Carilah Bahagiamu Dengan Caramu
Bismillahirrahmanirrahim
Allahuakhbar, Allah Maha Besar. Ini post pertama saya untuk tahun 2018 ke? Teruknya Hajar. Kenapa macam tu sekali. Sibuk sangat ke? Merajuk blog ni ditinggalkan lama macam tu. Hampir setahun dia hidup terbiar. Maaf ya. Agaknya kalau blog ni boleh bercakap, mesti dia akan kata,
"Iyelah. Waktu happy tak ingat kita pun. Dia sibuk dengan FB dia jer. Waktu sedih baru datang sini cari kita."
That's true. Sekarang saya tengah bersedih hati. Biasalah. Adat kehidupan. Saya mahu tanya satu soalan.
Pernah ke anda rasa sangat sedih kerana apa yang anda lakukan tak dihargai pun? Malah, dimarahi pula.
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."
(surah al-Mukmin/ Ghafir :39)
Well, guys. This worldly life has an end.
Setiap kebaikan itu kan ada balasannya dan setiap keburukan juga ada balasannya. Berbuat baik sajalah. Mengapa mesti rasa berputus asa berbuat kebaikan?
Tersengih sorang-sorang bila teringatkan scene pagi tadi di pam minyak. Baru sahaja kereta parking, pakcik yang bekerja di situ sudah ada di tepi kereta. Tangannya seolah mencungkil tempat pembuka tangki minyak. Saya tergelak. Pakcik ni pun. Saya belum buka lagi la. Ecxited pakcik nak tolong isi minyak kereta saya ya. hihi
Teringat sebelum ni pernah isi di situ. Teringat kepada pesanan sahabat saya. Pesannya, jika pergi isi minyak, beri sedikit seringgit dua untuk staf yang bantu isi minyak kereta kita. Buat minum-minumnya. Lalu, ketika itu saya hulur beberapa ringgit kepadanya. Ceria sungguh wajahnya.
"Nanti datang lagi dik!"
Iya. Kali ni saya datang lagi. Seolah pakcik ini sudah kenal dengan kelibat kereta ini. Seperti biasa, saya hulurkan sedikit saguhati kerana membantu saya. Ceria wajahnya. Kali ini, pakcik tunggu di tepi kereta sehingga saya berlalu pergi sambil melambaikan tangannya ke arah saya. Hati saya serta merta menjadi gembira melihat senyuman di wajahnya. Betapa dia hargai sedikit pemberian yang saya hulurkan sedangkan untuk orang lain mungkin nilai itu tidak signifikan langsung.
Dan sekarang saya sedang bersedih. Segala yang saya lakukan dengan sehabis baik, seolah tidak dihargai. Menitik air mata saya kerana ditegur sedemikian rupa. Tetapi, bukankah biasanya begitu?
Ramai manusia suka apabila dihargai tapi jarang sekali kita menjadi orang yang menghargai orang lain, benar bukan?
Jangan bersedih hati. Buatlah sesuatu kerana Allah SWT. Jika ikhlas pada timbangan neraca Allah, nescaya balasan baik menantimu di sana.
"Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal."
(surah al-A'la :17)
Tak mengapa diperkecilkan, dilekehkan malah dimarahi. Sabarkan hatimu. Dan jangan berhenti membuat kebaikan. Manusia tidak nampak, namun Allah kan Maha Melihat? Allah kan Maha Mengetahui? Dan Allah lah sebaik-baik pemberi balasan. InshaAllah.
Semoga hati kita sesuci ros putih ini. Amin |
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^