Ke Mana Hilangnya Tenang?

Masuk sahaja ke dalam office pagi ni, dapat satu mesej.

"Hajar, tolong saya. Check semula rekod bayaran customer ni. Saya rasa dia macam sedang mengambil kesempatan."

Maka bermulalah kisahnya hari ini....

Hampir sejam aku mencari rekod-rekod pembayaran. Namun, kelu. Tak berjaya trace satu pun. Last sekali, aku dah buntu.

Semua fail dah dicari. Satu pun tiada.

'Allah..'

Aku hanya mampu menundukkan kepala. Mata merenung jauh, menembusi skrin komputer di hadapan. Renungan aku kosong.

Tengok jam.

11.34 pagi.

Belum dhuha lagi.
Quran pun belum selak pagi ni.

'Yup. I know why all these happen.'

Aku berhutang dengan Dia.


Comments

Popular Posts