Ubat Hati Ada 5 Perkara


Disclaimer : Post ni panjang. Buat yang allergic dengan membaca atau rasa macam esok kena amik cuti untuk habiskan membaca, baca la waktu cuti nanti ea. Hihi

************************

 "Allah..mana pulak ni?" Beria carik pain killer. Sakitnya masyaAllah. Kesan ubat bius tadi dah habis. Oh, terlupa. Ubat tertinggal.

'Allah! Macam mana boleh tertinggal ni?'

Allah. Sakit dia. Allah je yg tahu.
Tadi berlalala~~~
And now, berhuhuhu~~~
.
.
.

'Subhanallah..Walhamdulillah..Walailaha ilallah..Allahuakhbar..'

Perlahan-lahan..itu sahaja yg bermain di bibir..
Dan perlahan-lahan..seakan lupa sakit yg sedang dirasai. Amazing!
.
.
.

Tak lama, ibu masuk ke bilik.

"Along, along okay?"

"Okay ibu!" Tengok muka ibu senyum pun dah cukup dah.
.
.
.

Ubat bius itu fungsinya sekadar menahan buat sementara waktu. Supaya kita ini tidak merasai kesakitan sebenar yg sedang dilalui. Begitu juga sama halnya dengan ubat tahan sakit. Ketika itu saja kita lupa akan kesakitan yg ada.

Sewaktu fungsinya telah tamat, sakit itu menyerbu semula. Sakit sungguh sungguh sakitnya. Allah saja yg tahu.

Saya lantas terfikir. Begitu halnya dengan dunia. Terlalu banyak ubat tahan sakit atau ubat bius yg kita telan. Kita rasa hiburan itu cukup untuk menenangkan fikiran. Kita rasa yg seronok -seronok itulah sebagai kegembiraan. Namun cukup masa, baru kita sedar. Oh itu sementara cuma. Sakit masih belum juga hilang. Jiwa masih juga kosong.

Akhirnya yg diperlukan cuma satu.
Allah saja.

Ubat sebenar hanyalah kembali bertawajuh kepadaNya.
Hiburan sebenar seorang mukmin itu adalah di saat hati direndahkan di kala berhadapan Al-Khaliqnya.

Itulah ketenangan sebenar.
Itulah kegembiraan hati dan jiwanya.

Wahai jiwa!
Teruslah tunduk dan patuh kepada Dia.
Dialah sumber kekuatan di saat jiwa tidak kuat.
Dialah sumber kebahagiaan di saat jiwa terasa gundah.
Dialah kecintaan di saat hanya kesedihan yg terbit di dalam jiwa.
Tak ada yg lain.
Hanya Dia.
Allah, Tuhan yg Satu.

Kuatkanlah hamba-hamba Mu.
Amin.
:)

.
.
.

Menurut ulama, ubat hati itu ada 5 perkara.

Pertanyaan itu terjawab oleh kitab Shifat Ash Shafwah karya Ibnu Al Jauzi (597 H) ulama besar madzhab Hanbali, di mana saat beliau menulis biografi Yahya Bin Muadz Ar Razi ulama yang wafat di Naishabur tahun 258 H, beliau menuliskan bahwa Yahya menyampaikan 5 obat hati (lihat, Shifat Ash Shafwah, 4/92).
Dalam kitab itu Yahya bin Muadz menyatakan, ”dawa’ al qalb khomsah asya’” (obat hati ada 5 perkara), yang dalam bahasa Jawa, ”tombo ati iku limo perkarane” (obat hati ada 5 perkara).
Dari lima perkara itu Yahya bin Muadz merinci, ”qira’ah Al Qur’an bi at tafakkur” (membaca Al Qur’an dengan perenungan), yang dalam bahasa Jawa, ”moco Quran angen-angen sakmaknane”.
Yang kedua adalah “khala’ al bathn” (kosongkan perut atau berpuasa), yang dalam bahasa jawa, ”weteng siro kudu luwe”.
Obat hati selanjutnya adalah, ”qiyam al lail”  kalau dijawakan menjadi, ”sholat wengi lakonono”.
Selanjutnya adalah, ”tadzarru’ indza as sahr”  (merendahkan diri saat waktu sahur) kalau dalam versi Jawa,”dzikir wengi ingkang suwe”.
Sedangkan obat hati yang terakhir yang disebut Yahya bin Mu’adz adalah, ”mujalasah as shalihin” (bermajelis dengan orang-orang shalih) yang dalam versi Jawanya, ”wong kang sholeh kumpulono.” Sumber : https://saripedia.wordpress.com/tag/obat-hati-ada-5-perkara/




#waitingforRamadhantocomesoon #cantwait #mayAllahbless

Comments

Popular Posts