Ya Qowiy, Berilah Kekuatan Buat Saya


Ya Allah..sekarang ni baru faham kenapa doktor dengan nurse terkejut saya mintak MC sehari je. Sungguh-sungguh tak ingat macam ni rasa dia. Bukannya first time kena. Ni second time. Tapi 3 tahun lepas punya cerita. Aku memang dah tak ingat langsung sakit dia macam ni. Hari ni hari ke 3 selepas prosedur haritu. Tapi sakit dia makin menjadi-jadi rupanya. 

"Lain kali awak kena mintak ubat tahan sakit hajar.." Sister student medic yang tinggal serumah berkata dengan muka kesian. Dia pun dah tak tau nak bantu macam mana. Benda sakit dalam perut. Tak nampak. 

"Tolong amikkan pain killer saya kak. Sungguh saya tak tahan. Kerja banyak ni." 

Ya Rahman, Ya Rahim.
Tuhan yang Maha Menyayangi dan Mengasihani makhlukNya.

Sembuhkanlah Siti Hajar Suliman.
Berikanlah kekuatan iman serta kesabaran kepadanya.
Sesungguhnya terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dikerjakan saat ini.
Amin ya Rabb.
Amin.



Comments

Popular Posts