu. Pastu adik kata tinggalkan la satu untuk along. Dia ingat kat along." -ibu

Haha. Tak tau la nak gelak ke nak nangis ke nak terharu ek?

Look!!!



Hey you biscuit! Whatcha doing there?

Single mingle je dalam bekas besaq ni. Hang tu kecik ja la biskut aihh..

Geli hati malam-malam. Satu je punnnn..patut la ibu beria-ia suruh makan jugak malam ni.

But ya. The way we appreciate something is really important.

At least, adik remember her along. I appreciate.

Really appreciate. (Sampai saya gelak macam apa lepas bukak penutup bekas tu..tiga kali bukak, gelak then tutup semula..lepas dah habis tersenyum, baru la makan..so sweet la adikkkkk....💘)

.
.
.

Teringat sharing semalam.

Nice sharing about the last ayat from Surah Al-Mulk yesterday morning.

Rhetoric question. No need to speak out. Just think about it. Deeply. And read between the lines.  It brings a double meaning to be understood.

..Katakanlah (Muhammad), "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"
(Al-Mulk : 30)

If you read between the lines, you can begin to see what Allah really means.

Surah Al-Mulk menerangkan kepada kita banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Nikmat tu semua untuk apa? Untuk kita jalankan tugas kita. Sebagai khalifah di muka bumi serta abid, hamba Allah.

Setelah diterangkan sebegitu banyak nikmatNya, surah ini diakhiri dengan satu soalan pendek berkenaan dengan air.

Kita boleh hidup lama sedikit jika tiada makanan. Tapi jika tiada air bagaimana?

Siapa yang lebih berkuasa selain Dia?
Siapa yang Maha Pengurnia nikmat selain Dia?

Sebaik-baik nikmat adalah nikmat mengenali Pencipta kita sendiri.

Kalau tiada air kita akan mati.
Kalau tiada rahmat Allah?
Jasad mungkin hidup.
Namun hati belum pasti.

Bersyukurlah.
Nikmat merasai kasih sayang Allah, tak semua orang dapat.
Nikmat mengenali Pencipta, tak semua orang dapat.

Mungkin kini kita hidup dalam zon selesa.
Di kiri kanan ramai orang concern dengan iman kita.

So that we take many things for granted.

Lihat di tempat lain?
Lihat orang lain?

Bersyukur tak sekarang?
Bersyukurlah andai anda masih punyai teman yang sering mengingatkan kamu terhadap Dia.

Appreciate them.

Belajarlah untuk lebih menghargai.
Belajar bersyukur.
Ucap alhamdulillah dan zahirkan dengan amal.
Cakap sahaja tak guna.
Biarkan amalmu berbicara.

:)

P/s Sungguh la..hajar terlebih ATP ni malam ni. So dia rajin menaip panjang-panjang malam ni. Hihi. Thanks adik sudi ingat kat along di saat kau boleh je makan biskut tu dan habiskan senyap-senyap. Ahaha..

#biskutcoklatbutterscotch #satupunsedap #jiransayaterbaiklah

Comments

Popular Posts